Friday, June 15, 2012

Exco melawat Pusat Jualan Industri Asas Tani

E-mail
GURUN – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. Dato’ S. Manikumar dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Usahawan dan Pembangunan Insan, YB. Abdul Ghani Ahmad baru-baru ini mengadakan lawatan ke Pusat Jualan Produk Industri Asas Tani Rehat dan Rawat (R&R) Gurun Arah Selatan.

Kedua-dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) itu bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Kedah turut melawat tapak tetap yang akan dibuat  untuk menempatkan produk-produk Industri Asas Tani.
Selepas itu, mereka turut dibawa melawat ke Kilang Pemprosesan Makanan Sejuk Beku AZLA Management Sdn Bhd di Sungai Petani.

Syarikat berkenaan mengeluarkan produk iaitu Pau Serat dan Roti Turkey. Terdapat lebih dari 10 perasa Pau Serat, antaranya ialah perasa kacang, kaya, jagung dan durian.


Mereka juga turut dibawa melawat ke Pusat Pertanian Ban Merbok di Kuala Muda yang mana terdapat lima jenis klon mangga iaitu Mangga Taiwan, Nam Dok Mai, Man Den Kiaw, Cho Kanan dan Mangga Telur.

Tanaman lain yang turut ditanam ialah ciku mega, kelapa pandan, kelapa matag, kuini dan satu unit fertigasi.
Keluasan fizikal Pusat Pertanian Ban Merbok ialah seluas 5.2 hektar dan seluas 4.5 hektar telah dibangunkan.

Pusat Pertanian Ban Merbok telah dicadangkan sebagai salah satu lokasi bagi program Agro Pelancongan Daerah Kuala Muda.

No comments:

Post a Comment