Sunday, May 1, 2011

‘Mereka cadang Tahfiz keluar KUIN, Kerajaan Negeri pula dituduh’

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIhQNIrqRmOxHV66SQRT4lLEvaJKkykDhKq-rLc7YCUDBTLBtmQZXQtc8MXosGMB7CI-d8b9-SROxluTY7qgQxDTECZtaPLGaxaM_HLZ4mOEBRY9tCWypP1g1Yyn2T6MEdBwUq1U7Df1Fj/s1600/2011-05-02_143156.jpg

ALOR SETAR, 2 Mei 2011 – Dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Kedah akan menyerahkan Program Diploma Tahfiz Wal Qiraat Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kepada Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKED) merupakan isu yang telah dimanipulasi kerana dalam Laporan Mesyuarat Kuliyyah Al-Quran sendiri menyatakan bahawa terdapat pensyarah yang mencadangkan supaya kuliyyah tersebut dikeluarkan daripada KUIN dan mereka sendiri sedia untuk mengurus Maahad Tahfiz tersebut. http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/taulan%20rasul.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, sebenarnya bukan kerajaan negeri yang nak keluarkan mereka daripada KUIN tetapi ahli dalam mesyuarat mereka sendiri yang cadangkan supaya mereka dikeluarkan daripada KUIN.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu program Diploma Tahfiz Wal Qiraat dibawah KUIN akan diserahkan pengurusannya kepada YIKED, di pejabatnya di Wisma Darulaman hari ini.

“Saya mempunyai laporan minit mesyuarat yang dihadiri oleh dekan dan juga pensyarah-pensyarah daripada Kuliyyah Al-Quran dan dalam mesyuarat tersebut salah seorang daripada pensyarah mereka mencadangkan supaya Sekolah Insan Bestari dikeluarkan dan beliau menegaskan bahawa tidak menjadi masalah kepada Kuliyyah Al-Quran jika tidak berada di bawah pengurusan KUIN.

“Beliau juga dengan bersungguh-sungguh menyatakan bahawa semua pensyarah Kuliyyah Al-Quran telah bersedia untuk keluar dari KUIN serta mengurus sendiri Maahad Tahfiz tersebut,” jelasnya.

Taulan berkata lagi, selepas itu, mereka menafikan pula bahawa mereka mencadangkan hal tersebut.

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/suratkuin.jpg

“Ini adalah kenyataan kerana mereka menaip semula isi surat tersebut untuk menafikan kenyataan surat yang sebelum ini. Maknanya siapa yang betul?

“Saya inginkan kepastian daripada pihak mereka betulkah mereka cakap macam tu ataupun mereka memohon maaf kembali kepada KUIN. Apa KUIN boleh buat, jika mereka sendiri yang memohon untuk keluar dari KUIN?

“Saya sudah mengkaji mengenai isu ini dan saya sudah tengok surat-surat yang bertandatangan dekan tersebut dan tandatangan beliau adalah sama dengan tandatangan dalam surat ni. Takkan nak nafikan tandatangan ini, kerana ini tandatangan beliau,” katanya.

Tambah Taulan, surat ini juga adalah keputusan mesyuarat yang bertarikh 3 April 2011 bertempat di bilik mesyuarat Kuliyyah Al-Quran.

Berkenaan isu solat hajat oleh pelajar-pelajar tahfiz tersebut baru-baru ini, katanya, sepatutnya pelajar-pelajar tersebut bertanya kepada pensyarah mereka terlebih dahulu bukannya terus bertanya kepada kerajaan negeri.

“Manakala mengenai ulasan Dato’ Ahmad Bashah pula, sebenarnya beliau tak dapat maklumat yang jelas dan beliau cuma dapat maklumat bahawa pelajar tahfiz buat solat hajat sahaja. Selain itu, beliau juga tidak tahu isu sebenarya iaitu bukan kita nak buang mereka tetapi mereka yang minta untuk keluar dari KUIN.

Kita tak buat keputusan lagi untuk isu ini dan masih dalam penyiasatan. Kita juga akan buat sesuatu ikut peraturan, maknanya tidak akan akan ambil tindakan yang sewenang-wenangnya. Selain itu, isu sekarang ini hanya diploma sahaja, dan yang ijazah masih kekal di KUIN,” jelasnya.

Sebelum ini, pelajar tahfiz KUIN mengadakan majlis solat hajat di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi memohon tahfiz itu tidak dikeluarkan daripada pentadbiran KUIN.

1 comment:

  1. Bila golongan munafik cuba menunjuk lagak lebih Islamik inilah jadinya...
    Allah sndiri pun tak reda dan perbuatan buruk mereka sekarang terdedah...Sendiri cadang lepas tu letak kesalahan kepada orang lain..nak memfitnah pula...

    ReplyDelete