Saturday, January 26, 2013

Kerajaan Malaysia telah MENGHALALKAN HINDRAF semula...

K'jaan tarik balik pengharaman Hindraf

Selepas lebih empat tahun selepas diharamkan, kerajaan menarik pengharaman ke atas Hindraf.

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam mesej teks berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada pertubuhan itu melalui surat bertarikh semalam dari Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut kerana sedang berada di United Kingdom.

Hindraf telah diharamkan pada 15 Oktober 2008 oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kerajaan pada masa itu menyifatkan Hindraf sebagai ancaman kepada ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara serta keharmonian kaum.

Hindraf mendapat perhatian selepas berjaya menggerakkan lebih 30,000 orang turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 25 November 2007 bagi memperjuangkan nasib masyarakat India yang didakwa terpinggir di Malaysia.

Hindraf juga dianggap telah menjejaskan teruk prestasi BN pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan sokongan kaum India untuk parti pemerintah merosot dengan mendadak.

BN gagal mengekalkan prestasi penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat sejak penubuhannya pada 1973.

No comments:

Post a Comment