ALOR SETAR - Pelajar Kedah yang melanjutkan pengajian ke Mesir disarankan untuk mempelajari budaya hidup negara yang diduduki di samping mengelak untuk sentiasa ‘balik kampung’ sekiranya ingin lebih berjaya.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kebanyakan pelajar negara ini masih terbawa-bawa dengan budaya kampung masing-masing dan tidak mengambil kesempatan tinggal di luar negara untuk menimba ilmu sebanyak mungkin.
Menurutnya, masih ramai pelajar yang bersikap manja dan beranggapan universiti yang diduduki di Mesir dekat dengan tanah air mereka dan sikap itu seharusnya dikikis kerana bakal merugikan diri sendiri.
“Dulu sewaktu saya mengaji di Mesir, keadaan ketika itu agak kacau bilau, malah lebih teruk lagi apabila peluru berpandu Israel bersimpang-siur di udara negara itu. Akan tetapi, saya bulatkan tekad untuk tidak pulang ke tanah air.
“Hasilnya, saya kini bukan sahaja menguasai bahasa Arab dengan baik, malah saya turut memperoleh ilmu dan pengalaman bermakna di negara itu. Saya berharap lebih ramai pelajar Kedah yang pulang semula ke tanah air dengan membawa kejayaan,” katanya pada sidang media selepas upacara perlepasan enam bas dinaiki pelajar Kedah untuk pulang ke Mesir di Wisma Darulaman, semalam.
Azizan berkata, seramai 216 pelajar Kedah dihantar pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menggunakan enam bas yang ditaja Yayasan Islam Negeri Kedah (Yiked) dan Kerajaan Negeri sebelum berlepas pulang ke Mesir.
Menurutnya, perjalanan pulang rombongan pelajar yang kedua ini berjalan lebih tersusun berbanding rombongan pertama apabila mereka menghadapi masalah perlepasan visa.
“Bagaimanapun, masalah itu berjaya diselesaikan Yiked dan saya berharap perjalanan rombongan ini dan rombongan yang seterusnya akan lebih lancar dan selamat tiba ke destinasi yang dituju.
“Tidak perlu berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas bantuan tambang tiket pulang ke Mesir dan duit poket RM500 yang diserahkan kerana itu semua wang rakyat,” katanya.

saya ada masa ni . huhuhu~
ReplyDelete