Wednesday, April 4, 2012

Hamidan Masih Lagi Bersama Hijau Kuning

http://www.ghanamma.com/wp-content/uploads/2012/04/df48Hamidan.jpg
Keputusan hasil dari mesyuarat eksekutif KFA petang tadi memberi satu nyawa kepada Hamidan. Satu ketetapan telah dilakukan bahawa perlawanan menentang KL Felda United sabtu ini akan dijadikan ukuran terakhir sama ada prestasi beliau semakin meningkat bukan sahaja dari segi jaringan gol tetapi yang paling penting corak permainan beliau. Kayu ukur dalam perlawanan tersebut akan menentukan hala tuju sama ada beliau akan dikekalkan atau boleh mngucapkan selamat tinggal kepada pasukan Kedah. Jadi, buat masa ini status quo Hamidan masih bersama pasukan Kedah.

Sementara itu, pemain import ujian akan terus diuji sepanjang tirai pengambilan import ini sehingga 16 April 2012. Jika ada yang lebih bagus, pertimbangan akan diberikan bagi menggantikan Hamidan.
Jika beliau terus menjaringkan gol dan membantu kemenangan Kedah tidak mustahil khidmatnya akan terus dikekalkan. Ayuh penyokong hijaukuning semua kita penuhkan Stadium Hang Jebat di Melaka. Biar Hamidan mengaum sepuas puasnya Sabtu ini!!!

PULUN KEDAH PULUN!!!

www.hijaukuning.com

No comments:

Post a Comment