Wednesday, December 14, 2011

Apa Beza Ulamak kat Malaysia dengan Ulamak kat Pakistan.. Inilah jawapannya...!!!

Ulama UMNO.....tolong tiru Ulama Pakistan....ada berani???

Oleh : SERIKANDI MUJAHIDAH

Berita gempaq... Aktrees Pakistan, Veena Malik telah dikecam oleh ulama-ulama Pakistan atas kebiadapannya beraksi bogel menghiasa cover majalah FHM baru-baru ini.

Ulama-ulama Pakistan mengecam dan menggesa agar beliau diambil tindakan dan sewajarnya dihukum bunuh kerana memalukan agama dan negara Pakistan sendiri.

SM teruja dengan keberanian ulama-ulama Pakistan sanggup bertindak mempertahanakan kesucian agama apabila seorang wanita Islam kelahiran Pakistan melakukan keaiban yg tidak sewajarnya dilakukan oleh wanita Islam.

Berbalik di Malaysia tanah airku tercinta....kita lihat sekarang ini, artis-artis Malaysia semakin berani berpakaian menjolok mata..memperagakan tubuh semata-mata mencari publisiti murahan. Mereka melagangkan kecantian tubuh badan mereka untuk meraih populariti dan sanggup membelakangkan adab, nilai dan hukum agama. Bagi mereka seolah-olah hukum agama sudah tidak relavan dan sesuai untuk mereka lagi. Atau mungkin merasakan mereka tidak termasuk di dalam golongan manusia yang diperintahkan Allah untuk melakukannya.

Mungkin atas nama kejahilan...atau mungkin sengaja buat-buat jahil..Tapi yang SM hairan..ulama-ulama di Malaysia terutama ulama kerajaan ini seolah-olah merestui tindakan artis-artis wanita ini..SM tak dengar pun suara-suara Ulama mengecam tindakan mereka, memberi amaran dan peringatan atau pun paling tidak menasihati. Entahlah kut..kalau-kalau mereka mengambil pendekatan selemah-lemah iman, membenci dalam hati.



Baru-baru ini, JAKIM telah menyeneraikan buku-buku yang diharamkan oleh mereka. Oklah..tapi rasional pengharamannya tidak dijelaskan. Tapi yang SM hairan..majalah-malajah hiburan seperti majalah Mangga, tidak pula diharamkan, sedangkan majalah tersebut sering disebut menyiarkan gambar dan cerita-cerita melampau yang boleh merosakkan anak muda. Pergaulan bebas, mendedahan aurat, cara hidup bebas yg menyimpang dari ajaran Islam serta artis-artis diangkat menjadi idola. Mungkin JAKIM terlepas pandang..atau saja tidak memandang-mandang. Bukan Mangga sahaja, banyak lagi majalah hiburan lain yang kandungannya tidak mendatangkan keuntungan kepada Islam.

Ulama ini telah dikatakan dalam Hadis Baginda Nabi Muhammad SAW..."Ulama itu pewaris para nabi". Jadi ulama harus bangun merealisasikan peranan membenteras kemungkaran yang sengaja dibenarkan berleluasa di Malaysia ini. Bukan ulama membiarkan diri mereka diperkuda oleh UMNO Haprak untuk membenarkan atau menyokong apa sahaja tindakan mereka dan seterusnya menjadi kuda kayu UMNO Haprak menentang perjuangan Islam.

Ulama perlu ada integriti sendiri. Ulama golongan berilmu, alim, warak dan berakhlak tetapi jangan cemarkan kelebihan yang diberi oleh Allah itu untuk mencari habuah dunia..kemewahan dunia, populariti, publisiti,pangkat, darjat....atau jangan kerana menjaga periuk nasi...agama digadaikan.

Ulama..Umarak...saling bergandingan...jadilan ulama yang membetulkan umarak...bukan ulama yang diperkuda umarak...

SM : sangat-sangat menyanjungi ulama, lebih-lebih lagi yang berada didalam perjuangan Islam dan berani mengatakan kebenaran...

http://kedahla.blogspot.com/2011/12/ulama-umnotolong-tiru-ulama-pakistanada.html

No comments:

Post a Comment