Friday, December 14, 2012

Tabiat Orang Kita Bila nak kena SITA baru kelamkabut nak bayaq cukai pintu..!!!

Tak bayar cukai, rumah disita
NURUL HIDAYAH HAMID
14 Disember 2012
Tak bayar cukai, rumah disita

ALOR SETAR - "Pak cik tidak ada apa-apa sekarang, kalau bagi tempoh seminggu lagi bolehlah pak cik jelaskan."

Begitulah antara rayuan penghuni rumah ketika penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melakukan Operasi Cukai Pintu di kediaman mereka, semalam.

Ketua Bahagian Hasil MBAS, Azalina Abdu Rahman berkata, segelintir pemilik kediaman gagal membayar tunggakan cukai pintu walaupun sudah beberapa kali diberi peringatan.

“Dalam operasi kali ini, lapan buah premis, iaitu dua premis perniagaan dan enam lagi di rumah kediaman diserbu pihak penguat kuasa MBAS.

“Operasi melibatkan dua premis di Pumpong, dua rumah di Taman Golf, sebuah rumah di Taman Belian dan tiga rumah di Taman Lumba Kuda,” katanya.

Menurutnya, kegagalan ini menyebabkan penguat kuasa MBAS terpaksa menyita barang dan peralatan di dalam rumah berkenaan.


Katanya, rumah pertama yang disita mempunyai tunggakan pintu selama sembilan tahun, iaitu sebanyak RM6,490.61, diikuti rumah kedua yang tidak melunaskan cukai pintu selama tiga tahun hingga mempunyai tunggakan sebanyak RM1,329.90.

“Jumlah keseluruhan tunggakan cukai pintu bagi lapan premis terlibat adalah kira-kira RM29,670.53 bagi tunggakan antara tiga hingga 11 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, bagi premis sudah tidak didiami, masih terdapat barang pemilik di dalam rumah berkenaan, jadi penguat kuasa hanya mampu menyita rumah dan tidak dapat mengambil barang.

Katanya, terdapat juga pemilik rumah yang tidak dapat dikenal pasti, jadi pihaknya akan segera mencari pihak berkenaan supaya bayaran tunggakan dapat diperoleh.

Menurutnya, sebahagian pemilik apabila diserbu penguat kuasa, baru tergesa-gesa ingin membuat pembayaran.

"Sebagai contohnya, pemilik rumah pertama yang disita sebentar tadi, selepas diserbu, dia terus membayar tunggakan cukai pintu rumahnya," katanya.

Azalina berkata, pemilik rumah dinasihatkan membuat pembayaran tunggakan cukai pintu sebelum pihak berkuasa mengambil sebarang tindakan.

No comments:

Post a Comment