Kalaulah Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Mas
yarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil baca berita bertajuk "Apa tujuan taja kahwin anak Ali Rustam", "Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi kerajaan Melaka", "Isu kenduri mega KM Melaka dilapor pada SPRM" dan "Pakatan buat laporan SPRM terhadap Ali Rustam", barangkali dia akan bertanya, adakah dia diperlakukan dengan adil oleh Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak?
Barangkali dia akan bertanya, apa beza majlis kenduri ala Jayalalithaa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dengan lembu di kondominium?
Semalam, saya tulis di ruang Facebook saya:
Semalam, saya tulis di ruang Facebook saya:
Mana satu betul? Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam beritahu The Malay Mail bahawa kos kenduri kahwin anaknya itu hanya RM600,000 sahaja.The Star Online pula melaporkan, setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan pula menyatakan, 500 orang "sukarelawan" yang bertugas di majlis tersebut "tidak dibayar satu sen sekalipun".Katanya lagi, kalangan penyedia makanan dan perkhidmatan lain untuk majlis tersebut turut berbuat demikian secara percuma.Kalau semua percuma , tidakkah melibatkan salah guna kuasa?
Saya bukan Ketua Menteri atau orang yang ada kuasa. Adakah orang akan taja kenduri saya? Ini persoalan penting untuk ditanya.
Kalau kita bukan orang bekuasa atau anak orang berkuasa, siapa nak taja kita? Kalau kita bukan orang bekuasa atau anak orang berkuasa siapa nak bawa kita naik pesawat peribadi pergi melawat ladang misalnya?
No comments:
Post a Comment