Sunday, April 8, 2012

Exco bantu mangsa ribut di Sidam

SUNGAI PETANI – Walau pun dalam kesibukan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa  Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan, YB Tan Chow Kang masih mampu turun padang menziarah beberapa keluarga yang kediaman mereka dilanda ribut beberapa hari yang lalu.

Kejadian yang berlaku pada petang 2 April lalu mengakibatkan kerosakan yang melibatkan tiga buah rumah India di Taman Songket, tiga buah rumah Melayu di Taman Jaya dan sebuah rumah India di Kampung Sungai Kecik.

Beliau yang juga merupakan ADUN Sidam meluangkan masa bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali berjumpa mangsa ribut berkenaan untuk menyampaikan sumbangan segera.

Sumbangan segera dari kerajaan negeri tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan mangsa ribut berkenaan terutama untuk membaiki semula alatan yang rosak.

No comments:

Post a Comment