PENDANG – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid As Syakirin, Pekan Tokai, di sini.
Selesai majlis perasmian, baginda turut menunaikan solat zohor bersama rakyat.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia (YTM) Dato’ Seri Utama Tunku Annuar, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin, Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Dato’ Dr Abd Isa Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Seraja Setia Dato’ Paduka Haji Rasli Basir.
Masjid As Syakirin mula dibina pada November 2008 dan siap pada 21 Mac 2010 dengan belanja sebanyak RM 2.7 juta.
Masjid yang terletak di tengah-tengah Pekan Tokai mampu memuatkan 800 jemaah dalam satu-satu masa.
No comments:
Post a Comment