
Di alam Twitter, saya sering ditanya oleh juak2 UMNO mengapa Anwar tidak mahu bersumpah (seperti di atas).
Dalam kes diatas, kita nampak sendiri kejahilan puak2 UMNO ini dalam hukum berkaitan mubahalah dan sumpah. Kedua-duanya adalah BERBEZA tapi mereka gabung kedua-dua nya jadi satu perkara (sumpah mubahalah. Mana ada "sumpah mubahalah" dalam Islam. Yang ada samada SUMPAH ataupun MUBAHALAH. Kedua-dua nya ada kaedah yang berlainan.
Mubahalah mestilah ada KEDUA-DUA pihak di dalam majlis itu. Bagaimana Anwar hendak bermubahalah, sekiranya beliau seorang diri? Juga, Mubahalah mestilah dimulakan oleh orang yang DITUDUH. Eskay bersumpah di Masjid Sentul untuk MENUDUH Anwar Ibrahim. Dalam undang-undang SEKULAR sekalipun, sumpah TIDAK BOLEH DIJADIKAN bukti untuk pendakwaan di dalam mahkamah, inikan pula dalam mahkamah shariah.
Kalau benar2 mahu Mubahalah, ia mesti dimulakan oleh Anwar Ibrahim kerana beliau adalah orang yang DITUDUH. Bukan ESKAY atau SAIFUL pegi masjid dan buat sumpah palsu mereka.
MENGAPA ANWAR TIDAK MAHU BERMUBAHALAH ATAU BERSUMPAH?
Hukum sumpah atau mubahalah adalah MAKRUH. Ertinya, kalau buat tidak dapat pahala, kalau tidak buat dapat pahala.
Anwar Ibrahim lebih selesa dengan kaedah solat hajat. Hukum solat hajat adalah SUNAT ertinya buat dapat pahala.
SUMPAH - TInggal dapat pahala
SOLAT HAJAT - Buat dapat pahala
Maka, lebih baik Anwar buat Solat Hajat dan bukan sumpah. Ada faedah dan ada asas dari segi syara'
Senang sahaja untuk jawab puak2 UMNO yang tak reti hukum.
Adapun sumpah Saiful dan Eskay itu, jelas sumpah palsu dan bohong kerana banyak sebab:
1.0 Tiada kesan jubor Saiful ditembusi dan ini disokong oleh semua doktor yang memeriksa beliau. Kalau jubor Saiful tidak ditembusi, bagaimana liwat berlaku? Hanya orang gila sahaja yang percaya Saiful kena liwat dgn Anwar Ibrahim.
2.0 Eskay kata Anwar ada tinggal JAM OMEGA. Namun, Polis kata Jam Omega tersebut di buat di Taiwan dan tidak boleh dikesan siapa tuan punya. Ertinya, ESKAY TELAH BERBOHONG.
3.0 Manusia dalam video itu ada iras2 Anwar tapi susuk badan pelakon itu JAUH BERBEZA dari Anwar Ibrahim. Lebih2 lagi pada masa kejadian itu berlaku, Anwar sedang bertwitter dan berblog.
4.0 Kalau setakat muka, Ben Kingsley diorang boleh make-up muka sebijik Ghandi. Apa nak heran. Sebab tu bukti VIDEO ni tak boleh jadi bukti asas dalam mahkamah civil sekalipun kerana video boleh dimanipulasi.
DEngan kata lain, UMNO tidak ada bukti kukuh mahupun hujjah yang jitu untuk menuduh dan mensabitkan Anwar atas tuduhan liwat dan zina.
Maka, untuk menutup malu mereka, diulang-ulang cabaran untuk sumpah kepada Anwar Ibrahim. Diharap dgn keengganan Anwar bersumpah dapat meyakinkan majoriti rakyat terutama yang Islam untuk menolak Anwar Ibrahim
Malangnya, mengikut kajian Merdeka Center, tidak sampai 15% orang Melayu percaya Anwar meliwat Saiful.
Tidak sampai 15% orang Melayu yang percaya Anwar adalah orang di dalam video blue Rahim Thamby Chik itu.
Hajat mereka tidak kesampaian. Sebab tu terpaksa ulang kalimah sumpah sebab diri sendiri dah malu nak cover airmuka.
Tulang Besi
No comments:
Post a Comment