Friday, March 4, 2011

Kedah, NS tersingkir awal


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiM4olElS4dMeTGb4jxpSPZmocIFtNWmrnY-oilRvOxZR3AgsU0DtUpg-bl3sUkGv18r3sTSejf3xRsFzTkIWZFpeTYVAGzCE63ocy5pA9wN3V5NuaEsdDabLuKCZqjBrMNHDsjuIv9wJo/s400/md+yusof+wn+jamak+Final+FA.jpg
bye-bye piala FA

DUA finalis Piala FA, Negeri Sembilan dan Kedah dipalit duka tersingkir daripada saingan kejuaraan berprestij itu apabila diaibkan di halaman sendiri selepas tunduk mengejut kepada lawan masing-masing, malam tadi.

Negeri Sembilan yang turun selaku juara bertahan ditunjuk jalan keluar apabila tewas dalam penentuan sepakan penalti 2-4 kepada Kuala Lumpur selepas kedudukan terikat 0-0 sehingga masa tambahan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Jaringan tunggal Hasmarul Fadzil pada minit ke-81 di Stadium Darulaman sudah memadai membawa Felda ke suku akhir - sekali gus mengecewakan naib juara, Kedah 1-0 yang masih tercari-cari sentuhan selepas turut beraksi hambar dalam saingan Liga Super.

Seminit sebelum jaringan kemenangan itu, gawang Kedah hampir dibocori oleh Liew Kit Kong tetapi tandukannya mengenai palang.[Berita Harian]

No comments:

Post a Comment