Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Zulkifli Othman sekali lagi dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini semalam daripada tuduhan menerima suapan berjumlah RM1,000 daripada seorang pemilik akademi memandu lima tahun lalu.
Hakim Abu Bakar Katar memutuskan demikian terhadap Zulkifli, 52, selepas pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tertuduh.
Pada prosiding tersebut, Zulkifli lepas dan bebas daripada tuduhan menerima rasuah daripada Lim Kok Han di Kelab De Macau, Lower Ground Floor, Hotel Renaissance di sini pada pukul 1.30 pagi, 4 Ogos 2007.
Sebelum ini pada 11 April 2011, Zulkifli dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah sama bagi empat tuduhan menerima rasuah di akhir kes pendakwaan namun Mahkamah Tinggi di sini kemudian mengarahkan tertuduh membela diri bagi tuduhan rasuah berjumlah RM1,000.
Hakim Datuk Mohd. Ghazali Cha bagaimanapun mengekalkan keputusan Mahkamah sesyen yang melepas dan membebaskan tertuduh bagi tiga tuduhan lain.
No comments:
Post a Comment