Saturday, October 27, 2012

Surat dari anak muda tak berparti ditujukan kepada PAS & DAP

Kuala Lumpur - by @tiewnama.


Arakian sebenarnya gua tidaklah pencinta kepada Anwar Ibrahim, kerana gua tiada berparti, gua sokong dia hanya sebab dia lawan umno, dia lawan kezaliman, dia lawan penindasan dan menganiayaan. walaupun ibubapa gua melarang gua untuk melawan Najib Razak.

Tapi hari ni gua nak puji dia sikit sebab dia bijak berpolitik dalam menyemai benih benih kemesraan berbanding dengan pemimpin Pas dan Dap. gua cuma mahu ambil satu contoh kecil saja sebab gua sekolah tak tinggi nak ambik contoh yang besar besar. Anwar memang cool dan trendy bila berada di khalayak ramai.

Anwar cool sebab sewaktu berada di tempat awam dia tak bagi pemimpin pemimpin peringkat cabang dan ranting ada di sekelilingnya. Berapa ramai dia punya bodyguard memerhati dari jauh atau jarak dekat itu dia punya pasal tapi yang penting pembodek pembodek tidak ada di sekelilingnya.


Orang ramai boleh duduk melepak bersembang bersantun bergambar bersamanya sebab tidak ada pembodek pembodek berjawatan di peringkat cabang dan ranting pada ketika itu. Berbanding dengan pemimpin Pas dan Dap, jika pemimpin besar seperti Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi serta Lim Guan Eng berada di khalayak ramai di sekelilingnya, adalah ramai pemimpin pemimpin peringkat kawasan,

penuh dah padat kerana kononnya untuk menjaga keselamatan VVIP. Orang ramai tidak berpeluang untuk beramah mesra dengan pimpinan tertinggi Pas dan Dap kerana tiada ruang untuk mereka berbuat demikian.

Pakcik pakcik tok wan tok wun tok win kalau dapat bersalam dengan Tok Guru sudah cukup besar hati mereka, apatah lagi dapat bersembang dan bermesra secara berdepan. Tidak, Jangan diharap langit akan runtuh, ini semua sukar berlaku kerana di sekeliling Tok Guru adalah pembodek pembodek yang berjawatan
di peringkat kawasan.

Masa inilah mereka nak tunjuk pada orang orang kampung yang kononnya mereka saja boleh rapat dengan pimpinan sebab mereka berjawatan dalam parti. Orang kampung mesti mahu tahu yang mereka saja yang boleh rapat dengan pimpinan sebab mereka ada jawatan penting dalam parti islam dan parti demokratik itu.

Orang kampung kalau ada hajat mahu disampaikan mesti melalui mereka terlebih dahulu. Mereka orang besar kononnya, mereka golongan cerdik pandai kononnya, Sebab itu gua kata Anwar memang cool dalam hal macam ini, nampak saja perkara kecil tapi mendatangkan impak yang besar terhadap masyarakat terutama di kalangan masyarakat luar bandar.

Anwar memang bijak berkira hatta dalam hal yang sekecil beginipun, sayangnya pemimpin Pas dan Dap peringkat kawasan tak rela beri ruang pada orang ramai mendekati pemimpin mereka,

kerana apa? kerana mereka bodoh angkuh dan sombong, tak boleh di tegur, semuanya maksum, bila di tegur di katakan melawan pemimpin, kentut mereka juga berbau wangi, usah dipertikaikan.

badan mereka mempunyai emas, kerana itu ianya tidak mudah di dekati kerana penjaga penjaga emas sedang mengelilingi lubuk emas itu. teruskanlah kebodohsombongan itu buat selamanya! nilai 0 pada mata anak muda! apapun tahniah pada Anwar Ibrahim kerana bijak menyelami sendiri dari hati ke hati rakyat dan anak muda malaysia.

ANWAR BERSAMA ORANG RAMAI TANPA PEMBODEK.

by @tiewnama - ramai pembodek baik dan BN mahupun PR beb, sama saja. kahkahkahkah
NAJIB JUGA BERSAMA ANAK MUDA TANPA PEMBODEK!

1 comment:

  1. Syabas anak mud atak berparti diatas kesedaran anda yang berani bersuara ,inilah namanya semangat anak muda yang telah membuka mata selepas ditutup mata mereka oleh UMNO haprak selama lebih lima puluh tahun oleh itu saya rasa PR atau lebih jelas lagi PAS dan DAP usahlah bongkak dan anggkoh dengan alasan keselamatan bilamana rakyat hendak bertemu dengan pemimpin mereka.

    ReplyDelete