Monday, October 22, 2012

Mangsa kemalangan kereta bomba terima sumbangan kerajaan negeri

MERBOK -  Waris mangsa serta mangsa kemalangan Kereta Bomba Sukarelawan Semeling menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri yang diadakan di kediaman salah seorang mangsa kemalangan terbabit di Pekan Merbok baru-baru ini.

Majlis penyerahan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan, YB. Tan Chow Kang menyampaikan.

Penyerahan sumbangan yang disampaikan itu, secara tidak langsung dapat meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh waris mangsa serta mangsa kemalangan itu.

No comments:

Post a Comment