ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan melantik peguam baru untuk membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi menyita bangunannya Khamis lalu, selepas gagal menjelaskan bayaran hampir RM750,000 kepada sebuah syarikat kejuruteraan.
Datuk Bandar, Datuk Khazali Din berkata, kejadian itu sepatutnya dapat dielakkan sekiranya afidavit rayuan difailkan kepada plaintif dalam tempoh 14 hari.
Menurutnya, MBAS percaya masih ada ruang untuknya memperbetulkan keadaan sekiranya mahkamah membenarkan rayuan diteruskan.
“Setakat ini, MBAS masih tidak mengemukakan sebarang pembayaran kepada plaintif kerana kes ini masih di dalam proses rayuan. Kita juga berharap rayuan ini akan diberi pertimbangan sewajarnya oleh mahkamah,” katanya kepada media selepas menghadiri Simposium Bandar Sejahtera di Dewan Besar MBAS, di sini semalam.
Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengeluarkan Writ Penyitaan dan Penjualan terhadap MBAS kerana gagal menjelaskan tunggakan RM750,000 kepada Syarikat Veecan Management Sdn Bhd.
Writ Penyitaan dan Penjualan kepada MBAS diserahkan oleh Bailif Mahkamah Tinggi Alor Setar, Hamid Man kepada Khazali dalam satu pertemuan tertutup yang diadakan pada pagi hari berkenaan.
Berdasarkan writ itu, Syarikat Veecan Management Sdn Bhd menuntut MBAS menjelaskan tuntutan bayaran RM749,355.59 melibatkan satu projek penjimatan tenaga elektrik yang dijalankannya dengan persetujuan MBAS.
Bagaimanapun, tempoh sitaan ke atas MBAS hanya untuk tempoh dua jam kerana PBT itu membuat pembayaran pada petang berkenaan.

No comments:
Post a Comment