Saturday, February 9, 2013

Mesej Tahun Baru Cina: Anwar mahu rakyat bawa semangat perubahan

JAMILAH HAMZAH
9 Februari 2013
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini sebagai pemberi "semangat perubahan" di kalangan rakyat ketika demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus dirasai.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, sejarah pengembaraan seorang tokoh Cina ke Barat telah mencatat kejayaan walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kesukaran.

Beliau berkata, rakyat juga terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan penderitaan termasuk hak kerakyatan yang masih diragui sebelum mencapai matlamat "perubahan" yang baik.

Justeru katanya, rakyat perlu menunjukkan semangat untuk"perubahan dengan mencatatkan kemajuan dan kemenangan pada PRU13, yang diramalkan diadakan akhir bulan depan.

Tahun Baru Cina disambut esok.

"... oleh itu kita harus muafakat, kena pertahankan keamanan, pertahankan  muafakat kita, semua kaum, semua agama untuk mencapai keadaan yang baru. Dengan ini semangat ini, mencapai perubahan kerana minat kita kearah kebaikan.

"... kita bawa semangat perubahan ini untuk keadaan lebih baik, saya berharap mudah-mudahan semangat perubahan ini kita pertahankan dengan mencatat kemajuan dan kemenangan yang baik dalam pilihan raya umum akan datang," kata beliau dalam perutusan Selamat Tahun Baru Cina yang dibawa melalui YouTube hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, rakyat perlu mempunyai semangat muafakat di kalangan rakyat pelbagai agama dan kaum untuk mencapai matlamat "perubahan" yang lebih baik.

"Kita mesti muafakat tanpa mengira agama atau kaum untuk mencapai perubahan yang lebih baik, yang kita kehendaki itu," katanya.

No comments:

Post a Comment