ALOR SETAR - Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggesa pertemuan dua mata tanpa kehadiran orang perantaraan antara Menteri Besar (MB), Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menyelesaikan isu yang timbul.
Presiden MPM, Mohd Faiz Mohd Arshad, berkata, pertemuan secara terbuka antara MB, Rektor Kuin, Profesor Datuk Dr Jamil Osman, tenaga pengajar Kuliyyah Al-Quran serta pelajar yang terlibat perlu dilaksanakan secepat mungkin.
Katanya, sekiranya isu penempatan Sekolah Bestari di bangunan Maahad Tahfiz Negeri Kedah berlanjutan mereka bimbang akan mengganggu tumpuan pelajar membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan akhir yang bakal bermula pada 17 April nanti.
“Apa yang kami perhatikan MB hanya mendengar penjelasan sebelah pihak (rektor) sahaja dan kenyataan yang dikeluarkan lebih berpihak kepada (rektor), keadaan tersebut dilihat tidak adil bagi pihak pelajar.
“Arahan MB supaya pengurusan Kuin menyiasat penyebaran khabar angin perlu melibatkan semua pihak bukan sahaja tertumpu pada satu pihak sebelum sebarang tindakan selanjutnya diambil,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Naib Presiden MPM, Mohd Azlan Mat Zain, berkata, pernyataan MB menyifatkan penyebaran maklumat palsu didalangi pihak tertentu yang berkepentingan sebenarnya tidak wujud.
“Tidak ada sesiapa yang menjadi dalang dalam hal ini, punca demonstrasi diadakan di pekarangan Masjid Bahiyah, Jumaat lalu timbul kerana pelajar sendiri tidak puas hati dengan apa yang berlaku.
“Kami juga minta supaya isu kebajikan pelajar juga diambilberat dan tidak hanya memfokuskan kepada kediaman Al-Razi sebaliknya turut memberi perhatian kepada kediaman Gemilang serta Farabi supaya lebih adil,” katanya.
:Pengerusi Biro Penerangan MPM, Muhamad Aiman Abdul Razak, berkata, bagi pihak pelajar mereka memohon supaya pihak terlibat dapat berusaha menyelesaikan masalah namun mereka lihat pihak pentadbiran seolah-olah merumitkan lagi masalah berkenaan.
“Kami percaya isu surat berbau ugutan melibatkan sebahagian tenaga pengajar Kulliyah Al-Quran telah diputar-belit dan ini terbukti dengan permohonan maaf dari Dekan Kuliyyah Al-Quran Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Profesor Madya Dr Azharuddin Sahil.
“Selain itu juga, kenyataan MB yang dikeluarkan sebelum ini turut bercanggah dengan kenyataan pihak Kuliyyah Al-Quran,” katanya.[SH]

No comments:
Post a Comment