Sungai layar ,Sungai Petani.
Seorang pengguna Syarikat Air Darul Aman DI Taman Seri Tanjung 3 Sungai Layar, amat kecewa dengan sikap kakitangan petugas SADA Kuala Muda telah datang menukar meter air yang baru tanpa sebab, kerana penggunaan sebelum ini tidak mendatangkan apa-apa masalah, selepas di tukar ke meter yang baru tapi 2nd hand dah.
Bil yang selalu purata sebulan RM 43.00 sahaja kini meningkat hingga RM 78.10 sebulan , peningkatan sebulan sebanyak 35.10.
SADA sepatutnya menyelesaikan perkara yang melibatkan pengguna - pengguna bermasalah seperti mereka2 yang telah di potong meter tapi masih lagi mereka mendapat bekalan secara haram, bukan nya menekan pengguna setia dengan memasang meter yang meragukan pengguna, barulah betul dengan slogan Kerajaan PR sekarang “KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA”, tapi yang berlaku sebaliknya pula…
Kesal dengan keadaan begini saya selaku pengguna merayu kepada SADA minta satu pendekatan kepada mesra pengguna bukan nya “MENGDISKRIMINASI PENGGUNA” dengan meter yang meragukan pengguna-pengguna setia. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment