Monday, May 14, 2012
Najib kena sambut laungan BERSIH di Kota London
Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu pertemuan bersama warga Malaysia di London semalam disambut dengan laungan slogan BERSIH oleh sebahagian hadirin.
Sorakan slogan itu menyebabkan Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya dan terpaksa merayu supaya sorakan itu dihentikan.
"Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti," rayu Najib seperti dirakamkan dalam satu video yang dimuatnaik di laman Youtube.
Rayuan Najib itu disambut oleh seorang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.
"Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?" tanya individu itu dalam majlis yang diadakan di satu dewan pelbagai guna, indigO2 di kota itu.
Najib kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya.
"Anda boleh jumpa saya kemudian ok...bolehkah anda tolong hentikannya?" kata Najib.
Sorakan tersebut kemudiannya surut dan Najib meneruskan ucapannya seperti biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment