GUAR CHEMPEDAK – Kerajaan negeri akur dengan arahan mahkamah sebelum ini agar Madrasah Salihiah tidak dirobohkan malah jentera-jentera berat juga tidak dibenarkan berada disekitar madrasah tersebut.
Demikian penjelasan Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Kedah 2012 di Guar Chempedak.
“Kes dulu Menteri Besar tidak termasuk sebagai defendan tapi sekarang dimasukkan pula. Tapi saya minta tangguh dulu kerana tidak dapat hadir pada hari perbicaraan tersebut,”jelasnya.
Menurutnya lagi, beliau akan tubuhkan team untuk mempertahankan kerajaan negeri dan tidak menggunakan khidmat peguam biasa. Oleh sebab itu penangguhan perbicaraan mohon ditangguhkan kerana peguam berkenaan sedang menunaikan haji di Mekah.
“Saya melihat kes ini lebih kepada politik dan ianya sudah banyak kali diubah. Yang sebenarnya mereka inginkan projek ini tertangguh dan ini memberi peluang kepada mereka menempelak kerajaan negeri kononnya gagal membangunkan Aman Central ini,” sambungnya lagi.
Tambah beliau lagi, sekiranya kerajaan negeri menang dalam kes berkenaan, madrasah berkenaan akan dirobohkan mengikut perancangan awal dan digantikan dengan surau yang lebih besar dan selesa seperti mana yang maklumkan dahulu.
No comments:
Post a Comment