Sunday, April 8, 2012

KMC dan HSB kempen derma darah

ALOR SETAR -  Kedah Medical Centre (KMC) menganjurkan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di ruang legar KMC, di sini.

Menurut Pengurus Besar KMC, Chong Aik Chin, kempen itu diadakan bertujuan meningkatkan tabung darah dan inisiatif penganjuran kempen itu amat baik sekali.

“Sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan terutama daripada kakitangan KMC termasuk doktor-doktor pakar dan panel-panel hospital,” ujarnya.

Beliau memberitahu, kempen seperti itu akan diteruskan pada setiap tahun sejak ia dimulakan pada tahun 2010.

“Pada tahun lalu, kita mengadakan kempen ini sebanyak dua kali dan banyak lagi kempen kesihatan akan dijalankan seperti Hari Tanpa Merokok,” katanya.

Chong Aik menjelaskan, baru-baru ini KMC mengadakan Jamuan Tengahari kepada 200 pesakit buah pinggang bersama keluarga mereka di Hotel Sentosa sempena Hari Buah Pinggang Sedunia.


“Bagi wanita yang berumur 40 tahun ke atas layak untuk mendapatkan pemeriksaan secara percuma untuk membuat pengesanan awal kanser payu dara,” ujarnya.

Tambahnya, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) dan diberikan kupon percuma sebelum membuat pemeriksaan itu.

“KMC juga merupakan sebuah hospital yang telah diiktiraf sebagai hospital yang selamat dan berkualiti tinggi,“ jelasnya.

No comments:

Post a Comment