Sebagaimana yang saya telah katakan dalam artikel sebelum ini, video rekayasa itu setaraf dengan Sandiwara Sauk di mana bahan bukti yang direka disembunyikan dari mata awam. Dan kepimpinan Umno di belakangnya sudah masuk ke fasa kedua yakni defensif. Ketajaman serangan mereka pada awalnya sudah pun tumpul malah senjata itu kini berada di leher mereka.
Penghargaan patut diberi kepada Dato Johari Abdul dan Cg Bad serta garapan spontan oleh blog Tukar Tiub. Begitu juga lain-lain laman sesawang milik rakyat yang bertungkus lumus menganalisa kejadian, laporan berita sehinggalah kepada video clip 1 minit 47 saat yang dimuat turun oleh pehak Umno! Apapun, fitnah terbaru ini belum sampai ke penghujungnya, namun bak kata pepatah- sekilas ikan di air sudah ku tahu TKT Mahathir, Najib dan jentera Umno di belakangnya. Tidak sampai seminggu pun, kepimpinan Umno telah menzahirkan diri mereka sebagai dalang.
Analisa demi analisa yang dibuat bermula dari pendedahan media Dato Tolol, sidang media Dato Johari Abdul, klip video dan tingkah laku jentera kerajaan telah mengesahkan betapa VIDEO itu adalah antara siri fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim. Tentu sahaja Umno di belakangnya, kerana DS Anwar ialah musuh numero uno bagi Umno.
Pelbagai pro dan kons tentang video ini kita boleh baca di akhbar dan internet. Pehak Umno berlatarbelakang keberkesanan penggunaan CCTV dalam menangani jenayah, manakala pehak rakyat pula mengulas dari segi logik kejadian, perihalan video itu, susuk tubuh tukang merton dan alibi Anwar sendiri.
Kita katakan yang Umno menjadi defensif ialah kerana mereka kini bersembunyi di belakang polis, dan terkini Suruhanjaya Diraja yang mahu diadakan. Mereka masih mahu memaksa rakyat menerima bahawa video dan lelaki yang melampiaskan nafsunya ialah Anwar! Sama seperti mereka mahu rakyat yakin dan faham betapa AlMaunah ialah kumpulan ganas yang menderhaka terhadap YDP Agong!!
Ulasan yang mengatakan ia adalah rakaman curi kantul dek adanya watak lelaki sebagai pengarahnya. Begitu juga dengan skop gambar yang menampakkan meja serta terdapat bayang-bayang pelakonnya yang jelas. Setahu saya yang pernah menyewa pelbagai jenis bintang hotel, tidak pernah lagi terjumpa hotel yang dalamnya kelihatan bayang dengan begitu jelas sekali. Lampu di hotel samada menghala ke lantai atau pun ke siling. Ini jelas adalah lampu limpah yang digunakan dalam penggambaran. Maknanya ia adalah sebuah lakonan babak seks lelaki Siam. Takkan lah Anwar Ibrahim sebegitu bodoh untuk aksi ranjangnya dirakam? Kantoiiiiii....................
Kalau nak buat perbandingan mudah ialah seperti seseorang mencari cacing tanah di pantai untuk dijual kepada pemancing. Umpon-umpon yang dicarinya mahu dijual sebagai cacing tanah. Pembeli membetulkan fakta betapa itu bukan cacing tanah tetapi umpon-umpon. Si Mamat itu berkeras mempertahankan hujahnya yang itu ialah tetap CACING TANAH!!
Hahaha.......kesemua yang terlibat dalam projek Bapa Babi ini umpama cacing kepanasan!!
‘Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional’
Mi Itik 7/4/2011 (mi_itik@yahoo.com)
No comments:
Post a Comment