Najib tak 'cool', kata Anwar
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'cool'.Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah.
"Najib hari ini mahu ketepikan sepina kami untuk jawab di mahkamah. Perkembangan ini tentunya kurang menyenangkan kerana pada peringkat awal, Najib berkata dia akan hadir sekiranya disepina. Tetapi sekarang beliau tak mahu hadir pula," kata Anwar.
Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah.
Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina.
Najib sebelum ini dihambat kontroversi apabila tindakannya berjumpa Saiful Bukhari Azlan sebelum pengadu membuat laporan polis terhadap Anwar pada tahun 2008.
Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
No comments:
Post a Comment