Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Writ saman yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Alor Setar itu turut menyenaraikan dua orang awam iaitu Hanafiah Ramli dan Zakri Shuib yang mengeluarkan komen dalam rancangan tersebut sebagai pihak defendan.
Mohd Nasir selaku plaintif memohon mahkamah membenarkan beberapa perintah, iaitu ganti rugi am sebanyak RM10 juta dibayar kepada plaintif oleh para defendan di samping ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan teruk.
Perintah mahkamah juga dipohon untuk mengarahkan defendan meminta maaf daripada plaintif secara terbuka dalam rancangan Titik Sentuhan dan menarik balik tuduhan fitnah tersebut yang hendaklah dibuat secara bertulis di muka hadapan akhbar harian.
Dalam ruangan ini kira-kira dua bulan lalu, isu tersebut pernah diperjelaskan. RTM dalam rancangan tersebut mendakwa jalan di Kampung Hilir Telok Talipon (kawasan Dun Kubang Rotan) telah diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri pada tarikh 27 Julai 2011.
Jalan tersebut tidak berturap sepenuhnya sejak pemerintahan kerajaan negeri yang sebelum ini lagi dan ia merupakan jalan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan bukannya jalan kerajaan negeri. Selepas kerajaan negeri diperintah Pakatan Rakyat, Mohd Nasir telah mengambil tindakan dengan menghubungi pihak UPEN bagi menaik taraf dan menurap semula jalan tersebut.
Ertinya nikmat pembangunan yang diperolehi oleh penduduk adalah hasil usaha Mohd Nasir dan kerajaan negeri tetapi dilaporkan sebaliknya oleh RTM.
Apa yang lebih menyakitkan hati, apabila RTM menyiarkan temu ramah dengan penduduk yang mendakwa Nasir tidak pernah turun padang walaupun sekali, telefon dan mesej tidak berjawab, melepaskan tanggungjawab kepada kerajaan Pusat dan bermacam tohmahan lagi. Sedangkan beliau bertungkus lumus menangani masalah tersebut sehingga masalah jalan itu selesai sepenuhnya.
Kasihan juga orang kampung yang mengeluarkan komen celupar itu. Mereka mungkin hanya diarah oleh pihak tertentu tetapi terpaksa membayar kos yang terlalu mahal hingga berjuta-juta ringgit.
Memang mereka orang kecil tapi pembohongan yang dibuat terlalu besar, disaksikan oleh berjuta-juta rakyat Malaysia.
Ada satu lagi kes yang melibatkan Adun Kubang Rotan dan PAS Kawasan Kuala Kedah. Iaitu kononnya aktivis Muslimat PAS sertai Umno, cerita biasa menjelang PRU. Setelah disiasat orang yang mengaku 'Muslimat PAS' itu ialah seorang aktivis Puteri Umno.
Laporan polis telah dibuat terhadapnya dan saman terhadap si penipu serta media-media yang menipu itu akan menyusul.
Hakikatnya pembangkang di negara ini telah terlalu lama dibuli oleh RTM serta media-media talibarut mereka yang menipu.
Mungkin kerana sudah terbiasa (orang Kedah menyebutnya 'mangli') maka penipuan demi penipuan oleh RTM terhadap pembangkang serta tindakan jahat RTM menjahanamkan imej pembangkang tidak lagi dianggap perkara besar. Walhal, peranan jahat yang dimainkan oleh mediamedia tersebutlah sebenarnya yang berjaya menyekat parti-parti lawan BN daripada berkuasa. Menurut hukum adat dan akal, tanpa peranan media-media utama tersebut BN sudah lama tumbang di Pusat.
Tindakan yang diambil oleh Adun Kubang Rotan itu merupakan satu tekanan terhadap RTM serta semua media talibarut mereka supaya jangan terlalu selesa membuli pembangkang. Ia perlu dicontohi oleh semua pemimpin Pakatan Rakyat. Asal ada kes fitnah dan putarbelit, saman. Jangan beri muka. Macam pilihan raya juga, menang atau kalah bukan persoalannya kerana yang penting kebenaran ditegakkan.
Pada tahun 1990-an, Almarhum Dato' Fadzil Noor dan Dato' Seri Abdul Hadi Awang pernah menang saman terhadap Utusan Malaysia setelah akhbar tersebut mengejek kedua-dua pemimpin PAS itu dengan gelaran Nabi Fadzil Noor dan Nabi Hadi Awang. Mereka memperolehi RM20,000 seorang.
Ganjaran diperoleh bukanlah ukuran, yang penting ialah tindakan mengajar pemfitnah.
Hari ini, setiap hari, setiap kali kita menatap akhbar atau menonton media elektronik dalam negara; fitnah, pembohongan dan putarbelit terhadap Pakatan Rakyat mesti dipaparkan. Mudah sekali untuk mencari bahan yang boleh disaman.
Pembohongan wajib yang mesti wujud menjelang pilihan raya ialah berita ‘ahli PAS masuk Umno’. Yang lumrah terjadi ialah ahli Umno yang ‘masuk Umno’. Propaganda BN itu melibatkan imej dan maruah PAS.
Berita seperti itu dibiarkan berlalu dengan selesa sejak puluhan tahun oleh PAS.
Belum ada kes yang dibawa ke mahkamah, sedangkan ia juga memberi kesan negatif terhadap sokongan rakyat. PAS dan para peguam kena memikirkan cara bertindak melalui mahkamah dalam isu seperti ini. Jika berjaya ia boleh dijadikan kes rujukan selepasnya untuk mengajar media-media talibarut BN agar tidak membabitkan diri dengan kejahatan yang serupa.
Persoalan yang menarik untuk dijawab, hari ini adakah pihak Pakatan Rakyat terlalu baik atau BN yang besar kepala? Orang Pakatan melihat dengan ‘mata putih’ saban waktu foto Dato' Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng dipijak-pijak dalam demonstrasi haram mereka.
Tetapi apabila bendera berwajah Dato' Seri Najib Razak yang diturunkan (bukan dipijak) si pelaku dihukum tak sepadan. Baik dan sabar adalah sikap mulia yang perlu dipertahankan.
Namun terlalu baik membiarkan kepala diketuk dengan sepatu tiaptiap hari di hadapan rakyat jelata, itu bukan baik lagi tapi bodoh namanya.
No comments:
Post a Comment