Kes ragut atas jejantas semakin menjadi-jadi
5 Oktober 2012
Jejantas yang menakutkan penduduk
Penduduk menunjukkan jejantas yang mengundang kes ragut
PENDANG - Jejantas dibina bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai menyeberang jalan atau landasan namun lain pula yang berlaku di jejantas dekat Kampung Bukit Jambul Mukim Air Puteh di sini yang kerap berlakunya kes ragut.
Sinar Harian difahamkan jejantas berhampiran landasan keretapi itu dibina Julai tahun lalu untuk kegunaan pejalan kaki dan penunggang motosikal. Ia merupakan laluan penghubung bagi penduduk Kampung Alor Nan, Bukit Cepat dan Bukit Jambul.
Tinjauan di jejantas itu baru-baru ini mendapati laluan itu sangat sunyi antara jam 2 hingga 3 petang dan 6 hingga 8 malam.
Penduduk, Sabariah Zakaria, 43, berkata, rata-rata penduduk kini takut menggunakan jejantas terbabit seorang diri kerana bimbang diragut.
Menurutnya, sejak jejantas itu dibina banyak kejadian ragut berlaku membabitkan penduduk setempat termasuk golongan wanita, petani dan kanak-kanak sekolah.
“Kes ragut di atas jejantas ini semakin menjadi-jadi sehingga penduduk takut untuk menggunakan jejantas itu namun, penduduk tiada pilihan lain kerana jejantas itu merupakan satu-satunya laluan utama penduduk Kampung Alor Nan untuk menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jambul.
“Petani juga akan menggunakan jejantas itu untuk mengusahakan sawah padi walaupun banyak juga kes ragut membabitkan petani ketika hendak ke sawah, “ katanya.
Doyah Saad, 44, berkata, dia difahamkan oleh mangsa ragut mereka diugut menyerahkan semua barang berharga termasuk wang tunai sambil pisau pula diletakkan di leher.
“Mangsa dalam kalangan petani pula disekat di atas jejantas kemudian kunci motosikal dirampas lalu dicampak supaya mangsa tidak melarikan diri.
“Kebanyakan peragut terdiri daripada lelaki golongan muda antara umur 20 an hingga 30 an dan waktu kejadian kerap berlaku adalah selepas pelajar sekolah pulang dan waktu Maghrib,” katanya.
Doyah berkata, pengguna jejantas itu tidak dapat melihat peragut terbabit dari bawah melainkan naik di atas jejantas itu lebih kurang 50 meter kerana dua peragut akan menunggu di dua penjuru tengah dan hujung jejantas.
Zuraida Ismail, 38, berkata sebelum ini terdapat seorang pengawal lalu lintas yang menjaga kawasan ini sebelum projek landasan keretapi di sini siap sepenuhnya bagaimanapun pengawal terbabit cedera akibat dipukul.
Menurutnya, penduduk pula terpaksa berpakat beramai-ramai jika hendak menggunakan jejantas itu terutamanya golongan wanita.
"Kami sangat mengharapkan supaya pihak polis dapat mengambil tindakan segera menangani gejala ini, " katanya.

No comments:
Post a Comment