Wednesday, October 31, 2012

Beza antara system AES di MALAYSIA dan AMERIKA..!!

PENGUNDI MUDA di KEDAH akan sokong BN pada PRU13 nanti disebabkan kebodohan AZIZAN jaga BOLA..!!!

Depa dok hingaq lanie kata UNDI MUDA akan kembali kepada BN... punca UTAMA dia sebab AZIZAN tak reti jaga BOLA.... dengan apa yang keluaq surat habaq utama hari nie memang habih lingkup team kedah...dah la slow..team2 lain dok hanbat star2 suruh men kat team depa..kita nak lepaih plak...time la tak tau kepala ekoq lagi hat mana nak mai kedah hat mana import kedah..jem lagu nie...bagi la hat minat bola jadi kepala kat ataih..geng muda dok tggu pru 13..nak kalih depa dah meluat dah..try Survey kat page FACEBOOK bola yg sokong team kedah.. dah berkandaq depa dok maki AZIZAN....

Dah la dok kena pemohong dan kecoh dengan KCS sebab dok bagi muka sampai puak-puak tu dok buat kerja pediah duit klaim sampai berjuta-juta lanie depa dok rancang dalam wisma lagi untuk pejatuh KEDAH.. mai tang bola pulak dok buat kelaku serupa.. dok serah bulat bulat kat puak jemuan tu urus bola.... JIKA macam nie punya kelaku AZIZAN tak mustahil dalam orang dok pulun nak tawan PUTRAJAYA last KEDAH boleh terlepas macam tu ja kat BN...macam nie punya kelaku tak caya hangpa tunggu laa....

UNDI MUDA GENG KITA.... pieeerahhhhhhhh...!!!

"ITU hak dia," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ditanya khabar angin penyerang skuad Hijau Kuning, Khyril Muhymeen Mohd Zambri, 25, dikatakan bakal 'dilamar' pasukan negeri lain dengan tawaran gaji lumayan.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah seperti merelakan penghijrahan penyerang kebangsaan itu yang terkenal dengan panggilan Khyril ke negeri selatan tanah air.

Antara "NATURALLY LANGKAWI" & "LANGKAWI PERMATA KEDAH"...??



Betulkah PAS KEDAH sabotaj AHLI dari pergi ke HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT di Negeri Sembilan

Assalamualaikum... 


Saya salah seorang dari ahli PAS KEDAH berasa musykil dengan satu SMS yang saya terima dalam kawasan saya. Apa yang sedang saya fikirkan ialah bila membaca SMS tersebut ianya merupakan satu majlis anjuran PAS NEGERI KEDAH yang pada dasarnya ia WAJIB di hadiri oleh semua pendokong.

Namun apa yang saya RALAT sekarang benarkah apa yang tertera di SMS tersebut kerana pada masa dan tarikh MAJLIS IJTIMAK tersebut pihak PAKATAN RAKYAT telah ada satu majlis besar di Negeri Sembilan sana iaitu HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT.
Jadi sekarang persoalan yang timbul adakah SMS itu benar dan JIKA benar kenapakah MAJLIS IJTIMAK tersebut perlu diadakan serentak dengan HIMPUNAN di Negeri Sembilan sana.


Ini kerana kebanyakan AHLI PAS KEDAH telah bersedia menyahut arahan PAS PUSAT untuk turun ke Negeri Sembilan sana bagi menjayakan himpunan besar tersebut. Tiket BAS, KERETAPI serta ROMBONGAN telah di aturkan untuk pergi ke Negeri Sembilan tiba-tiba datang SMS ini seperti untuk membantutkan segala perancangan awal yang telah diaturkan.

Kepada pihak yang berkenaan dalam PAS KEDAH.. Jika SMS tersebut sekadar propaganda pihak musuh untuk mengelirukan AHLI PAS supaya jangan hadir ke HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT, silalah adakah penjelasan seberapa segera untuk kepastian kerana tarikh 3hb Nov semakin dekat.

Yang Benar,
Ahli PAS Seumur Hidup.



Baru jadi JKKK berlagak mengalahkan YB Pasir Salak






Apa la punya double standard.

Padan la mazlan aliman bengkek. Baca bawah neh sat ;
Bendera PAS disuruh turun, bendera Umno tak apa!

Sejak wujudnya Umno, tiada siapa ganggu bendera Umno dan BN di pasang di mana2. Sampai lusuh dan koyak tak ada yang peduli. Pasang di premis masjid surau pun tidak mengapa. Kata jangan politikkan rumah ibadah, langgar semacam sahaja.

Kedudukan parti politik sama sahaja di sisi perlembagaan persekutuan. Tiada yang membezakan antara BN atau Pakatan Rakyat.

Tapi kerana ketaksuban dan jahil perlembagaan, ada Pengerusi JKKK seperti bukti surat yg saya lampirkan bertindak tidak cerdik. Arah bendera PAS diturunkan, atas alasan ianya dinaikkan dlm kawasan JKKK.


Kesian pada Pengerusi JKKK seperti ini, ketinggalan zaman.....


Bagi pandangan aku JKKK tak payah la bias. Rileks sudah la. Memang la mana2 parti politik akan meletakkan bendera mereka di mana2. Berlapang dada dah la. Macam la pas pergi letak bendera dorang kat atas bangunan umno. Setakat kat pagar besi ka dawai besi ka apa segala besi ka rileks sudah la.

Bukan nak tuduh2 tapi biasa JKKK macam neh mesti pro umno punya. Confirm. Surat jek cantik. Ayat jek baik. Tapi padahal penuh dengki. Kalau tak dengki daripada dia suruh turunkan bendera pas baik dia naikkan bendera umno duduk sebelah bendera pas. At least dengki macam tue boleh kita terima sebab sama2 diberikan hak untuk berkempen daripada dengki macam neh. JKKK.. jkkk.. korang neh memang apa pun tak boleh la..

kah kah kah

Read more: amenoworld

Itu Hak Khyril


“ITU hak dia,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ditanya khabar angin penyerang skuad Hijau Kuning, Khyril Muhymeen Mohd Zambri, 25, dikatakan bakal ‘dilamar’ pasukan negeri lain dengan tawaran gaji lumayan.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah seperti merelakan penghijrahan penyerang kebangsaan itu yang terkenal dengan panggilan Khyril ke negeri selatan tanah air.

Menurutnya, terpulang kepada setiap pemain skuad Kenari sekiranya mereka mendapat tawaran yang lebih baik daripada pasukan atau kelab negeri lain kerana ia salah satu cara pemain dapat pergi lebih jauh.

“Selepas kita latih dia dan jika dia dapat tawaran baik… baguslah. Memang kita galakkan orang berbakat untuk pergi dan ia memang menjadi satu kebiasaan tapi kita akan tengok pula berdasarkan kontrak sedia ada.

“Kita kena tengok semula melalui prosedur termasuklah melihat kembali terma kontrak yang sedia ada,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah, semalam.

Semalam, beberapa laman web penyokong bola sepak Kedah melaporkan Khyril yang kini sedang menggalas tanggungjawab bersama skuad Harimau Malaya masih menunggu tawaran bersesuaian dari KFA namun pada waktu sama pasukan gergasi lain turut mahu mendapatkan khidmatnya musim depan.

Difahamkan, pasukan gergasi dari selatan dan timur tanah air ada menghubunginya, namun Khyril belum memutuskan perkara berkenaan dan akan berbuat demikian sebaik pulang dari tugasan bersama negara dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Azizan ketika ditanya sama ada akan merombak pengurusan KFA yang dikatakan semakin goyah, berkata perkara itu terpulang kepada Jawatankuasa KFA untuk membuat keputusan.

“Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap KFA, malah setiap bulan kita memberi bantuan sebanyak RM250,000.

“Mungkin kita akan kaji kembali dari segi pemain ataupun pengurusan. Kita tahu penyokong di Kedah ramai dan kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap KFA,” katanya.

Jom mai pakat derma sorang sikit.....

Pembinaan surau tergendala
Wartawan Sinar Harian
30 Oktober 2012
Pembinaan surau tergendala
Penduduk melihat keadaan surau yang tidak dapat diteruskan pembinaannya 
kerana tidak mempunyai modal mencukupi. Gambar kecil: Abdullah.
 
PENDANG - Penduduk Kampung Bukit Cepat, di sini, terpaksa menggunakan rumah penduduk dan dewan orang ramai untuk menunaikan solat jemaah memandangkan mereka tidak mampu mengumpulkan wang dengan jumlah sepatutnya bagi menyiapkan pembinaan surau kampung itu.

Sinar Harian difahamkan penduduk kampung terbabit mengambil inisiatif sendiri bagi membina sebuah surau di kampung terbabit setelah permohonan yang dibuat kepada pelbagai pihak tidak mendapat perhatian.

Penduduk membina surau kampung itu bedasarkan sumbangan penduduk kampung kerana mereka tidak mempunyai surau.

Akibat itu, mereka tidak sanggup untuk terus menggunakan rumah penduduk atau dewan orang ramai bagi menunaikan solat jemaah.
Penduduk, Abdullah Ibrahim, 52, berkata, surau itu mula dibina kira-kira tiga tahun lalu, namun pembinaannya tergendala apabila wang sumbangan penduduk habis digunakan.

“Surau itu hanya mampu disiapkan sebanyak 25 peratus sahaja dengan belanja sebanyak RM15,000 kerana penduduk tidak mempunyai wang  untuk meneruskan pembinaan.

“Penduduk tidak mampu memberi sumbangan yang banyak kerana kebanyakan penduduk kawasan ini hanya bekerja sebagai petani dan mengharapkan kepada sumber pendapatan itu semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hazir Arshad, 47, berkata, pembinaan surau itu terpaksa dihentikan bagi menunggu wang kutipan sumbangan daripada penduduk kampung memandangkan keperluan penduduk memiliki surau tidak mendapat perhatian.

Katanya, penduduk kampung tidak selesa untuk terus menggunakan rumah penduduk dan dewan orang ramai bagi menunaikan solat jemaah menyebabkan ada beberapa penduduk terpaksa keluar ke masjid di pekan Koobah.

“Kampung ini perlu mempunyai satu surau seperti kampung-kampung lain bertujuan untuk menunaikan solat jenazah kerana rumah si mati yang kecil menyukarkan solat jenazah dilakukan.

“Lokasi surau yang dibina itu adalah sangat sesuai memandangkan bersebelahan dengan tanah perkuburan kampung itu,” katanya.

Dia yang mewakili penduduk mengharapkan supaya mana-mana pihak atau orang perseorangan dapat memberi sumbangan untuk pembinaan surau kampung ini yang tergendala sekian lama.

KASE : Jangan bayar saman AES.. kita pakat jumpa di Mahkamah

KASE sedia peguam selesai saman AES
 
KUALA LUMPUR: Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menerima saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menyelesaikan kes tersebut di mahkamah.
 
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penerima saman tidak perlu khuatir dan disarankan tidak membayar saman tersebut.
 
"Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012.
 
"Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
 
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berkata, saman yang dikeluarkan mengelirukan orang ramai apabila terdapat saman yang diterima menggunakan seksyen79(2) tetapi kesalahan pengguna jalan raya itu adalah melebihi had laju. [KLIK SINI]

Abang ipar speaker DUN Sabah pulak joint PR..!!

TERKINI !!! Najib terpaksa ke Sabah lagi, abang ipar Speaker DUN Sabah sertai PKR

Kedatangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berulang kali sejak awal tahun ini semakin membuahkan hasil buat Pakatan Rakyat!

Barisan Nasional (BN) kini ditinggalkan seorang lagi pemimpin masyarakat Sabah. Balanting Erom, abang ipar kepada Salleh Tun Said mengisytiharkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Kampung Raganan, Tuaran sebentar tadi.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR). Borang menyertai KEADILAN diserahkan sendiri Balanting kepada Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah dalam satu ceramah 'Bicara Rakyat - Kebangkitan Rakyat Menuntut Perubahan' di kampung itu malam tadi. [KLIK SINI]

Hallo Shafie..!! Sapa pecah belahkan rakyat Sabah? kami hanya pecah-belahkan UMNO BN..!!!

oleh AnakKedah007

"Hendak dapatkan undi pun janganlah pecah-belahkan rakyat,"-Shafie Apdal.. Sapa pecah belahkan rakyat? kami pecah-belahkan UMNO! hahahaha

Syabas Rakyat Sabah! teruskan agenda memecah-belahkan UMNO-BN Sabah!

55 tahun dah "perkongsian"... kalau PR bg 20% pon, ape salahnya. Bukan untuk org lain pon, yg untung rakyat Sabah gak. Dia tak nak tgk Sabah maju kot....matematik fail ni sapie..... ngorat je pandai mamat nie....

20% adalah nilai yang sangat2 layak kerana rakyat Sabah lebih memerlukannya! aku sokong 20% royalti minyak untuk Sabah!


'Tolak royalti 20% Sabah demi kongsi kemakmuran'

Pemimpin Umno Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata, tawaran royalti minyak 20 peratus kepada negeri itu yang dibuat pembangkang tidak dapat diterima walaupun menarik, demi perkongsian kemakmuran negara.

"Saya datang dari Sabah, rakyat Malaysia. Siapa yang tak mahu (royalti 20 peratus) tetapi kita sedar, (dan) tahu perkongsian mesti ada," katanya yang juga naib presiden Umno.
Menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu sebaliknya menyifatkan tawaran Pakatan Rakyat melalui ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia.

"Anwar datang ke Sabah dia dakwa kalau kita (Pakatan) perintah dia bagi 20 peratus royalti minyak.

"Hendak dapatkan undi pun janganlah pecah-belahkan rakyat," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Risda dan Jabatan Kemajuan Orang Asli di Kuala Lumpur hari ini.[Malaysiakini]

JIKA PRU13 nanti BN menang lagi....Jawabnya dapat la habuan rakyat....!!!!

oleh Depakata.co.cc


Biasalah, tindakan BN bermotif politik. Nak tangguh AES pun sebab fikirkan takut2 rakyat tak mahu undi BN...

Depakata Jaga2...AES akan boperasi scara aktif lepas PRU 13.....jd utk mengelakkan AES aktif.....faham2 jer laaa....apa patut rakyat buat...

kalau pru ni BN menang lg.. dapat la habuan rakyat....BN memang kurang ajar ... Rakyat kena mereka ... 

Sahaja Aku KORBANKAN BN Pada PRU KE13 ni kerana Allah SWT ..

03 Nov - Ada aku kesah.. Sejak bila perlu permit.. Kita cuma perlu maklumkan jee...!!

PAS N9 siap sedia terima peserta Himpunan Rakyat

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan mengalu-alukan kedatangan semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat ke negeri ini sempena program Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, 3 November ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan Nor Azman Mohamad berkata dua lokasi berkumpul telah disediakan iaitu di Markaz MTD DUN Chembong, Kampung Mulia dan Markaz PR DUN Seri Menanti, Terachi yang akan dibuka bermula jam 3 petang.

"Bagi memudahkan perjalanan, semua ahli dan penyokong PAS digalakkan hadir secara berkonvoi.

"Berkenaan dengan kemudahan lokasi, boleh menggunakan lebuhraya PLUS susur keluar (exit) Senawang manakala stesyen komuter yang terdekat ialah Stesyen Komuter Sungai Gadut yang jaraknya ke lokasi program 1.5 kilometer," katanya.

Himpunan yang akan di adakan di Taman Seremban Jaya, Seremban itu akan bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam.

Program tersebut akan dihadiri oleh semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Dijangka lebih 50,000 ahli, penyokong dan rakyat tempatan hadir ke program itu nanti.

Sementara itu juga, PAS Negeri Sembilan akan mengadakan ceramah mobilasi di beberapa kawasan sebagai persediaan menjelang himpunan itu nanti.

Kawasan ceramah tersebut seperti berikut:

1) 31 Oktober 2012 - 9 Malam - Pasti Al-Hasanah, Bandar Seremban Selatan (YB Mohd Taufek Abd Ghani, Che'GuBard Samm, Fareedah Samad, Tuan Speaker)

2) 31 Oktober 2012 - 9 malam - Pasti al-Mawaddah Warisan Puteri, Seremban ( YB Wilfried Bumbering (MP Tuaran) , YB Ahmad Kasim (MP Kuala Kedah) YB John Fernandaz (MP Seremban) YB Loke (MP Rasah) YB Aminuddin (ADUN Sikamat)

3) 1 November 2012 - 9 Malam - Kampung Gedok, Gemencheh, Tampin (Yb Mohd Taufek Abd Ghani, Che'GuBard, Bob Lokman, Yb Veerapan (ADUN Repah)

4) 1 November 2012 - 9 Malam - Markaz MTD Labu, Sepang Road, Jalan Salak, Nilai (Ybhg Tuan Haji Mohamad Sabu, Ustaz Mohd Khairil Wafa, Nazree Yunus, YB Cha Kee Cin (ADUN Kepayang)

5) 1 November 2012 - 9 Malam - Muassasah Darus Syarif, Jalan Batui Kikir-Bahau, Jempol (YB Siti Zailah (MP Rantau Panjang) Aishah (artis) Aiman Athirah , Kumuta , Fareedah Samad)

Tuesday, October 30, 2012

Polis tak benarkan Himpunan 3 Nov....

Polis tak benarkan Himpunan 3 Nov sebab penganjur isi borang tak ikut peruntukan?

http://darisungaiderhaka.blogspot.com


Alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa untuk menghalang rakyat Malaysia dari menyertai himpunan 'Janji BERSIH' @ 'Janji Demokrasi' pada 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka ialah himpunan tersebut akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum itu menolak permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.. kalau dah lupa sila baca di ( SINI )

Nampaknya untuk menghalang Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 3 November ini di Negeri Sembilan pula satu lagi sebab yang tidak munasabah diberikan oleh pihak Polis.

Sebabnya ialah pengisian borang tidak mengikut kepada peruntukan dikehendaki...

SEREMBAN – Program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan Sabtu ini melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ini kerana, sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.

“Sekiranya penganjur mengadakan juga perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Taman Seremban Jaya, mereka akan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.

Beliau berkata, polis sebelum ini sudah memberi peluang kepada penganjur untuk melengkapkan semula borang permohonan mengikut peruntukan undang-undang, bagaimanapun tiada maklum balas penganjur diterima dalam tempoh diberikan.

"Saya telah berjumpa dengan wakil penganjur kelmarin dan memaklumkan secara rasmi mengenai dua perkara.

"Satu, polis mengambil maklum akan program perhimpunan tersebut dan kedua, permohonan penganjur tidak dapat diproses memandangkan pengisian borang tidak mengikut kepada peruntukan dikehendaki,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, hari ini ~ Sinar Harian
Kalau dah salah isi borang kenapa tak tolong dibetulkan? Apa susah sangat ke nak tolong betulkan?

Sikap double standard pihak Polis sekali lagi terserlah dalam hal ini..

[Gempar] Adakah KFA juga sedang dipenuhi golongan TANGAN-TANGAN HITAM seperti dalam WISMA DARUL AMAN..???

oleh AnakKedah007.blogspot.com


Nampaknya BOLASEPAK KEDAH akan jadi HURU-HARA lagi pada tahun ini jika dilihat status apa berlaku sehari dua ini.... KUASA yang ada pada PRESIDEN KFA dan AJK KFA yang bertembung antara dua IDEOLOGI BIRU & HIJAU akan mengakibatkan KERUNTUHAN BOLASEPAK KEDAH akan berlaku lagi lebih teruk dari tahun lepas.

Satu GOLONGAN ingin mengekalkan SURVIVAL BOLASEPAK KEDAH dengan keterbatasan KUASA namun satu GOLONGAN ingin MENJAHANAMKAN BOLASEPAK KEDAH demi untuk dilihat kepada SATU GOLONGAN lagi ketidak upayaan mentadbir BOLASEPAK KEDAH..

Dengan PERTEMBUNGAN IDEOLOGI ini demi survival POLITIK masing-masing maka ia dilihat yang akan JAHANAM ialah PASUKAN BOLASEPAK KEDAH.

Jika beginilah PERMAINAN dilakukan tidak mustahil BOLASEPAK KEDAH AKAN JAHANAM dengan TANGAN-TANGAN HITAM ini....

Cuba bayangkan sebelum ini bukan main berjanji KFA akan umumkan KEPUTUSAN TERKINI BERKENAAN PASUKAN KEDAH namun bila bermesyuarat sepanjang HARI yang keluar senarai nama pemain yang akan digugurkan dan yang akan kekal dengan KEDAH. Pemain Import TAK KETAHUAN PUNCA, Pemain Tempatan ke KEDAH tak ketahuan Punca.. Penolong Jurulatih pun masih tak ketahuan Punca.... 

Sedangkan TEAM DARI NEGERI-NEGERI LAIN sedang galak berjual-beli pemain-pemain tempatan dan import namu KEDAH satu habuk cerita pun tak ada. Jika nak tunggu orang lain beli habis baru kita kalut nak cari pemain nampaknya akan jadi seperti tahun LEPAS lah iaitu KITA MAIN MANA YANG ADA... dan yang nak best lagi apabila pemain utama kita seperti KHAIRYL @ BAD terlepas ke pasukan lain.

Adakah semua perkara yang berlaku in KFA tidak memikirkannya kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.. JIKA dilihat nak kata pihak pengurusan KFA tak pandai urus tadbir pasukan..mereka-mereka inilah golongan yang membawa kejayaan pada KEDAH zaman Azrai Khor dahulu....

JIKA Permainan KFA ini kita masih belum nampak dan juga PRESIDEN KFA @ MB KEDAH juga tidak ambik kesah dan membiarkan GOLONGAN-GOLONGAN yang ingin melihat KERAJAAN KEDAH di ketawa dan di caci disebabkan KEJATUHAN PASUKAN KEDAH maka teruskan lah berkelakuan sebegini....

Tidak mustahil dengan KEJATUHAN PASUKAN KEDAH ada sebahagian UNDI TERPENGARUH akan beralih kepihak lawan anda...tak percaya tunggu dan lihat... 

Kejadian ini jika di olah ia kelihatan seperti apa LAPORAN AUDIT dedahkan baru2 ini dimana ada orang buat tuntutan palsu sebanyak RM2.55juta bawah potfolio perumahan...begitu jugalah dengan GOLONGAN DALAM MENGURUS BOLASEPAK KEDAH... puak-puak ini tak akan berhenti untuk mengucar-kacirkan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah...dan JIKA hendak JADI HEBAT masa inilah peluang untuk PRESIDEN MENEBUS KEGAGALAN tahun lepas.... tapi Jika PRESIDEN pun tak berani nak tegur dan kawal seperti mana berlaku dalam pentadbiran negeri maka hilanglah taring CENGEI anda yang di perkatakan itu....

Bangkit dan hapuskan tangan-tangan hitam yang cuba menjahanamkan urus tadbir negeri Kedah...ayuhhhhh..!!

PRU13: Khairy Jamaluddin jadi korban pertama?


http://addin77.blogspot.com

Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr. Khairy Jamaluddin mungkin menjadi korban pertama dalam PRU13. Nasib Khairy bagaikan telur di hujung keris UMNO, bila-bila masa jatuh terhempas dan pecah berkecai. Dengan cerita soseh soseh dalam kelambu UMNO Khairy Jamaluddin tidak ada nama dalam senarai PRU13. Malah namanya disekat oleh kumpulan yang mahu menjatuhkan Khairy...

Malah dalam Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin sudah hilang taring dan gusi serta kawan. Cakap cakap dan arahan Khairy Jamaluddin sebagai ketua Pemuda UMNO Malaysia kurang diendahkan dan kurang dihormati oleh sebahagian besar pemuda pusat dan negeri.

Idea dan gerak politik Khairy dalam UMNO khasnya pemuda UMNO nampak cukup terasing dan kurang sambutan seratus peratus. Dalam sejarah UMNO dan pemuda UMNO, tercatat tinta hitam satu satu pemuda UMNO Malaysia dan ketua pemuda UMNO yang kurang dihormati oleh kaumnya serta tidak bergerak bersama transformasi politik Najib Razak.

Khairy Jamaluddin terbukti gagal menakhodakan perjalan dan pelayaran pemuda UMNO Malaysia. Nampak jelas Khairy Jamaluddin keseorangan dan selalu ditinggal bas dan train.



Mungkin ada benarnya Khairy Jamaliddin tiada namanya dalam senarai calon PRU13. Kebarangkalian ada kumpulan atau geng dalam Pemuda UMNO Malaysia menyekat perjalanan Khairy Jamaluddin dalan arus politik Najib Razak.

Namun Khairy Jamaluddin sudah membaca dan terhidu kentut dan tahi dalam pemuda UMNO yang mahu menyekat dan menamatkan Khairy Jamaluddin dalam peta politik UMNO yang penuh dengan nanah dan rasuah.

Sehingga kini Khairy Jamaluddin berusaha dengan penuh semangat kental agar nama beliau tidak tericicir di saat-saat akhir keputusan calon yang bertanding PRU13. Itu cerita soseh soseh politik tentang nasib Khairy Jamaluddin. Betul atau tidak kita tunggu senarai calon yang diputuskan oleh Najib Razak.

Namun ramalan kami Khairy Jamaluddin ada peluang untuk bertanding PRU13. Ingat Najib Razak terhutang budi dan jasa Pak Lah dan Khairy adalah menantu Pak Lah."

[Jawapan] Jawapan dari Ahli Majlis MPSP berkenaan Jalan Raya di Guar Stesyen

 

Mahdzir Khalid, jawab sat pasai apa hang bagi dua gaji tetap dekat Shahanim?


Oleh Pak Dee Jantan


Syarikat Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd. di zaman Dato' Seri Mahdzir Khalid telah memberi gaji tetap kepada tiga pemimpin UMNO negeri
tanpa kelulusan daripada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarahnya.
Salah guna wang melibatkan  RM197 ribu yang disalurkan kepada tiga orang sebanyak RM2 ribu seorang setiap bulan dengan cara meletakkan nama mereka ke dalam senarai pekerja syarikat berkenaan bermula Disember 2004 hingga Mac 2008.
 
Seorang dari tiga yang menerima gaji buta itu ialah Shahanim Mohd Yusof yang merupakan pegawai khas kepada Menteri Besar yang menjaga hal ehwal GLC. Di pejabat MB dia terima gaji tetap sebagai pegawai khas dalam waktu yang sama dia juga adalah pekerja tetap Kedah Agro yang tidak perlu bekerja.
 
Walaupun salahlaku Mahdzir telah didedahkan sejak empat tahun lalu, tetapi sehingga kini beliau tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan itu. Adakah kerana dia takut untuk menjawab (kerana memang bersalah) atau tidak berani menjawab? Samalah tuu...
 
Begitulah UMNO Be End faraidkan harta meredak rakyat Kedah kepada kroni ikut suka depa.
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/10/mahdzir-khalid-jawab-sat-pasai-apa-hang.html#more

Tajul nafi projek 99East di Langkawi punca kerajaan Kedah rugi


SUNGAI PETANI - Bekas Pengerusi Eksekutif Kedah Corporation Berhad (KCB) Datuk Tajul Urus Mat Zain menafikan dakwaan bahawa projek 99East di Langkawi menyebabkan kerajaan negeri Kedah terpaksa menanggung kerugian.

Beliau berkata isu rugi tidak sepatutnya timbul kerana mengikut perjanjian, projek usahasama antara KCB dan sebuah syarikat dari Singapura, Terra Monda Development (TMD) itu, KCB hanya perlu menyelesaikan masalah tanah manakala semua bentuk pelaburan dan pembangunan akan dilaksanakan oleh TMD.

Projek 99East bernilai RM1.2 bilion dan dibangunkan di kawasan seluas 144 hektar di Bukit Malut bermula 2007 dijangka mampu memberi pulangan RM200 juta kepada KCB, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tajul Urus yang juga Penyelaras Parlimen Merbok berkata projek itu mempunyai empat fasa dan dijangka siap menjelang 2016 yang membabitkan pembinaan sebuah kelab golf bertaraf antarabangsa, istana hinggap untuk Sultan Kedah, pembinaan hotel dan kediaman.

Oleh yang demikian, katanya kerugian yang ditanggung oleh kerajaan negeri ditadbir Pas ketika ini sebenarnya bukanlah disebabkan projek 99East, sebaliknya didakwa berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan projek terbaharu di bawah KCB.

"Isu ini timbul ekoran kegagalan KCB, bukan dalam projek yang dibuat sewaktu saya jadi Pengerusi Eksekutif sebaliknya selepas mereka (kerajaan negeri) gagal melaksanakan projek pelaburan (pembalakan) di Papua New Guinea," katanya.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa KCB menjanjikan tanah yang bukan miliknya, katanya mengikut perjanjian, TMD akan membayar pampasan ke atas tanah persendirian termasuk di kawasan penempatan setinggan.

Baru-baru ini Azizan mendakwa empat projek yang dijalankan ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional telah gagal sehingga menyebabkan kerajaan negeri menanggung beban hutang yang banyak.

Projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai International Park.- Bernama

Madrasah Salihiah tidak diroboh dengan arahan mahkamah sebelum ini



GUAR CHEMPEDAK – Kerajaan negeri akur dengan arahan mahkamah sebelum ini agar Madrasah Salihiah tidak dirobohkan malah jentera-jentera berat juga tidak dibenarkan berada disekitar madrasah tersebut.

Demikian penjelasan Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Kedah 2012 di Guar Chempedak.

“Kes dulu Menteri Besar tidak termasuk sebagai defendan tapi sekarang dimasukkan pula. Tapi saya minta tangguh dulu kerana tidak dapat hadir pada hari perbicaraan tersebut,”jelasnya.

Menurutnya lagi, beliau akan tubuhkan team untuk mempertahankan kerajaan negeri dan tidak menggunakan khidmat peguam biasa. Oleh sebab itu penangguhan perbicaraan mohon ditangguhkan kerana peguam berkenaan sedang menunaikan haji di Mekah.


“Saya melihat kes ini lebih kepada politik dan ianya sudah banyak kali diubah. Yang sebenarnya mereka inginkan projek ini tertangguh dan ini memberi peluang kepada mereka menempelak kerajaan negeri kononnya gagal membangunkan Aman Central ini,” sambungnya lagi.

Tambah beliau lagi, sekiranya kerajaan negeri menang dalam kes berkenaan, madrasah berkenaan akan dirobohkan mengikut perancangan awal dan digantikan dengan surau yang lebih besar dan selesa seperti mana yang maklumkan dahulu.

Kritik, mengkritik & dikritik

Nasrudin Hassan, 28 Okt 2012

a] Terima kasih pada semua kerana konfiden bahawa PAS akan berjaya memerintah negara kelak [insyaallah] berbanding dulu, hampir tidak ada orang luar nak bincang pasal PAS dan memang sukar nak cari orang luar yang mahu bantu PAS berjuang menghadapi kuasa "besar" UMNO dan BN yang penuh dgn korupsi. Sebahagiannya selesa dikerusi empuk dan bilik berhawa dingin dengan jawatan yang selesa pula.

b] Budaya tidak boleh ditegur alhamdulillah TIDAK berlaku dalam PAS. Jika seorang dua dikesan begitu, maka itu kes terpencil dan dia bukan budaya dalam PAS. Kepimpinan PAS ialah kepimpinan yang berteraskan Islam sesuai dengan Islam sebagai asas perjuangan PAS.

c] PAS dan kepimpinannya senantiasa terbuka dan berlapang dada dalam menerima pandangan dan kritikan justeru itu akhlak Islami yang salayaknya dimiliki oleh setiap pemimpin dan individu muslim. Kita mengalu - alukan teguran dan kritikan yang membina dari semua pihak. Kita senantiasa responsif namun tidak semestinya 100 peratus teguran atau kritikan yang kita terima perlu dipakai. Sebaliknya teguran atau kritikan yang diterima itu akan dipertimbangkan dan disorot dengan penuh cermat serta mengambil kira semua aspek sebelum sesuatu keputusan diambil.


c] kita harus sedar, teguran dan kritikan yang dihamburkan kepada PAS banyak jenis dan kategori.

* Ada yang perlu dilayan dan diterima. Sebagai contoh, kritikan itu disampaikan dengan baik dan membina. Tambahan jika ianya lengkap dengan fakta dan maklumat yang benar.

*Ada yang perlu ditangani dengan bijaksana. Sebagai contoh , kritikan dari seseorang atau ahli parti yang keliru terhadap keputusan yang diambil oleh parti secara jamaei.

*Ada yang perlu ditolak dan ditempelak kembali. Sebagai contoh kritikan yang memalukan atau kritikan yang menjatuhkan pula dibina berasaskan maklumat yang salah, persepsi yang negatif dan fitnah yang jahat. Tidak kurang juga kritikan yang hanya menguntungkan musuh Islam.

*Ada yang perlu didengar tapi tidak perlu dilayan dan diambil pusing. Biasanya berlaku pada kritikan bebas tanpa ilmu dan pengkritiknya sendiri tidak konsisten dengan kritikannya. Satu kritikan yang datang dari pengkritik bebas yang tidak mempunyai sifat tanggungjawab terhadap setiap kritikan. Seperti melontar batu ke air tenang lalu lari menyembunyikan tangannya.

d] Kalau kita lihat al Quranil Karim, diantara method al Quran ialah membalas dan menjawab kritikan pihak lain khususnya musyrikin terhadap Islam disamping Al Quran yang sama mengajar kita menerima dan berlapang dada terhadap teguran, kritikan dan nasihat.

e] seringkali teguran dan kritikan yang dilemparkan kepada PAS perlu dipertimbang dengan mengambil kira realiti, maklumat dan asas yang tepat. Justeru terlalu banyak kritikan yang sampai adalah bersumber dari fitnah dan maklumat atau persepsi yang salah. Kritikan yang hanya datang dari perasaan geram dan dendam.

f] Tanpa dinafi bahawa banyak juga kritikan yang membina malah sebahagiannya lengkap dengan fakta dan kajian teliti. Kita menerima kritikan sedemikian dan memakainya sebagai satu yang peluang untuk membina PAS.

g] Apa yang membanggakan saya ialah kini PAS telah mempunyai pengkritik tetap secara sukarela yang terdiri dari pelbagai pihak. Ini satu perkembangan positif. Tinggal lagi pimpinan PAS harus bijak dalam menilai setiap kritikan yang diterima agar ia menguntung dan membangunkan parti untuk terus mendokong cita - cita perjuangan Islam.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM

Bila Soi Lek beraksi kamikaze

Mohamad Suhaimi Abdul Aziz

Dr Chua Soi Lek seperti kerasukan apabila berterusan menyerang PAS dan peribadi YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai sasaran.

Isu hudud dikitar semula dan menjadi topik perbualan mereka, seolah-olah ia suatu ketakutan berpanjangan yang menghantui MCA selama ini. Ia juga menjadi modal untuk mereka menakut-nakutkan pengundi bukan Islam.

Dalam ucapan beliau di perhimpunan agung MCA, bukan hala tuju parti mereka yang menjadi teras ucapannya, tetapi serangan terhadap Pakatan Rakyat menjadi fokus utama. Sudah kering ideakah Dr Chua Soi Lek itu?

Yang menghairankan, MCA yang merudum sokongannya dan ditolak oleh masyarakat Cina di negara ini, PAS dan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik menjadi mangsanya. Apa kaitan kegagalan MCA meraih sokongan pengundi Cina dengan PAS?

Sedangkan PAS tidak pernah menyerang MCA secara khusus. PAS juga tidak pernah membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan masyarakat bangsa lain.


Boleh disemak mana-mana ucapan pimpinan PAS, pernahkah PAS menghina dan merendahkan agama lain di negara ini? PAS sejak dahulu amat menghormati budaya dan masyarakat kaum di negara ini dan PAS amat menghargai kepelbagaian bangsa dan agama.

Sepatutnya begitu juga yang ada pada Dr Chua Soi Lek dan MCA. Mereka patut menghormati amalan agama Islam serta kaum yang lain. Mereka juga perlu menghormati pemimpin parti politik dan pemimpin kerajaan negeri Kelantan seperti YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penghinaan beliau terhadap PAS, peribadi YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan syariat Islam adalah suatu pakej penghinaan keseluruhannya terhadap umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat keseluruhannya di negara ini.

Bukan beliau tidak tahu bagaimana sayangnya rakyat Kelantan dengan peribadi YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Bagi rakyat Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz adalah ulama dan ikon yang disegani dan disayangi oleh seluruh rakyat jelata.

Menghina peribadi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bererti menutup terus pintu BN Kelantan dari meraih kemenangan.

Beliau juga bukan tidak tahu betapa marahnya umat Islam dengan penghinaan beliau terhadap agama Islam.

Mustahil beliau naif kenyataan beliau menyebabkan Umno turut dibenci oleh rakyat
terutama umat Islam di negara ini menganggap Umno gagal mengawal tingkah laku pimpinan komponennya dari mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati umat Islam.

Kenyataan daripada pimpinan MCA ini bukan setakat menggelapkan masa depan MCA bersama BN, malah akan terus menguburkan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.

Mungkin juga Dr Chua merasakan Umno dan BN sudah tidak ada harapan lagi untuk diselamatkan maka beliau terpaksa melakukan aksi kamikaze.

Mungkinkah ini juga suatu usaha mensabotaj Umno supaya mereka cepat karam sebelum PRU ke-13 lagi.

MOHAMAD SUHAIMI ABDUL AZIZ timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Bola Kedah : Orang Dalam KFA nie nak jadi HARAM JADAH sekali lagi ka tahun nie..??


 

Admin - Kedah dok tggu kata putuih dari messi kot.......

Aduhai Nonaku Azizah... Tidak Payahlah Bertandinglah...

Wan Azizah Tidak Payahlah Bertanding

Tampaknya Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Dr Wan Azizah Wan Ismail berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Kali ini dia akan bertanding di kerusi Dun. Dipetik dari satu laporan menurutnya beliau masih belum tentukan Dun mana, sama ada Selangor atau pun Pulau Pinang yang akan ditandingi. Katanya juga, parti akan menentukan kawasan mana untuk dia bertanding.

Wan Azizah: Boleh jadi penasihat.
Sekali tenguk kenyataan itu serius, tetapi saya tidak mengira Wan Azizah sendiri serius untuk bertanding. Bagi saya tidak perlu beliau berbuat begitu. Cukuplah suaminya Anwar dan anaknya Nurul Izzah saja mengambil bahagian sementara beliau lebih afdal menjadi penasihat dari rumah.

Walaupun kronisme dalam politik perkara biasa, tetapi dalam konteks hari ini dan suasana kini tidak elok kalau suami isteri dan anak bertanding. Apakah Anwar atau keluarganya ingin mencatat rekod di mana tiga beranak berada dalam dewan dan paerlimen serentak? Mahu mengatasi keluarga Lim Kit Siang di mana dia, anak dan menantu berada dalam dewan? 

Atau Karpal Singh di mana dia dan anaknya Deo berada dalam parlimen? Hanya kalau itu tujuan Wan Azizah bertanding tidak wajar untuk bekas MP Permatang Pauh itu ikut sama bertanding. Saya jamin kalau 'Nonaku Azizah' bertanding dia boleh menang. Namun atas kapasitinya dan melihat kepada pencapaiannya tidak sesuai kalau beliau bertanding.

Saya harap ura-ura Azizah akan turun gelanggang sekali lagi tidak akan menjadi kenyataan. Anwar diminta waras di dalam hal ini. Jika Azizah diharap meneruskan perjuangan atas andaian Anwar terpaksa berundur atas sebab-sebab tertentu, bukankah Nurul Izzah sudah ada sebagai galang gantinya.

Dunia tidak mahu melihat akan berlaku perebutan jawatan dalam sebuah parti di antara anak dengan ibu. Dalam politik serba boleh berlaku kerana setiap individu atau tokoh itu akan ditentukan oleh penyokong dan bukan pertimbangan peribadi. Sekiranya Wan Azizah digembur untuk menjadi pemimpin masa akan datang pasti dia akan bertembung dengan Nurul Izzah yang nampak sedang mempersiapkan diri.

Lagipun penyertaan Wan Azizah akan menjadi ejekkan dan persendaan oleh pihak lawan kelak. Lebih merumitkan lagi ia akan dijadikan precedent oleh mana-mana pihak untuk berbuat demikian. Kalau ini berlaku dan orang lain juga ingin meletakkan isteri, anak, dan menantu serentak tidak boleh dibantah sebab presiden dan penasihat umum Keadilan juga berbuat demikian.

Politik memang tidak waras tetapi orang yang waras boleh mewaraskan politik. [wm.kl.12:55 t/hari 30/01/12]

Mohd Sayuti Omar, 

Formula (82 + 20 + 16 = 118)..insya'allah menang...tapi..jika 82 tuu kantoi...????

Formula mudah untuk tewaskan BN dalam PRU13 nanti

Jadinya, jangan seronok sangat tengok formula mudah tu. Jentera pilihanraya tempatan kena pastikan untuk dapat undi lebih 5% majoriti undi taget untuk tampung penipuan Umno BN dan para anjingnya dalam pengundian yang tak mampu kita sekat pasai 'dihalalkan' oleh undang-undang dan peraturan pilihanraya.

Harakahdaily melaporkan:
KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN. - Hrkh.  
Harakahdaily juga melaporkan:
Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)

82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS,PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.
20 pula adalah jumlah kerusi parlimen yang majoritinya adalah pengundi Cina dan India yang dimenangi BN dalam PRU12 yang sudah tentu pada jangkaannya akan menolak BN pada PRU akan datang.

Asas kekalahan BN itu juga jelasnya, turut disandarkan pada keyakinan bahawa lebih separuh kerusi parlimen Sabah - selama ini menjadi 'tempat berpaut' BN untuk mengekalkan kuasa termasuk pada PRU12 lalu - akan 'swing' kepada Pakatan Rakyat.

Kata Yahya, sekurang-kurangnya 16 dari 25 kawasan parlimen di Sabah bakal dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang. - Ibid.

Sebelum ni aku ada buat entry yang bertajuk "Apa pun yang Pakatan Rakyat buat, Umno BN tetap akan menang PRU13?"

Dalam artikel tu aku ulas pasai ramai yang yakin PR akan menang atas sentimen rakyat semakin ramai hadir program anjuran PR, sedangkan realitinya angka kehadiran tu sebenarnya tak menjanjikan kemenangan kalau dibandingkan dengan jumlah pengundi setempat.

Kalau tengok ke formula mudah kat atas tu, memang nampak macam boleh menang. Cumanya mampukan Pakatan Rakyat mempertahankan sekesua 82 kerusi tu. Bukan semua wakil rakyat PR betul-betul perform. Ada jugak yang bila dah menang lebih kurang sama ja macam wakil rakyat Umno, masa kempen sanggup masuk sampai dapur rumah pengundi tapi bila dah menang pengundi nak nampak muka dia pun payah.

Bab faktor pengundi cina aku pun setuju, pasainya memang majoritinya tak peduli sangat sapa calon dan parti yang lawan BN, terutama di kawasan yang belum menang tapi di kawasan yang dah menang prestasi wakil rakyat memang akan bagi kesan.

Pun macam tu, kalau sokongan orang melayu tak meningkat langsung payah jugak untuk calon dari PR nak menang di kerusi campuran tu.

Lagi satu faktor yang tentu akan bagi kesan yang besar, takat mana kesediaan agensi kerajaan terutama sekali SPR sanggup beraksi macam 'si anjing Umno'. Aku tak heran kalau ada kakitanga dan petugas SPR yang sanggup buat apa saja untuk pastikan calon dari Pakatan Rakyat kalah.

Jadinya, jangan seronok sangat tengok formula mudah tu. Jentera pilihanraya tempatan kena pastikan untuk dapat undi lebih 5% majoriti undi taget untuk tampung penipuan Umno BN dan para anjingnya dalam pengundian yang tak mampu kita sekat pasai 'dihalalkan' oleh undang-undang dan peraturan pilihanraya.


Bukan Perakauanan Kreatif.. Tetapi Pemimpin PR berfikiran Kreatif membangunkan Negeri..

oleh anakkedah007.blogspot.com

Bukan Perakauanan Kreatif.. Tetapi Pemimpin PR berfikiran Kreatif membangunkan Negeri.. , cukup2 la Rahman Dahlan ni menunjukkan Kebodohan Sendiri,, Ditemplak Anwar dalam Parlimen Tak Reti Baca Akaun.. sama macam anak Chua Soi lek..
BNBBC: Negeri Pakatan manipulasi perakaunan kreatif

Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) hari ini mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.Timbalan Ketua BNBBC Abdul Rahman Dahlan mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.

NONE"Setiap kerajaan negeri mempunyai akaun amanah di mana wang yang diperuntukkan sejak awal untuk tujuan tertentu. Wang itu boleh datang daripada kerajaan negeri atau persekutuan.

Sebagai contoh, katanya, jika sesebuah projek memerlukan RM100 juta, wang dimasukkan ke dalam akaun amanah dan sebelum diaudit, bakinya - sebagai contoh RM60 juta - dipindahkan kepada akaun yang disatukan.

"Ini satu bentuk perakaunan kreatif," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

DATO MUKHRIZ TAK LAYAK JADI TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

oleh Peter Sondokon

Yang Berhormat Dato,

Kisah di antara dua peristiwa dalam Kedah Corporation Berhad (KCB) ia itu Pelaburan di Papua dan 99East adalah dua senario yang berbeza antara langit dan bumi. Dalam kisah pelaburan di Papua, KCB ingin memperkayakan negeri Kedah dengan mencari peluang di luar negeri untuk membangunkan Kedah kerana kerajaan Pusat tidak pernah menyalurkan wang pada kerajaan negeri seperti yang sepatutnya. 


Malah mengikut Menteri Besar, Pusat masih berhutang kepada kerajaan Kedah sebanyak RM 200 juta. Tetapi malangnya, oleh kerana sebab-sebab tertentu ianya tidak diteruskan. Sebaliknya dalam kisah 99East ini, KCB menganugerahkan tanah seluas 379 ekar yang bernilai lebih satu billion kepada Terra Monda dan KCB diberi pegangan saham hanya 20%.


Yang anehnya tanah, tanah yang dinugerah itu bukan sahaja tanah kerajaan negeri tetapi tanah kepunyaan Permodalan Kedah Berhad (PKB), tanah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), tanah PKNK dan juga tanah perseorangan. Dan mereka mengharapkan KCB menyelesaikan semua isu-isu itu.


Berapa peratus rakyat Langkawi mampu mengunjungi tempat sebegini? Atau pun rakyat Kedah ? Atau pun rakyat Malaysia?

Ooohh! Mungkin Dato akan kata ia member peluang pekerjaan kepada rakyat Langkawi. Apakah setimpal dengan member tanah nilai berbillion ringgit hanya untuk memberi peluang rakyat Langkawi menjadi abdi?

INILAH BEZANYA DATO, PROJEK PAPUA UNTUK MENJADIKAN RAKYAT KEDAH KAYA PROJEK 99 East MEMPAPAKAN RAKYAT KEDAH.

Sanggupkah pemimpin yang waras membuat sebegini? Itulah UMNO. Ikut kata orang tua-tua, “kalau tidak apa-apa tak kan tempua bersarang rendah.”

BN Kedah Kehausan: Semua Straw Dalam Satu Gelas...

Politik BN bergantung kepada talihayat PNG


Kes Papua New Guinea menjadi satu-satunya modal BN Kedah menghadapi PRU13. Semua pimpinan yang ternama -seperti Dato' Bashah, Mukhriz dan Bekas Menteri Besar- dan sedang berusaha mencari tempat - seperti Badrulhisham dan Kheng Liang- memberi tumpuan sepenuhnya membuat serangan. Matlamat semua pemimpin kecil dan besar dalam BN ialah mencalarkan imej dan integriti Ustaz Azizan dan kerajaan PR.

Saya telah menjumlahkan kehilangan modal pengurusan dan pelaburan dalam laporan audit, jumlahnya RM6.4 juta. BN berulang kali menjumlahkannya menjadi lebih RM13 juta. Saya memeriksa sekali lagi dengan Jawatankuasa Penilaian yang telah pergi ke PNG dan London untuk menghantikan pelaburan yang sangat berisiko itu. Jawapan mereka ialah angka yang dibangkitkan oleh BN itu ialah jumlah yang terkumpul sejak zaman BN memerintah Kedah dan orang mereka menguruskan KCB.

Jumlah itu turut disumbangkan oleh projek 99 East di Langkawi. Jika ditolak 'kehilangan' dalam kes PNG, kerugian teraudit yang dijana oleh KCB di zaman BN sekitar RM7 juta. Itu tidak termasuk kehilangan yang dapat dihentikan dalam projek 99 East bila PMBKed mengarahkan perjanjian KCB dengan Terra Monda dikaji semula.

Untuk rekod, KCB terpaksa menanggung premium tanah berjumlah RM36 juta, dan tanah seluas 360 ekar itu akan diserahkan kepada 99 East sebagai balasan ditawarkan 20% pegangan dalam 99 East. Mujur bin nasib baik kebodohan BN dulu disedari, dan projek dihentikan sementara, menyelamatkan Kedah daripada kehilangan tanah berharga dan wang berpuluh juta.

Bekas MB- Mahdzir Khalid

Hari ini bekas Menteri Besar mensasau dalam akhbar kerana 99East ditangguh oleh Kerajaan PR. Projek itu tetap ada walau apapun kata kerajaan sekarang, dia membebel. Kalau dijodohkan dengan projek NFC, jawapannya itu seperti dia berkata...lembu tetap ada walaupun RM49 juta dilesapkan ke dinding kondo.

Katanya lagi Ustaz Azizan hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara KCB dan MAS Incorporated (PNG) Ltd. Masakan Ustaz Azizan tak tahu apa kandungan perjanjian dan apa jenis perniagaan itu. Kheng Liang dan Badrulhisham juga berkongsi idea pandir itu. Adakah orang yang menyaksikan sesuatu majlis menandatangani perjanjian perlu dan wajib tahu apa yang dua pihak lain ( KCB dan MAS) persetujui.

Dalam hal meneliti dan mengkaji apa-apa perjanjian bagi pihak sebuah Kerajaan Negeri adalah tanggungjawa Penasihat Undang-undang Negeri (LA). Hakikatnya, sebelum atau selepas ia dipersetujui, ia tidak langsung dibawa untuk LA menunaikan tanggungjawabnya.

Bukankah Ustaz Azizan sudah menjelaskan bahawa semua urusan KCB dalam kes PNG tidak dimaklumkan kpd ALP?


Badrulhisham Mengintai Peluang

Badrul sedang mengintai kerusi untuk bertanding. Dia sedang berkira- kira menggulingkan Adun Pedu, bekas bosnya. Bagaimana? Menyerang PNG bermakna membuka ruang supaya kes- kes lama bosnya dibongkar seluas mungkin. Setakat ini sudah empat kes projek sakit didedahkan. Laporan ke SPRM akan dibuat oleh pemuda esok. Kes 99 East, kes Dewan Mentaloon dan Kes Udang Kerpan berlaku di zaman Adun Pedu menjadi MB. Hanya kes RM11 juta dengan Long Island berlaku di zaman Syed Razak.

Badrul membuat sidang akhbar di pejabat MCA, komponen paling ceroi tapi berani dalam BN Kedah sekarang. Presiden MCA menghina Islam, UMNO seluruh dunia diam membisu. Badrul tidak menggunakan pejabat UMNO untuk menumbangkan seorang tokoh UMNO yang bermasalah. Dia akan menduduki kerusi itu. Kuala Nerang tidak selamat untuk Badrul kerana Syed Sobri sudah lama mengkancing gigi menunggunya.

Badrul menyebut MB patut tahu sebab dia mengarahkan Dato' Puat ke London menguruskan pinjaman. Saya rasa mahu ketawa, kenapa Badrul boleh tersalah dengar atau tersalah baca atau sengaja tersalah cakap tentang pemergian Jawatankuasa Penilaian dan pinjaman itu. ( saya seperti mahu bertanya hang pokak ka?).

Dato' Puat tidak ke London untu membuat pinjamantetapi membatalkan pinjaman atas saranan Ustaz Azizan selepas mengetahui tentangnya. Pinjaman bersendiket itu atas nama MAS Incorporated dan cagarannya ialah projek yang dimiliki 70% sahamnya oleh KCB melalui satu perjanjian.

Badrul boleh mengira walaupun tidak menjejak menara gading. Dia tahu RM6.4 juta tercatat dalam laporan audit, tapi dia memilih untuk menyebut RM13 juta dalam sidang akhbarnya. Dia mahu bekas bosnya merasai pedih calar 7 juta yang tidak dapat dijelaskan! Pedih itu membawa rebah bersekali kerusi Pedu. Tok Det mungkin ke Parlimen? Tengoklah nanti.

Ada satu kes lain dengan KCB sewaktu Tok Det menjadi MB yang belum didedahkan. Badrulhisham patut tahu hal ini. Semua staff KCB mengetahuinya. Dalam projek Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) dari Durian Burung ke Baling, terdapat beberapa jajaran jalan baru yang menempuh kawasan hutan berbalak. Nilainya berjuta juga. Semua kawasan itu diserahkan oleh MB kepada KCB. Tajul Urus dan menantunya yang bertugas di KCB menguruskannya. KCB tidak menerima sebarang hasil dari pada kawasan balak itu. Di hujung cerita, sebuah site office kontraktor jalan dibakar bersama sebuah kereta dan semua dokumen berkaitan kawasan balak yang sudah menjadi jalan itu. Siapa yang boleh menjelaskan kejadian ini?

Tan Kheng Liang - Kesumat Perkauman

Dia membawa agenda Parti Gerakan. Mereka hanya ada kerusi Derga sekarang. Dia berhajat membunuh UMNO satu koloni. Gerakan berhajat bertanding lebih banyak kerusi dan dia mengidamkan satu untuk dirinya. Dia tahu semua isu yang dibangkitkan sebelum ini bahananya akan pergi kepada UMNO. Melemahkan UMNO akan memudahkan urusan menuntut lebih banyak kerusi.

Dia menghina Islam melalui twitternya. UMNO diam! Haris Che Mat berpeluang mengisi muka depan akhbar menasihati Kheng Liang. Tanpa sedar Haris mengurut dan menepuk-nepuk belakang pemuda Gerakan yang menghina Islam. UMNO akan menanggung akibat penghinaan itu nanti.

Kheng Liang membangkitkan isu perumahan. Sepanjang sejarah, hanya PAS sahaja yang berani membuat polisi yang dilihat menjamin masa depan melayu dalam sektor perumahan. Komposisi kaum berasaskan penempatan akan disusun semula melalui polisi ini. Polisi yang tidak berani disentuh oleh BN kerana takut kehilangan undi cina berubah sedikit menjelmakan keadilan untuk semua kaum, melayu bumiputra dan bukan bumiputra. Menyerang polisi ini sebenarnya melondehkan seluar UMNO dan akan membangkitkan sokongan melayu kepada PAS dan PR.

Menekan isu PNG akan meransang kurap dan songkla pemimpin UMNO sewaktu memimpin kerajaan didedahkan. Dia mahu pemimpin parti melayu yang mengetuai BN ditalanjangkan. Dia juga tahu mengira, dia lawyer! Dia juga memakai angka 13 juta. Dia lawyer, kesilapan angka sebesar ini dalam kes mahkamah boleh menyebabkan kalah walaupun hujah lain dia kukuh. Kalau dia jujur dan bertanggungjawab dari awal, dia patut membangkitkan banyak penyelewengan kerajaan BN sebelum 2008. Sahlah dia ada niat lain!

Kheng Liang jarang meneliti fakta dalam mengangkat isu. Dia sering tersasar membuat tuduhan. Contohnya dalam isu garis panduan baru papan iklan MBAS. Lama seblum garis panduan itu diumumkan, banyak syarikat sudah memahami kehendak pasaran di Kedah. Banyak syarikat sudah memaparkan imej model wanita bertudung. Terpampang sebesar gergasi iklan syarikat telekomuikasi di bangunan PKNK dengan imej wanita bertudung, tiada siapapun yang berasa sensitif sama sekali. Malah penduduk beragama Islam merasa bangga pula. Dalam hal ini Kheng Liang melawan arus untuk mencuri perhatian akhbar. Dia sebetulnya menjauhkan pengundi melayu daripada BN.

Kheng Liang menuduhkan projek Aman Central dibuat tanpa tender terbuka, bertentang dengan manifesto. Kheng Liang mungkin tak tahu, projek itu projek swasta. Kalau ada syarikat membawa modal sendiri RM500 juta untuk membangunkan semula projek yang terbengkalai selama 33 tahun di tengah bandaraya Alor Setar, dan kerajaan mengarahkan projek itu dibuat tender terbuka, tidakkah mereka wajar menuduh kerajaan ini gila? Dalam kes Aman Central yang tak mampu diselesaikan selama 33 tahun di bawah 5 Menteri Besar BN, saya rasa terjahan Kheng Liang itu yang gila!

Sepanjang sejarah Gerakan mengepalai Kerajaan BN di Pulau Pinang, satu demi satu penyelewengan dalam isu tanah dibuka oleh DAP selepas 2008. Isu dalam PDC, isu perumahan, isu penempatan orang-orang Melayu, isu Tanjong Tokong, isu Balik Pulau, dan banyak lagi. Gerakan melingkupkan politik baru Malaysia disebalik pintu perkauman dan penindasan.

Kecelaruan Parti Gerakan membawa Presidennya tewas di dua kerusi yang ditandingi. Gerakan tinggal nyawa-nyawa ikan dalam politik Malaysia. Ia bakal dihantar ke taman peringatan. Sila toleh sejenak ke belakang, apa yang Gerakan buat hingga ditolak rakyat, khususnya masyarakat cina di Malaysia. Kerusi Derga itu hanya terlepas ke tangan Gerakan di Kedah kerana tiga penjuru. Kheng Liang patut baiki rumah sendiri sebelum menunjukkan bocor di rumah orang. Kalau rumah kau daripada kaca, jangan membaling batu ke rumah orang lain.

Kheng Liang akan membuat sidang akhbar setiap selasa, memancing respon MB pada hari rabu selepas mesyuarat Exco. Hanya hari rabu lalu dia menerima bungkusan yang kena dengan seleranya. Mungkin ada sedikit lagi saki baki buah dan daun cermai untuk dihinggut. Aiiyaaa...Hinggutlah!

Muhammad Sanusi Md Nor

Bukankah syarikat putar alam ini milik rakan Mahdzir Khalid?

Oleh: Pak Dee Jantan

Pembinaan Sintok Sdn. Bhd. (PSSB) adalah anak syarikat Permodalan Kedah Berhad. Antara Ahli Lembaga Pengarah PSSB ialah Dato’ Ahmad Sudin, Dato’ Bakri Hj Ali Mahamad dan Dato’ Halim Said. Syarikat itu diberi projek membina kompleks baru Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), auditorium dan Dewan Kenangan Sungai Petani berjumlah RM40 juta. Harga siling yang telah diputuskan dalam mesyuarat Exco. Tetapi Pegawai kewangan Negeri pada waktu itu Dato' Rasli telah menaikkan harga kepada RM46 juta tanpa dibawa masuk dalam mesyuarat Exco.
 
Kes ini telah dilaporkan kepada SPRM dan Rasli telah disoal-siasat oleh SPRM berhubung isu tersebut. Jawapan yang diberikan oleh Rasli kepada SPRM ialah selaku Pegawai Kewangan beliau berhak berbuat demikian berdasarkan pekeliling tertentu (mungkin dari JPA). Malangnya selepas beberapa bulan berlaku Rasli masih belum dapat mengemukakan dokumen atau pekeliling itu kepada SPRM.

Cara kedua untuk 'menyelamatkan' Rasli ialah mengemukakan permohonan dalam Mesyuarat Exco untuk menaikkan harga kontrak berasaskan keperluan semasa, kenaikan harga barang dan sebagainya. Soalnya semasa Rasli menambah harga sebanyak RM6 juta itu projek belum berjalan, tidak mungkin berlaku tuntutan yang melebihi kos asal... tiang pun tak pacak lagi masa tu.

Projek bina kompleks MPSP belum dimulakan, tetapi MPSP telah membayar PSSB sebanyak RM10 juta. PSSB mensubkan kerja tersebut kepada Najwa Bina sebuah syarikat ‘silap mata’ yang dilaporkan tidak tersenarai sebagai kontraktor berdaftar (PKK)  untuk melakukan projek itu. Khabarnya syarikat putar alam bernama Najwa Bina itu ialah milik rakan baik Mahdzir Khalid iaitu Fakhrulrazi. Orang kampung dah tahu itu.

PSSB membayar Najwa Bina sebanyak RM9.3 juta sebagai bayaran pendahuluan. Sekali lagi berlaku kepelikan kerana bayaran pula dibuat atas nama FBS Bina Sdn Bhd. Mahdzir Khalid kena beri beri penjelasan bagaimana hal ini boleh berlaku. Jangan beri alasan 'saya tak tahu' nanti mendapat gelaran Bekas MB Serba Tak Tahu pulak! Yang paling bertanggungjawab untuk memberi penjelasan tentulah pembuat bayaran sendiri iaitu Rasli. Macam mana yang buat projek ialah Najwa Bina dapi bayaran dibuat atas nama FBS Bina? Jawab Rasli jawab.

Khabarnya syarikat yang didakwa milik sahabat Mahdzir ini hanya mampu melakukan kerja permulaan, pasang cerucuk saja kot. Akhirnya syarikat kena terminate... kerajaan negeri jugak yang rugi. Kerajaan mana yang memerintah masa tu?? Jawab kuat kuat... BE ENDDDDD!!!!

Cerita bayaran RM10 juta kepada Najwa Bina tu belum selesai. Banyak lagi jalan cerita dan konanya. Pi mana duit tu? Sapa yang usung cash duit tu? Depa beli apa?

Nak dengag cerita rajin-rajinlah melawat blog ini...
 
http://kedahla.blogspot.com/2012/10/bukankah-syarikat-putar-alam-ini-milik.html