KUALA KETIL – Kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) diibaratkan sebagai hadiah yang dipersembahkan oleh Menteri besar kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke 85.
Perkara tersebut terkandung dalam ucapan Menteri Besar, YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak di hadapan kira-kira lima ribu hadirin sempena Istiadat Konvokesyen Khas dan Perasmian Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah, di Kuala Ketil.
Beliau juga bersyukur kehadrat Allah SWT, walau pun sebelum itu terdapat pelbagai halangan dan kekangan, namun dengan pertolongan Allah dan berkat doa semua pihak, kampus induk berkenaan dapat disempurnakan perasmiannya.
"Saya pilih Kuala Ketil ini kerana dua faktor. Pertama kerana ingin membangunkan kawasan yang terpencil di Kedah ini dan seterusnya untuk meningkatkan sosial ekonomi daerah ini.
"Apabila ada universiti yang dibina sama ada di bandar atau luar bandar maka akhirnya kawasan berkenaan akan maju dan berubah wajah," katanya.
Beliau mengambil contoh penubuhan Universiti Al-Azhar yang dibina pada tahun 972 dan akhirnya ianya begitu sinonim dengan bandar Kaherah dan begitu juga pembinaan Universiti Oxford pada 1096 M dan Universiti Cambridge pada tahun 1226M. Kedua-dua universiti berkenaan dibina di perkampungan Inggeris yang tidak membangun dan kini Cambridge dan Oxford menjadi bandar besar dan pesat.
"Begitu juga di kampung kecil di Bangi, bila adanya UKM di situ, kini Bangi menjadi bandar pesat dan maju," ujarnya.
Jelasnya lagi, pembangunan program akademik pada awalnya mendapat pandangan pro dan kontra. Perubahan drastik itu adalah semata-mata bertujuan untuk mewujudkan pelbagai bidang profesional untuk melahirkan modal-modal insan yang mempunyai ilmu mendalam di bidang duniawi dan ukhrawi.
"Dari tujuh program pada awal 2008, sekarang kita menawarkan 47 program bermula pada hari ini. Antaranya perubatan, perbankan, kejururawatan, kejururawatan, kejuruteraan dan banyak lagi yang telah menjulang nama KUIN sebaris dengan institusi-institusi pengajian terkenal dalam negara," sambungnya.
Cengkaman dan pengaruh barat berjaya diserap secara licik dalam pendidikan hari ini dan justeru itu KUIN tampil dengan perubahan program duniawi dan ukhrawi sebagai pengimbang untuk mengekang cengkaman pengaruh berkenaan. Maka selepas ini akan lahirlah ribuan ulama berkelulusan profesional yang mempunyai latar belakang agama yang tinggi.
Sehubungan itu katanya lagi, corak pengajian di KUIN yang menetapkan agar pelajar memahami dan mendalami isi kandungan Al-Quran menjadi salah satu prasyarat bagi beberapa jurusan pengajian mereka di mana ianya tidak begitu dititik beratkan oleh institusi pengajian lain di negara ini.
"Tempias ilmu yang berkembang di KUIN ini, InsyaAllah akan memanfaatkan rakyat di negeri Kedah yang selama ini agak tidak diberi perhatian dalam perkembangan dunia pendidikan. Selain itu kampus KUIN ini juga dapat mengelakkan berlakunya pengaliran wang rakyat Kedah ke negeri-negeri luar.
"Selepas ini akan berlaku pengaliran tunai dari luar mencurah dan secara tidak langsung mewujudkan pelbagai peluang pendapatan bagi rakyat terbanyak di kedah," tambah beliau lagi.
Jelasnya lagi, KUIN dibina dengan kos RM330 juta tanpa bantuan dari Kerajaan Pusat di atas tanah seluas 330 ekar iaitu sebahagian daripada keluasan tanah milik KUIN seluas 832 ekar dan di mana kawasan ini dahulunya adalah kawasan ladang kelapa sawit milik Selangor Coconat.
Dengan kemudahan pinjaman oleh Bank Islam Berhad dan Affin Bank Berhad ianya secara tidak langsung mampu merangsang sosial ekonomi Kedah. Selain itu kesungguhan Kedah Sato Sdn. Bhd yang bertungkus lumus, siang dan malam menyiapkan pembinaan dan terbukti ianya disiapkan lebih awal dari jadual yang disasarkan.
"Kerajaan negeri turut berbangga kerana KUIN telah menerima pengiktirafan penarafan Tier 4(sangat baik) bagi sistem penarafan IPT 2011 pada 1 November yang lalu oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Khaled Nordin.
"Pengiktirafan ini selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan KUIN serta menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri ilmu," jelas beliau.
Majlis turut dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Rektor KUIN, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Ahli-Ahli Senat, Speaker DUN Kedah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat, tenaga pengajar dan kakitangan KUIN, ketua-ketua jabatan kerajaan, pemimpin masyarakat, guru dan para pelajar sekolah serta masyarakat setempat.

Tahniah KUIN, tapi gaji staf bulan Jan kenalah bayar dulu dan lain-lain pinjaman staf yang dibuat secara potongan bulanan perlu juga dijelaskan. Sila tanya sendiri staf KUIN untuk dapatkan kebenaran dan jangan ingat apa yang staf KUIN buat dipengaruhi oleh anasir-anasir tertentu. Buka hati lihatlah kebenaran sebenar.
ReplyDelete