Saturday, June 11, 2011

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia serta MB dan exco

oleh depakata.co.cc

http://www.my-world-guide.com/upload/drapel/malaysia.gif

Patut laa depa pulon sungguh nak pertahankan kuasa yg telah depa dok pegang selama 50thn nie...

Apa punya kompony.. BOS gaji kecik KULI gaji besaq....

Ibarat kat sebuah negara.. RAKYAT merempat kais pagi makan pagi kais petang makan petang tapi PEMIMPIN duduk senang lenang makan gaji hasil duit rakyat
Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :
  • Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  • Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
  • Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  • Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
  • Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan
  • Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
  • Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
  • Elaun-elaun Menteri? Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung

Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen:

  • Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
    Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40. Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.
  • Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
  • Gratuiti: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Saya sambung pula gaji Menteri Besar, Exco di negeri-negeri lain. Jikalau gaji Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen adalah tertakluk di bawah peruntukan kerajaan persekutuan, tetapi untuk Menteri Besar, gaji Exco negeri-negeri adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan). Di bawah ini adalah contoh gaji Menteri Besar dan exco di sebuah negeri.

  • Menteri Besar – RM14,175.15
  • Anggota Exco kerajaan negeri – RM6,109.29
  • ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) – RM4,112.79

1 comment:

  1. Aku ingat bila dah ada blog tu,minda terbukalah sikit.Nak cerita pasai gaji tak salah tapi "ayat ayat" susulan tu menunjukkan hampa ni dhaif sangat nak buat stateman.
    (Patut laa depa pulon sungguh nak pertahankan kuasa yg telah depa dok pegang selama 50thn nie.)..

    Hampa tak tau kah yang gaji dan elaun pegawai pegawai kanan dalam syarikat ,5,6 kali ganda dari gaji ni.

    Lagi satu,adakah lepas PAS-Pakatan perintah ni gaji dan elaun turun?.Tidak juga kan?

    Ini aku punya kata kata pula.
    Lantaklah berapa gaji dan elaun yang depa nak dapat,tak banyak mana pun kalau nak banding dengan gaji dan elaun pegawai syarikat atau pegawai kerajaan.

    Yang orang dok menyumpah(kamilah) bukan pasai gaji,tapi pasai duit yang tak termasuk dalam slip gaji+elaun tu,kadang kadang sampai berjuta,macam Khir Toyo yang bolih ubahsuai rumah sampai rm 6 juta.
    Baru sebulan jadi MP,ADUN berjoli macam dah jadi ADUN,MP dua puloh tahun.Kalau bukan duit komisyen duit apa?(bagi depa syok sikit sebab tak kata duit rasuah,tapi kedarah duit rasuah lah tu).

    *** !!!!!! UMNO jangan dok komen balas minta bukti,pasai hampa memang tak bolih pikiak kerana hampa pun dok toi duit komisyen tu sama.Kalau hampa bukan dari kalangan yang toi sama,tapi hampa minta bukti juga,tanda hampa memang betoi betoi !!!!!!!.

    Aku teringat cerita,apabila seorang penulis politik tulis satu buku bertajuk "SU Politik Yang Kaya Raya",kami tanya dia,pasai apa Chegu( la ni dah pangkat Dato') tak mau saman,
    Jawab dia"Nak mampus,dia korek habis dalam mahkamah nanti".

    ReplyDelete