Monday, May 14, 2012

Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun membuat keputusan Tiada tindakan terhadap madrasah hingga 4 Jun

Tiada tindakan terhadap madrasah hingga 4 Jun
Wartawan Sinar Harian
15 Mei 2012
Tiada tindakan terhadap madrasah hingga 4 Jun
Fadzil (kanan) dan Jamludin (dua, kanan) bersama wakil badan bukan kerajaan.
ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi semalam, membenarkan permohonan injunksi interim untuk menghentikan sebarang tindakan terhadap Madrasah Salihiah, Kanchut, sehingga tarikh pendengaran semula pada 4 Jun depan.

Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun membuat keputusan itu dalam kamarnya.

Menurutnya, defendan atau ejen dihalang untuk mengambil sebarang langkah termasuk memberi notis mengosongkan tanah kepada plaintif atau merobohkan bangunan madrasah sepanjang tempoh berkenaan.
Beliau turut mengarahkan wang pampasan RM1,437,300 yang dibayar oleh Pejabat Tanah Daerah Kota Setar kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) tidak dilupuskan sehingga tarikh itu.

Permohonan injunksi itu dikemukakan oleh Timbalan Pengerusi jawatankuasa madrasah berkenaan, Jamludin Murad, 58, sebagai plaintif pertama manakala ahli jawatankuasa madrasah, Fadzil Ishak, 61, (plaintif kedua), Fidel Firaidi Mustapa, 49, dan Fidel Firaidit Mustapa, 49, selaku plaintif ketiga serta keempat.

Plaintif ketiga dan keempat adalah waris kepada Siti Aishah yang mewakafkan tanah untuk dibina surau itu pada 1909.

Defendan pertama, kedua dan ketiga pula ialah Maik, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam pada itu, plaintif memohon satu pengisytiharan bahawa penjualan tanah itu bertentangan dengan Kanun Tanah Negara dan perlu dikembalikan kepada Maik sebagai penjaga amanah kepada tanah wakaf berkenaan.

Writ itu difailkan oleh peguam Jesvinder Jit Singh.

No comments:

Post a Comment