Saturday, June 11, 2011

Komen 2 Sahabat Berkaitan Jalan di Gurun.. Semoga ada tindakan..

naruto said...
Salam

Minggu lepas saya lalu gurun untuk ke kenduri arwah yang dianjurkan oleh sedara saya. Malam tu saya lalu susur jalan Kg Sungai Ibor dan keluar ke jalan utama melalui pekan lama Gurun. Lepas kenduri, balik ke rumah melalui Jalan Guar Nenas untuk ke Lebuhraya Utara Selatan.

Daripada pengalaman saya, memang saya akui rungutan orang Gurun memang ada benarnya. Tapi yang saya hairan, macam mana MPSPk boleh biarkan perkara ini terjadi.

Syarikat kontraktor yang buat projek landasan keretapi berkembar ni bukannya syarikat cap ayam. Apabila mereka tutup jalan Jeniang di persimpangan pekan Gurun, takkan perkara ini tak dirancang dengan teliti.

Jikalau terpaksa menggunakan Jalan Kg Sg Ibor sekalipun, sekurang-kurangnya besarkanlah jalan tersebut. Pasanglah lampu isyarat sementara di persimpangan pekan lama Gurun tu. Ini termasuk jugalah persimpangan Jalan Guar Nenas dengan jalan utama Sg Petani-Alor Setar. Takkan nak tunggu ada kemalangan atau ada kematian baru nak buat.

YB-YB yang ada tolonglah pantau sikit projek di kawasan tuan ni. Kalau MPSPk lena, EXCO-EXCO yang bertanggungjawab tak kan nak lena jugak. Kalau penggundi lena dengan hangpa PRU 13 ni jangan pulak hangpa meloncat itu dan ini.

Yang lagi satu saya heran, JKR ni nak pantau apa lagi. Takkan kontraktor tak dapat kelulusan hangpa untuk tutup jalan tu. Bila hangpa lulus atau sokong untuk diluluskan, takkan hangpa tak tengok apa benda yang patut kontraktor tu kena buat sebagai alternatif sementara?

Pelik betul saya dalam hal ni. Kalaulah ada pegawai-pegawai JKR atau MPSPk bagi syarat kat kantraktor untuk lakukan sesuatu apabila jalan ni ditutup, kalau kontraktor tak lakukan juga, issue la stop work order. Hangpa kat Alor Setar nak sangat kuasa. Bila ada kuasa hangpa buat apa? Ni dah 11 hari jalan tu ditutup. Takkan hangpa tak sedar-sedar lagi?

PRU 13 dah dekat. Benda-benda macam ni lah yang akan menjadi bukti hangpa kat Alor Setar sana pentadbir yang berkemampuan ataupun tidak. Kalau setakat nak mengaku melayu atau mengaku islam saja, orang melayu lain pun melayu dan islam jugak. Fikir-fikirkanlah.

Kalau MPSPk ada masalah, takkan hangpa kat Alor Setar tak boleh buat apa-apa. Janganlah masalah pentadbiran sesuatu majlis perbandaran turut menyusahkan rakyat dan orang ramai. Kena ingat, kuasa daripada rakyat....
Wallahualam.

June 11, 2011 11:57 AM

Mazlan Taat said...
assalam,

kadang kita terlalu memikirkan masalah nasional hingga terlupa masalah domestik. Seperti MP Jerai sendiri atau Adun Gurun boleh dikatakan setiap hari melalui jalan situ mungkin tidak perasan juga adanya simpang tersebut. Setahun lalu berdekatan simpang tersebutlah sebuah kereta viva terpelanting pintu dilanggar oleh lori roti.

Itu salah satu simpang dan banyak lagi masalah domestik yang gagal diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab. Ini kerana apa jika tiada kematian, makanya tempat tersebut tidaklah perlu dikisahkan.

Contohnya simpang di hadapan Taman Ria Mesra, dulu mana ada lampu isyarat tetapi setelah melibatkan kematian nyawa, barulah diletakkan lampu isyarat.

Kekadang ada lampu pun tidak berguna juga, ada orang tidak nampak lampu merah, terus jalan. Ini masalah apa ni?

Kepada mereka-mereka yang diberi tanggungjawab untuk memikul tugas berkenaan, silalah pasang-pasang mata telinga untuk bertindak menyelesaikan masalah berbangkit.

Jika hendak diungkitkan,banyak lagi dan kemungkinan tandas awam di perhentian bas express Guar Chempedak masih tidak berubah begitu juga surau. Itu antara dua elemen yang penting kerana keduanya berkaitan dengan kebersihan luaran dan dalaman.

Silalah bertindak segera kepada perkara-perkara tersebut dan lain2 perkara yang memberi kebaikan kepada semua.

No comments:

Post a Comment