Pembinaan surau tergendala
30 Oktober 2012
PENDANG - Penduduk Kampung Bukit Cepat, di sini, terpaksa menggunakan rumah penduduk dan dewan orang ramai untuk menunaikan solat jemaah memandangkan mereka tidak mampu mengumpulkan wang dengan jumlah sepatutnya bagi menyiapkan pembinaan surau kampung itu.
Sinar Harian difahamkan penduduk kampung terbabit mengambil inisiatif sendiri bagi membina sebuah surau di kampung terbabit setelah permohonan yang dibuat kepada pelbagai pihak tidak mendapat perhatian.
Penduduk membina surau kampung itu bedasarkan sumbangan penduduk kampung kerana mereka tidak mempunyai surau.
Akibat itu, mereka tidak sanggup untuk terus menggunakan rumah penduduk atau dewan orang ramai bagi menunaikan solat jemaah.
Penduduk, Abdullah Ibrahim, 52, berkata, surau itu mula dibina kira-kira tiga tahun lalu, namun pembinaannya tergendala apabila wang sumbangan penduduk habis digunakan.Sinar Harian difahamkan penduduk kampung terbabit mengambil inisiatif sendiri bagi membina sebuah surau di kampung terbabit setelah permohonan yang dibuat kepada pelbagai pihak tidak mendapat perhatian.
Penduduk membina surau kampung itu bedasarkan sumbangan penduduk kampung kerana mereka tidak mempunyai surau.
Akibat itu, mereka tidak sanggup untuk terus menggunakan rumah penduduk atau dewan orang ramai bagi menunaikan solat jemaah.
“Surau itu hanya mampu disiapkan sebanyak 25 peratus sahaja dengan belanja sebanyak RM15,000 kerana penduduk tidak mempunyai wang untuk meneruskan pembinaan.
“Penduduk tidak mampu memberi sumbangan yang banyak kerana kebanyakan penduduk kawasan ini hanya bekerja sebagai petani dan mengharapkan kepada sumber pendapatan itu semata-mata,” katanya.
Sementara itu, Mohd Hazir Arshad, 47, berkata, pembinaan surau itu terpaksa dihentikan bagi menunggu wang kutipan sumbangan daripada penduduk kampung memandangkan keperluan penduduk memiliki surau tidak mendapat perhatian.
Katanya, penduduk kampung tidak selesa untuk terus menggunakan rumah penduduk dan dewan orang ramai bagi menunaikan solat jemaah menyebabkan ada beberapa penduduk terpaksa keluar ke masjid di pekan Koobah.
“Kampung ini perlu mempunyai satu surau seperti kampung-kampung lain bertujuan untuk menunaikan solat jenazah kerana rumah si mati yang kecil menyukarkan solat jenazah dilakukan.
“Lokasi surau yang dibina itu adalah sangat sesuai memandangkan bersebelahan dengan tanah perkuburan kampung itu,” katanya.
Dia yang mewakili penduduk mengharapkan supaya mana-mana pihak atau orang perseorangan dapat memberi sumbangan untuk pembinaan surau kampung ini yang tergendala sekian lama.
No comments:
Post a Comment