ALOR SETAR - Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) membuktikan kerajaan mengiktiraf tuntutan Bersih 2.0, selain mahu meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, pihaknya yakin keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan ISA turut dipengaruhi oleh desakan banyak pihak yang mahu akta itu dimansuhkan.
“Saya harap Perdana Menteri tidak menafikan tindak tanduknya itu ada kaitan dengan desakan Bersih 2.0. Akta Polis yang turut dikaji juga membuktikan kebebasan untuk berhimpun seperti yang dilaungkan dalam Bersih 2.0 mendapat perhatian,” katanya, pada sidang media, semalam.
Hadir sama, Ketua Penerangan PKR Kedah, Saari Fadzil Hud.
Menurutnya, keputusan itu turut menggambarkan kegagalan polis mengekang tuntutan rakyat yang mahukan lebih kebebasan untuk bersuara.
“Pengumuman itu dibuat selepas dua bulan perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut antaranya memansuhkan ISA. Ini jelas menunjukkan desakan kuat rakyat yang mahu ISA dihapuskan mempengaruhi keputusan Perdana Menteri,” katanya.
Hsiao Leung turut mempertikai kenyataan Najib yang mendakwa pemansuhan ISA adalah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia.
“Beliau tidak boleh anggap rakyat terima bulat-bulat keputusan memansuhkan akta yang menindas rakyat lebih 50 tahun itu, dibuat tanpa adanya tekanan sebab amat jelas mereka ubah kerana ditekan banyak pihak,” katanya.
Menurutnya, sekiranya Najib serius mahu melaksanakan demokrasi terbaik di negara ini, beliau perlu menubuhkan jawatankuasa pilihan Parlimen (JPP), diwakili semua parti politik untuk mengukuhkan kembali institusi Parlimen.
“Seeloknya dapatkan pandangan JPP dan rakyat sebelum pinda atau kuatkuasakan akta baru yang penting, terutama membabitkan kepentingan masyarakat. Kita akan lihat perkembangan seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan apabila dua akta baru itu diwujudkan kelak,” katanya.
Hsiao Leung turut mengesa kesemua tahanan ISA yang dikaitkan dengan Bersih 2.0 dibebaskan dan digugurkan dakwaan, sekiranya kerajaan ikhlas memansuhkan akta itu.

No comments:
Post a Comment