Diusir keluar tanpa pampasan

SEMELIN: – Seorang suami terpaksa memikirkan masa depan keluarganya kerana rumah yang didiami puluhan tahun akan dirobohkan berikutan tanah itu bukan miliknya.
Abd Razak Abd Rashid 32, berkata, rumah peninggalan keluarga isterinya itu didiami seramai enam generasi dan kini bakal dirobohkan, kerana tanah ini dimiliki seorang pengusaha sarang burung layang-layang.
“Kami sekeluarga diberi tempoh sehingga 14 Mac ini untuk keluar dan apa yang paling mengecewakan ialah kami disuruh keluar tanpa diberi pampasan.
“Saya hanya bekerja sebagai operator kilang dan isteri saya masih lagi berpantang, cubalah fikirkan nasib kami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, pemilik tanah menghantar peguam untuk menyampaikan hasratnya supaya mereka sekeluarga berpindah pada 14 Mac ini dan jika ingkar, pemilik akan merobohkan tanpa notis.
“Setakat ini, pemilik tanah ini tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan kami suami isteri berkenaan hal ini dan kami hanya berjumpa dengan peguamnya,” katanya.
Sementara itu, isterinya, Noor Ashima Mohd Salleh, 28, berkata, pada 2009 pemilik tanah sudah membersihkan kawasan belakang rumahnya untuk dibina rumah burung layang-layang, tetapi dia tidak membenarkannya kerana terlalu hampir dengan rumah penduduk.
“Namun, sejak kebelakangan ini pemilik tanah ini mengeluarkan surat mahkamah untuk menyuruh kami keluar dari rumah, tetapi dimaklumkan akan memberikan kami pampasan sebanyak RM5,000,” katanya.
Noor Ashima berkata, dengan wang pampasan sebanyak itu tidak cukup untuk dia dan keluarganya memulakan hidup baru.
“Tiada sebarang surat perjanjian yang dibuat sehingga sekarang dan wang pampasan yang dijanjikan juga tiada.
“Kami akan keluar dari rumah ini jika wang pampasan yang setimpal diberikan, kerana kami sedar ini adalah tanah orang, tetapi sudah tinggal di sini puluhan tahun, mereka tidak boleh menghalau tanpa memberi sebarang wang pampasan, tambahan hidup kami sekeluarga susah,” katanya.

No comments:
Post a Comment