Sunday, April 10, 2011

Rakyat DUN Muara Tuang, Kota Samarahan desak kerajaan BN bina jambatan di Tanjong Bundong.

Video:


Youtube URL: http://www.youtube.com/watch?v=65EOeSqOZDo

Tajong Bundong, Kota Samarahan, Sarawak - Penduduk Kampung Tanjung Bundong, Kampung Muara Tuang, Asajaya, Sadong Jaya dan Sebuyau, Kota Samarahan, Sarawak mendesak agar kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan pusat membina sebuah jambatan yang merentangi Sungai Sabang yang hanya seluas 243 Meter di antara Tanjong Bundong, Muara Tuang dengan Asajaya

Perkhidmatan Feri yang berbayar yang telah beroperasi sejak tahun 1979 itu tidak lagi relevan kerana pengguna jalanraya dengan kenderaan bermotor semakin bertambah, saban hari menjadikan jalan tersebut sebagai laluan utama yang menghubungkan Bandaraya Kuching, Kota Samarahan dengan kawasan pedalaman seperti Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau.

Malah jika air surut, feri tidak dapat beroperasi dan kenderaan seperti kereta, van, bas, lori akan terkandas beberapa jam.Pada waktu kecemasan, seperti laluan ambulan..ambulan terpaksa menunggu feri datang untuk ke seberang Sungai Sabang

Rakyat DUN Muara Tuang

Koordinat Muara Tuang dan Tanjong Bundong di dalam Google Map adalah di 1°28'7"N 110°29'45"E dan di dalam Wikimapia pula adalah http://wikimapia.org/#lat=1.4597684&lon=110.5028379&z=17&l=0&m=h

No comments:

Post a Comment