Wednesday, June 1, 2011

YDP & SU MPSPK...meroyan kot..??

Mohon ganti YDP, Setiausaha

ALOR SETAR - Seramai 17 Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mendesak Yang Dipertuanya (YDP), Rozaina Radzi ditukarkan ke jabatan lain setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Ketua Whip, Ishak Man mahu Kerajaan Negeri membuat siasatan terhadap Rozaina dan Setiausaha, Radzuan Osman kerana didakwa tidak efisien dalam beberapa perkara berbangkit.

"Selagi tuntutan kami tidak diberi perhatian sama ada siasatan dibuat atau kedua-duanya ditukarkan ke jabatan lain, selagi itu ahli majlis lantikan politik seramai 17 orang akan memboikot mesyuarat MPSPK.

"Namun peranan sebagai ahli majlis tetap diteruskan seperti biasa," katanya pada media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya di Wisma Darulaman, semalam.

Menurutnya, rasa tidak puas hati terhadap tindakan merobohkan gerai di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang 26 Mei lalu antara punca mereka menyerahkan memorandum agar Menteri Besar campur tangan menyelesaikan kemelut dihadapi.

"Kami kesal kerana keputusan merobohkan gerai berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat bersama ahli majlis. Tindakan ini seolah-olah membelakangkan kami sebagai pembuat dasar dan polisi," katanya.

Ishak berkata, rentetan peristiwa itu, 17 ahli majlis lantikan politik kecewa dan hilang keyakinan kepada Rozaina dan Radzuan, dan memutuskan untuk tidak hadir pada sebarang mesyuarat MPSPK bermula kelmarin sehingga digantikan dengan YDP baru.

"Keputusan kami ini bukan hanya disebabkan isu perobohan gerai, tetapi beberapa isu lain seperti beliau sering berada di luar kawasan dan ini menyusahkan kakitangan untuk berbincang masalah berbangkit," katanya.

Antara kenyataan dalam memorandum itu ialah perancangan sering tertangguh khususnya melibatkan kepentingan rakyat seperti cadangan membina stesen bas yang diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada 28 Februari lalu.

"Pecah tanah pembinaan stesen bas dibuat 5 Mac 2008 dan isu ini sering diketengahkan agar diberi keutamaan kerana mendapat rungutan penduduk yang mahu projek itu disegerakan," katanya.

Antara projek yang masih tertangguh sehingga kini ialah pembinaan pasar awam yang bajetnya sudah diluluskan pada penghujung tahun lalu tetapi belum dilaksanakan.

"Isu lain yang turut menjadi perhatian ialah penguatkuasaan yang lemah terhadap rumah urut yang sebahagiannya menjalankan aktiviti tidak bermoral, termasuk premis judi," katanya.

Memorandum turut membangkitkan rasa tidak puas hati keputusan dalam mesyuarat tidak dilaksanakan seperti yang dipersetujui selain membelakangkan ahli majlis dalam beberapa perkara.

Ishak berkata, mereka mahu campur tangan segera Kerajaan Negeri supaya kepentingan rakyat terpelihara.

2 comments:

  1. penduduk taman taman yang berada dekat dengan gerai gerai yang dirobohkan itu ,macam mana pula.depa tak ada hak kah.depa tu duduk secara HALAL.komen dan aduan depa pun mesti didengar olih MPSPK(dan lain lain MKT).hampa tau kah berapa banyak komplen depa,nak parking kereta pun susah,nak keluar dari rumah pun kena lencong rumah sebab jalan tertutup dengan kereta di parking ikut suka hati olih pengunjung.
    heloo ahli majlis.yang melalak bantah tu berapa kerat saja dan kebanyakan orang luar yang bukan pengundi situ.hampa mau pakatan hilang undi 20 orang atau 200 orang.
    lagi satu bab dok tala dan buat andaian macam macam kalau pegawai buat tugas yang tak ikut kehendak hampa.
    cerita projek yang hampa minta tu,hampa pun lebih kurang macam UMNO juga lah.hun ada bagi setiap yang didesak.aku kenal hampir semua ahli majlis tu.projek,projek,projek diatas nama projek.
    cerita MPSPK runtuh kilang kilang haram termasuk yang pindah ke bukit selambau,hampa tak nampak pasai waktu hampa belum lagi ahli majlis.yang depa runtuh tu bukan setakat hak ahli BN(kilang kilang tu),tapi bapak kepada BN pun depa runtuh,pasai ada aduan.

    ReplyDelete
  2. kesian pegawai kerajaan
    tak buat kata tak amanah.dah buat kata tak perikemanusian.

    ReplyDelete