
Tian Chua dituduh di mahkamah

Anggota Parlimen Batu itu dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak dekat ibu negara yang diisytiharkan mengikut Perintah-perintah kawasan larangan 1975.
Beliau dituduh melakukan kesalahan bawah seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.
Jika sabit kesalahan beliau boleh dihukum bawah seksyen 7 akta yang sama iaitu penjara dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahmud Abdullah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Tian diwakili peguam Latheefa Koya, manakala pendakwaan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria.
Bagaimanapun, selepas Hakim meneliti hujah kedua-dua pihak, Mahmud membenarkan Tian Chua diikatjamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin.
No comments:
Post a Comment