SHAH ALAM – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menyangkal dakwaan, bahawa mereka dipaksa menyokong Pas melaksanakan hukum hudud dan menafikan tiada perbincangan dilakukan berhubung perlaksanaan hukum hudud di antara mereka.
Timbalan Ketuanya, N Balasubramaniam berkata, DHPP memahami dasar Pas yang berlatarbelakangkan Islam, malah majoriti menyokong pelaksaan hudud kerana memahami konsep dan perlaksanaannya.
“Sebelum dilancarkan pada 2010, DHPP dipanggil Kelab Penyokong Pas (KPP). Sejak dikenali sebagai KPP lagi, banyak penerangan diberikan berhubung hukum hudud oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Selama bersama Pas, kami tidak di paksa untuk menerima Islam dan dasarnya, kami sentiasa di beri penerangan. Ini bermakna, pemimpin Pas amat profesional dalam mena-ngani isu sensitif dengan tidak menyinggung perasaan pihak atau agama lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau turut menyifatkan kenyataan Ketua DHPP, Hu Pang Chaw yang mengatakan tidak dipanggil untuk berbincang mengenai hudud sebagai kenyataan peribadi.
“Ketika Enakmen Syariah berkenaan hudud diluluskan di Kelantan pada 1993, Pang Chaw tidak begitu aktif dan kurang maklumat mengenainya.
“Pada saya, beliau (Pang Chaw) perlu berbincang dahulu bersama DHPP sebelum mengeluarkan kenyataan demikian, dia juga perlu faham apa yang dibawa dan digariskan sebagai dasar parti,” katanya.
Balasubramaniam berkata, dalam hal ini, bukan Islam perlu mengkaji hukuman hudud sebelum memberikan sebarang ulasan me-ngenainya, supaya tidak menimbulkan perbahasan yang menimbulkan persepsi tidak baik dalam kalangan masyarakat.
“Secara peribadinya, saya berpendapat, hukum hudud perlu difahami bukan Islam kerana sebelum dilaksanakan, ia perlu melalui proses perbicaraan secara adil berserta saksi, malah dikhususkan untuk orang Islam, seperti hukum syariah.
“Dalam perlaksanaan negara berkebajikan, aspek keselamatan amat penting. Oleh itu, cadangan pelaksanaan hukum hudud ini mampu memberikan impak besar dan menjamin pembentukan sebuah negara selamat,” katanya. [SinarHarian]
No comments:
Post a Comment