ONLY ONE IN A MILLION – HANYA SATU SAHAJA DALAM SATU JUTA
CHAYENE Santos penyerang utama pasukan Kedah berasal dari Brazil adalah hanya seorang pemain bola sepak dalam satu juta yang beraksi di atas padang permainan dengan peluru masih berada dalam perutnya.
Ramai peminat mengkritik dia kerana hanya berjaya menjaringkan satu gol sahaja selepas beraksi pada enam perlawanan iaitu lima pada Liga Perdana dan satu perlawanan Piala FA tetapi semangat kentalnya untuk terus memastikan janjinya dengan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Dr Hamdan Khalib di tunaikannya.
“Saya terkena peluru sesat pada tanggal 9 November 2012 di Brazil dan tarikh ini menjadi keramat saya kerana pada hari itulah peluru sesat telah menembusi tepi perut dan sedikit menguris hati tetapi saya masih dapat bernafas dan bermain bola sepak bersama pasukan Kedah.
“Saya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu, hanya kawan baik saya menelefon Hospital untuk mendapatkan khidmat ambulan memastikan saya mendapat rawatan, pegawai perubatan yang memeriksa saya menyatakan peluru masih ada dalam perut saya dan dia gagal mengenal pasti di mana ia berada tetapi saya mampu meneruskan hidup saya seperti biasa selama enam bulan sebelum menjalani imbasan x-ray sekali lagi.
“Saya juga mengesahkan yang saya mampu bermain bola sepak dengan melakukan pemeriksaan di Alor Setar dan doktor tempatan juga menyatakan perkara yang sama tetapi saya perlu menjalani imbasan x-ray dalam masa enam bulan lagi untuk mengeluarkan peluru yang masih ada dalam badan saya,” kata Santos.
Katanya, kelewatannya untuk berlatih bersama pasukan Kedah seperti yang di janjikannya adalah kerana kecelakaan yang menimpa dirinya di Rio De Janeiro pada 9 November tahun lalu dan luka tempat peluru menembusi perutnya dan bekas jahitan sepanjang 10cm masih menjadi parut di atas perutnya.
“Kerana janji saya kepada Datuk Dr Hamdan Khalib serta saya sudah menanda tangani kontrak bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk beraksi bersama Pasukan Hijau Kuning saya bertekad untuk bermain walaupun ia akan membahayakan diri saya.
“Kini Kedah adalah keutamaan saya dan memastikan mereka kembali beraksi pada Liga Super musim depan adalah matlamat saya, tidak ada perkara lain lebih penting dari ini, saya akan melakukan apa sahaja demi kepercayaan yang diberikan oleh KFA dan juga pihak pengurusan pasukan kepada saya.
“Ketika beraksi saya memang tidak terasa sakit ataupun sebaliknya tetapi semangat dan keperihatinan yang ditunjukkan oleh ribuan peminat setia Pasukan Hijau Kuning membakar semangat saya untuk terus memberi prestasi terbaik saya pada setiap perlawanan di lalui oleh Kedah sehingga akhir musim ini,” kata Santos.
Katanya, sifat prihatin dan sokongan padu daripada rakan sepasukan juga turut menambah keyakinannya untuk meningkatkan permainannya serta memastikan Kedah mendapat hanya yang terbaik daripadanya demi kejayaan pasukan.
Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN
Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN
#iamhijaukuning
© Media KFA

No comments:
Post a Comment