ROS perlu beri penjelasan

KUALA LUMPUR – Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu memberi penjelasan terperinci mengenai status permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat (PR) yang dikemukakan kira-kira dua tahun lalu.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, ROS perlu memberi penjelasan jika ada halangan yang membuatkan permohonan itu tidak dapat diproses sama ada ianya tidak lengkap atau tidak mengikut peraturan.
“Soal niat dan hasrat mendaftar PR sebagai pertubuhan yang sah telah kami kemukakan kepada ROS. Segalanya bergantung kepada keputusan ROS.
“PR kini berada dalam keadaan di mana pada satu sisi, ROS terus berdiam mengenai status permohonan pendaftaran PR dan di satu sisi SPR terus menekan mengatakan PR sebagai pertubuhan haram dan melanggar peraturan pilihan raya,” katanya di lobi Parlimen, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menasihati parti pembangkang yang bergabung di dalam PR supaya mendaftarkan gabungan berkenaan supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan dalam pilihan raya.
SPR mendakwa PR telah melanggar peraturan ditetapkannya dalam 16 kali pilihan raya kecil sejak berakhirnya pilihan raya umum 2008.
Berdasarkan kepada peraturan SPR, hanya parti yang bertanding sahaja layak mempamerkan bahan kempen kecuali mereka adalah parti komponen kepada pertubuhan yang berdaftar seperti UMNO, MIC dan MCA serta sebagainya yang menjadi parti komponen kepada Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya pakatan terdiri daripada Pas, PKR dan DAP adalah pertubuhan tidak berdaftar dan tindakan mereka mempamerkan bahan kempen parti yang tidak bertanding adalah jelas melanggar peraturan.
Saifuddin berkata, PR melalui Datuk Zaid Ibrahim, salah seorang daripada sekretariat pendaftaran PR dahulu telah menghantar borang permohonan terbabit dua tahun lalu.
“Zaid menghantar borang permohonan PR dua tahun lalu, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan dari ROS.
“Namun, apabila Zaid menghantar permohonan untuk parti barunya Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) telah lulus tidak sampai dua bulan. Anda boleh lihat kreadibiliti ROS dalam hal ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment