Umno: Pemimpin PAS tak mampu jadi MB Kedah
ALOR SETAR, 20 Sept – Siapa saja daripada kalangan pemimpin PAS yang dipilih menjadi Menteri Besar Kedah tidak penting kerana calon tersebut tidak mampu menyumbang untuk pembangunan dan melaksanakan projek kesejahteraan rakyat.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata, PAS hendaklah buktikan dahulu ia telah melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat dan bukan mengambil kredit daripada usaha kerajaan pusat.
“Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah sendiri tidak mampu melaksanakan apa-apa projek, apakah calon lain boleh,” katanya dipetik Bernama Online pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan-jabatan Persekutuan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir semalam supaya anggota Exco Datuk Amiruddin Hamzah menggantikan Azizan yang tidak sihat.
Mohd Johari berkata Kedah pasti lumpuh tanpa bantuan kerajaan pusat seperti bantuan kepada mangsa banjir, pertanian, nelayan dan golongan miskin di negeri ini.
“Duit yang diperuntukkan bagi menyelenggara jalan pun tak tau ke mana perginya. Sebab itu banyak peruntukan tahun ini disalurkan terus kepada agensi-agensi kerajaan pusat untuk elak daripada disalah guna,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Azizan juga gagal menyatakan dengan terperinchi dakwaannya bahawa PAS telah menunaikan 80 peratus daripada janji-janji manifesto pilihan raya umum 2008 parti itu.
wahai UMNO ..tolong pikiaq2 sama kalau nak buat statement pun..hangpa bukan Tuhan...dulu hangpa kata kalau PAS perintah negeri..habih jahanam..sekarang tak jahanam pun..baik lagi ada la..duit balak pun naik pada keluasan yang sama..ni yang aku dok pening ni..sapa yang salah guna kuasa ni..
ReplyDeletekata nak perpaduan orang melayu islam.. pasai apa kerajaan yang diperintah orang melayu islam didiskriminasikan??? apa bukti peruntukan disalahgunakan??? zaman UMporNO perintah kedah, peruntukan tu tak disalahgunakan ke??? duit anak syarikat lagi di kedarah utk parti... inikan pula duit datang bergolek... UMporNO korup...
ReplyDelete