SUNGAI PETANI 6 Julai - Masalah kekerapan bekalan air terputus yang membelenggu kira-kira 50,000 penduduk empat daerah di negeri ini bakal diatasi apabila projek menaik taraf dan membaik pulih paip bernilai lebih RM30 juta siap sepenuhnya awal tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), Datuk Adzmi Din berkata, projek yang dibiayai Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) itu telah berjalan sejak awal tahun ini.
Katanya, apabila siap, masalah gangguan bekalan air di kalangan pengguna di daerah Baling, Sik, Pendang dan Padang Terap dijangka dapat dikurangkan.
No comments:
Post a Comment