Wednesday, December 14, 2011

Anak buah PAPAGOMO sertai PAS di Kedah....

Blogger UMNO sertai PAS, lagi akan menyusul...


Blogger dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar. Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata.

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat. Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.

(HH dan AA bergabung kekuatan mewujudkan Blog Kedah Kita... siap BN Kedah lepas ni kena londeh sampai tinggai tel**)


http://lynx.my/blogger-umno-sertai-pas

2 comments:

  1. jangan2 ada muslihat tak..? jangan sampai pisang berbuah 2 kali.. dulu 2 ekor katak umno masuk Pkr.. pastu lempat balik masuk Umno siap bawak beberapa ekor lagi katak dalam Pkr ikut masuk umno..

    ReplyDelete
  2. Papagomo dengan Novandri? hangpa jangan kena tipu dengan dia la. dia ni memang pandai juai nama. semoga Pas berbahagia dengan Husaini Harun. Kami blogger pro UMNO Kedah, berdoakan supaya Pas Kedah tidak menjadi mangsa seterusnya.

    Kita berjuang sebab ideologi dan prinsip parti masing-masing, tapi cuma tanya dia, dia berjuang atas apa?

    Nak kan nama dan wang.. itu saja..

    ReplyDelete