BANDAR DARULAMAN - Akibat keingkaran membayar sewa mengikut tempoh ditetapkan, Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) tidak lagi berkompromi dan bertindak menyita semua premis yang gagal menjelaskan tunggakan di seluruh daerah Kubang Pasu.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa dan Tunggakan Hasil, Zakariya Ahmad berkata, jumlah tunggakan sewa yang dicatatkan sehingga semalam mencecah sehingga RM700,000 iaitu melibatkan premis, ruang niaga, tapak pasar malam dan lain-lain tapak niaga milik MDKP yang gagal dibayar penyewa.
Menurutnya, daripada jumlah itu terdapat penyewa yang gagal membayar sewa yang mencecah hutang tertunggak sehingga puluhan ribu ringgit dalam satu tempoh masa yang agak lama.
“Justeru MDKP bertindak menjalankan operasi menyita premis itu secara berperingkat sejak tahun lalu dan berterusan pada tahun ini.
“Notis amaran pertama telah dikeluarkan iaitu 14 hari sebelum tindakan memberi notis mengosongkan bangunan yang dikeluarkan dalam tempoh tujuh hari selepas itu, namun sekiranya masih ada penyewa yang ingkar dan gagal menjelaskan tunggalkan hutang mereka selepas kedua-dua notis berkenaan, maka operasi menyita akan dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Sita Tunggakan Hasil yang dijalankan di sekitar premis MDKP di sini, semalam.
Semalam, MDKP menyita 14 premis iaitu tujuh daripadanya melibatkan premis perniagaan di Kaunter Jualan Tiket Bas Bandar Darulaman dan tujuh lagi melibatkan gerai makanan di Medan Selera Bandar Darulaman selepas mereka ingkar dengan notis pertama yang meminta supaya mereka menjelaskan hutang tertunggak sepanjang menyewa premis berkenaan.
:Zakariya berkata, jumlah tunggakan sewa yang melibatkan semua 14 premis berkenaan berjumlah RM24,590 iaitu RM6,930 adalah tunggakan daripada premis di kaunter jualan tiket bas berkenaan manakala RM17,660 adalah daripada premis di medan selera terbabit.
:Menurutnya, semua tunggakan itu adalah yang gagal membayar sewa melebihi tempoh tiga bulan dan MDKP hanya menyita premis yang gagal menjelaskan tunggakan hutang melebihi tempoh berkenaan sahaja.
“Selepas penyewa gagal membuat pembayaran dalam tempoh secepat mungkin selepas premis disita, pihaknya akan mengosongkan premis itu sekali gus menamatkan perjanjian sewa premis serta-merta.
:“MDKP sebelum ini telah memberi peluang kepada penyewa untuk menjelaskan tunggakan hutang pada satu tempoh yang ditetapkan namun rata-rata mereka masih gagal berbuat demikian sehingga menyebabkan kali ini kita tidak boleh berkompromi lagi,” katanya.
:Zakariya berkata, pada masa sama operasi itu juga bertujuan untuk mengutip balik semua bayaran tunggakan sewa majlis yang begitu tinggi sekali gus bagi memberi peluang kepada peniaga yang benar-benar mahu menjalankan perniagaan dan berdisiplin dalam menjalankan bayaran sewa premis milik MDKP.
“Bagaimanapun jika selepas menyita premis ini, penyewa yang berjaya melangsaikan hutang tertunggak mereka, MDKP masih boleh memberi peluang kepada mereka menyewa premis berkenaan sekiranya mereka masih mahu menjalankan perniagaan di situ,” katanya.
Semua Majlis Bandaran/Perbandaran/Bandaraya di Kedah kena pastikan juga sama premis yang disita ini memang tak dibayar cukainya olih peniaga yang menyewa atau penyewa asal yang menyewakan semula buat hal.Dalam banyak kes,dulu dan sekarang,banyak orang buat duit atas kerja sewa menyewa ini.Ada hubungan sedikit sebanyak dengan orang kuat majlis atau orang politik,dapatlah sederet premis perniagaan dan kemudian disewakan pula.Supaya tak ada yang hilang punca rezekinya,pihak penguatkuasa kena tengok sebabnya sampai tak bayar begitu banyak.Tapi kalau memang jelas hak sendiri tapi tak bayar,tunggu apa lagi ,SITA SAJALAH.
ReplyDeleteTapi kalau ada cerita disebaliknya,mungkin bolih tukar nama daripada penyewa asal yang makan duit buta kepada mereka yang benar benar mahu berniaga,tapi mereka ini pastikan bukan lah pendatang haram