ALOR SETAR, 6 April (Bernama) -- Ketua jurulatih skuad Liga Super Kedah, Ahmad Yusof yang kini direhatkan dikatakan telah diberi pilihan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sama ada dilantik ke satu jawatan lain atau dilepaskan tanpa syarat.
Perkara ini dinyatakan oleh pengurus pasukan Datuk Khazali Din.
Beliau berkata mesyuarat Jawatankuasa Tetap KFA pada Isnin lepas memberi pilihan demikian kepada ketua jurulatih itu.
Jawatan yang ditawarkan itu bagaimanapun tidak dinyatakan oleh KFA.
Pada masa yang sama, Khazali berkata KFA masih berbincang dengan bekas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan untuk membimbing Kedah.
"KFA telah menghubungi Wan Jamak dan beliau meminta tangguhkan sementara waktu perkara ini baginya menyelesaikan beberapa perkara sebelum membuat keputusan untuk menerima tawan Kedah.
"Kami tidak boleh menunggu terlalu lama dan akan mencari jurulatih lain bagi mengisi tempat Ahmad selewat-lewatnya Mei ini," tambah Khazali.
Penolong jurulatih Radhi Mat Din yang belum memiliki lesen jurulatih kelas A memangku tugas Ahmad mengendali skuad Kedah.
Mengenai kekalahan Kedah 1-2 kepada Johor FC malam tadi di Stadium Darul Aman, Khazali berkata ketiadaan jululatih turut menjadi punca Kedah tewas.
Beliau menyifatkan para pemainnya sebagai "gantung tidak bertali" tanpa kehadiran jurulatih.
"Moral pemain Kedah tidak terjejas, namun saya tetap bimbang kekalahan seterusnya akan menyebabkan mereka hilang fokus dan menyukarkan kami kembali pada kedudukan selesa.
"Dari segi psikologi, kalah di tempat sendiri amat malang buat Kenari," katanya.
Khazali juga berkata pemain Kedah tidak bermain secara agresif menyebabkan mereka tewas malam tadi dan kini tercicir di tangga keenam liga.
sumber: http://www.bernama.com

No comments:
Post a Comment