
PENDANG – Peniaga di Medan Selera Anggerik di sini, menggesa Majlis Daerah Pendang (MDP) segera tampil menyelesaikan masalah bekalan elektrik di situ yang tidak disediakan sejak medan itu dibuka hampir 15 tahun.
Tinjauan mendapati, medan itu kurang mendapat sambutan kerana keadaan panas dan kurang selesa berikutan tiada bekalan elektrik disediakan.
Peniaga, Salmah Che Ismail, yang sudah berniaga di situ lebih 13 tahun, berkata, hasil pendapatan mereka merosot lebih 50 peratus dari tahun sebelum ini.
Menurutnya, dia difahamkan ramai pelanggan yang makan di sini merungut berasa tidak selesa ketika menjamu selera kerana panas dan gelap.
“Saya ada maklumkan kepada pelanggan bahawa pihak MDP tidak membekalkan kemudahan elektrik di medan selera ini. Malah, kami sendiri juga sukar untuk memasak kerana keadaan sangat panas.
“Premis yang berada di sebelah tepi kurang terasa panas berbanding dengan premis yang berada di dalam bangunan, yang lebih terasa bahang panas hingga pelanggan yang makan di situ kelihatan berpeluh,” katanya kepada Sinar Harian.Tinjauan mendapati, medan itu kurang mendapat sambutan kerana keadaan panas dan kurang selesa berikutan tiada bekalan elektrik disediakan.
Peniaga, Salmah Che Ismail, yang sudah berniaga di situ lebih 13 tahun, berkata, hasil pendapatan mereka merosot lebih 50 peratus dari tahun sebelum ini.
Menurutnya, dia difahamkan ramai pelanggan yang makan di sini merungut berasa tidak selesa ketika menjamu selera kerana panas dan gelap.
“Saya ada maklumkan kepada pelanggan bahawa pihak MDP tidak membekalkan kemudahan elektrik di medan selera ini. Malah, kami sendiri juga sukar untuk memasak kerana keadaan sangat panas.
Salmah berkata, pihak MDP ada memasang pendawaian elektrik dan kotak fius di setiap premis, namun bekalan elektrik masih tidak berfungsi walaupun terdapat beberapa lampu yang dipasang, tetapi lampu itu ibarat pameran sahaja.
Sementara itu, Nasiroh Sahbudin, 47, berkata, pihak MDP tidak memberi apa-apa surat kepada peniaga di sini mengenai pemasangan elektrik di situ sama ada peniaga perlu mendaftar sendiri di Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau diuruskan oleh pihak terbabit.
“Perkara itu sudah dirujuk kepada MDP sejak beberapa bulan lalu dan kami difahamkan tawaran pemasangan elektrik telah tamat, sedangkan kami tidak menerima apa-apa surat sebelum ini.
“Saya harap MDP tampil menemui peniaga di sini bagi menyelesaikan masalah ini demi kebaikan peniaga bukan mendiamkan diri,” katanya.
Namun bagi seorang lagi peniaga, Saodah Hussin, 50, berkata, tidak ramai yang tahu medan itu kerana lokasinya terletak agak dalam dan dikelilingi bangunan.
Katanya, semuanya bergantung kepada penduduk tempatan sebagai petunjuk jalan kerana tiada papan tanda di jalan utama menunjukkan lokasi medan itu.
No comments:
Post a Comment