DS NAJIB RM, DI LEBUHRAYA BERLIKU YANG BERLUBANG "LUAH MATI BINI TOLAK DITENDANG MAHATHIR".
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
RABU: 8 HB ZULHIJJAH, 1433 /24 OKTOBER, 2012
Sama ada DS Najib RM al Haj mendapat petunjuk, mendapat ilham atau
petunjuk dan ilham tak juga datang menjelma. PRU13 akan datang juga
macam datangnya kematian dan datangnya hari kiamat yang pasti, tetapi
tak diketahui. DS Najib RM al Haj bubar atau terus bertekateki. Walau
apa-apa pun pasti tempoh parlimen akan luput dan terbubar
tersendirinya. Tak perlu lagi bantuan fensui sokongan pawang menilik
tarikh sesuai sepadan, samada tuah serasi ataupun tulah bubar parlimen
yang mengundang dengan kecundang umNO(Baru)bN bersekali berkubang DS
Najib di Pekan sebaik ditekan rakyat pengundi.
Kerana usia parlimen kini berdepan dengan luput tersendirinya tempoh
6 bulan kebih kurang. Macam luputnya jawatan menteri wanita seiring
luputnya tempoh senator Nek Jat. Malang kepada badi dan kejinya lembu
kondo, mengakibat Najib RM tidak cadang lantik kali kedua Net Jat
menjadi menteri. Maka Najib RM dengan pelehap memegang jawatan Menteri
Watina jantan pertama negara, tu dia punya dok ada jadi tiga suku.
Sinisnya Najib RM sengaja kencing berak cirit, memalu dan menghina AP
Wanita dari Wanita umNO(Baru), memperlekeh dan menafikan hak AP wanita
bN jadi peganti menteri wanita. Setidak-tidak lantik RM pun tak apa
jadi senator-menteri Wanita dari gulungan F. Kini pelek-pelek dalam
kabinet DS Najib RM berlaku.
Sifir dan tindakkan politik Najib RM mengendlikan kerajaan
umNO(Baru)bN kini serta dalam mengendali RM bininya yang rambut
gerbang itu cukup bercelaru dan harubiru dibuatnya. Kita takut emosi
dan fizikal Najib kot-kot terganggu dengan belenggu masalah
kementerian Watina. Yakni ganguan emosinya menjadi DS Najibah pula,
susah negara dibuatnya nanti. Alasan apa diberikan Najib RM, wanita
umNO(Baru) wanita bN dan wanita negara tolak diatas keputusan melantik
dirinya yang jantan menjadi menteri wanita.
Tak taulah kalau-kalau ada hasrat telan hormon dan buat pembedahan
jantina diBangkok, dunia lanie tak serupa dulu. Yang pelek-pelek
menjadi kenyataan. Kini Najib berdepan dengan implikasi besar dari
puak hawa ini dalam mendapat kerjasama dan bantuan kudrat
terpentingnya undi dari mereka wanita 1Malaysia. Parah umNO(Baru)bN
diatas tindakkan Najib kali ni.
Walau tidak 100% mendapat penentangan dalam senyap dan protes, tetapi
tahap 20%-28% tidak boleh dinafi dipandang sepi, kebenarannya terdapat
disitu. Kalau Najib salah merawatan dan silap memberi penawar, PRU13
umNO(Baru)bN berdepan dengan kesukaran yang amat sangat dan mampun
umNO(Baru)bN menjunam dalam parit longkang yang digali. Jadinya
dikalangan dalam umNO(Baru)bN dan diluarnya, rakyat melihat DS Najib
RM kini sedang berperang saudara dalam senyap dengan sayap senior
umNO(Baru) iaitu Wanita umNO(Baru).
Zaman nenek dulu-dulu dikenali dengan nama Kaum Ibu UMNO. Saya
teringat kepada nama-nama besar seperti Ibu Zain, Fatimah Hashim,
Aishah Ghani, Zaleha Ismail dan Rapidah Aziz dan yang lainnya. Saya
rasa sejak zaman Fatimah Hashim sampai kepada zaman Rapidah Aziz, kes
begini tak jadi selalunya dilantik SENATOR kali kedua. Tetapi ramai
luar dari ahli umNO(Baru) dilantik kali kedua dikalangan menteri dan
timbalan menteri luar dari komponan bN dari parti lain, tetapi tidak
untuk umNO(Baru), inilah reformasi politik dalam umNO(Baru) oleh Najib
RM.
Disinilah saya bukan berperanan untuk mengganggu rumah tangga
umNO(Baru), memerah limau nipis diluka yang terperuak. Tetapi disana
saya nampak macam DS Najib telah dan sedang mengali longkang panjang
buat kubang dalaman dipusat dan dibeberapa negeri. DS Najib RM
mencipta mengundang masalah yang berterusan dalaman umNO(Baru)
sendiri, jauh untuk mengubati mencari penawar yang mujarab. Najib
macam mengali lubang untuk menbungkus sisa tsunami ombak PRU13 dari
wanita negara dan jenerasi Y yang memprotes dekat Najib umNO(Baru)bN
menjadi mangsa.
Jelas DS Najib menambahkan masalah dalamannya setelah bermasam muka
bertekak bertegang orat dengan pemuda umNO(Baru) pimpinan peragawan KJ
yang dipilih perwakilan. Tetapi Najib RM mengutama tempat dan habuan
kepada yang kalah dalam pertarongan jawatan.
Kini bertambah melebar, demi menjaga perasaan dan hindar tindakkan.
Takutnya DS Najib RM dekat TDM yang seho, ditakuti juga oleh sekelian
pemimpin umNO(Baru) dan mantan pemimpin dan kroni sampai saat ini.
Luah mati bini tolak ditendang Mahathir, sakit la macam ni. Ketika
mana media pecacai umNO(Baru)bN membesarkan kes Hassan Akikah dan
Nasa, umNO(Baru) menghentak PAS macam-macam, kini giliran saya sekadar
sentak joran bila pancing dimakan ikan temekong, sekadar mengulas dan
pulas untuk Rakyat jelas ikuti malapetaka umNO(Baru) kini agar rakyat
senang membuat keputusan ddi PRU13 membuat pilihan PR dengan madu
ditangan kanan, manakala bN beracun ditangan kiri.
Dalam menempuh dan meniti pengisian enam bulan terakhir, banyak
cabaran yang menghalang DS Najib RM dengan berdepan macam-macam
halangan dan pancaroba. Ianya berkait rapat dengan pemimpin kerajaan
negeri dari bN apalagi KM Sarawak bukan dibawah telunjuk Presiden
umNO(Baru). Sedangkan beliau sendiri TS Tahi Kemud mengetuai partinya
sendiri PBB sebagai Presiden. Sesungguhnya ehsan beliau TS TM bersama
bN, membolehkan Najib RM pijak bumi Kucing Sarawak atas nama Pengerusi
bN dan PM1Malaysia, bukan sebagai Presiden umNO(Baru).
Apapun yang TS Tahi Kemud lakukan apa saja di Sarawak, wajib bagi
Najib RM patuh, akur lindungi melindungi. Kalau tidak, kalau TS TM
jerkah dan bersin kucing hutan, acah PBB nak keluar dari bN, pasti
kerajaan umNO(Baru)bN menjadi aruah di Parlimen, gemulah di Putrajaya.
Inilah delima Najib yang besar dihadapi dilalui sekarang.
Dapat saya katakan disini kalau Najib nak buang najis, makanya TS TM
menjadi jamban tahinya. Ertinya saling tulong membantu untuk
menyelamatkan diantara kedua belah pihak melansaikan hajat yang
keparat. Tetapi disini apa yang saya nampak, spesis yang menjadi
pengemis politik, jalang politik yang memohon ehsan politik siang dan
malam merayu dan menyembah adalah DS Najib RM kepada Presiden PBB,
Ketua Menteri Sarawak TS Tahi Kemud.
Kini dalam masa-masa tambahan dan disaat akhir pula cukup kritikal
Najib RM tidak boleh bekasar, jangan bagi Tahi Kemud geligeleman,
marah hati dan sebagainya. Lingkup kerajan 1Malaysia Najib menyembah
bumi. Jadi jahat macammana sekali pun TS Tahi Kemud lakukan, Najiblah
menjadi pengalang ganti menafikan, dan jangan sapa-sapa berani menuduh
dan menghampiri TS Tahi Kemud kerana beliau orang suci bersih dah
disamak bilas sekali dengan air tanah bukan basoh dengan air dan taik
kucing. Jadi, semua kena paham, jangan tak paham kena paham.
Sejak akhir-akhir kini, DS Najib RM terpaksa saban minggu berulang
alik KL to Kucing. Kucing to Kota Kinabalu dan kembali ke Kucing.
Seolah-olah dalam kepala Najib sekarang, Sabah dan Sarawak sahaja
negeri utama dan special dimata Najib RM. Negeri yang penting dan
mendapat perhatian terbesar dan utama. Sebab itulah kerapkali benar
Najib dan RM turun naik ke Sabah dan Sarawak. Apakah Sabah dan Sarawak
sahaja yang menjadi negeri gabungan dalam Malaysia? Kenapa abaikan
Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Kedah mungkinkah negeri-negeri ini
tidak berada dan bergabung dalam Malaysia? Najib RM kena jawab dengan
berhemah secara jujur dan iklas. Jangan sekali-kali jawap politik
kerana rakyat bertambah dan ganda muak dan benci dekat Najib RM
bersekalilah dengan umNO(Baru)bN.
Rakyat dah cerdik Najib. Ingat sikit dan ambil perhatian dan
peringatan. umNO(Baru) tak ada di Sarawak. Rakyat Sarawak dan TS Tahi
Kemud tolak dan haramkan umNO(Baru) masok bertelor, menetas atau
beranak untuk bertapak di Sarawak. Najib RM dan umNO(Baru) kena ingat
itu. Sedangkan DAP, PAS dan PKR ada di Sabah dan di Sarawak hatta ada
kerusi Dun dan kerusi Kapar. Jangan hina dan perkecilkan PAS, DAP dan
PKR dimata dan dihati rakyat pengundi di Sarawak dan di Sabah. Najib
RM jangan silap tibai dan sakai PR di mata rakyat Sabah dan rakyat
Sarawak.
Zaman umNO(Baru) pemain rakyat Sabah dan Sarawak dah berakhir. Zaman
umNO(Baru) tabor propoganga dan tiupkan fitnah dalam RTM dan
MediaPrima dah berakhir. Rakyat dah mendapat imformasi benar dari
medium baru serba pantas memintas propo fitnah umNO(Baru)bN melalui
internet dan sebagainya. Padan muka umNO(Baru)bN. Tk TDM keranamu
laksana iT, iCT jalor lebar dan sebagainya.
Kini ramai pemimpin-pemimpinya telah sedar, selama dan semasa mereka
berada dalam bN ditarik tali hidung dari Putraja macam menjadi
penjajah baru Sabah dan Sarawak setelah bergabong dalam Malaysia.
Kekeciwaan dan ketidak kepercayaan kepada umNO(Baru)bN di PWTC dan di
Putrajaya menyeluroh dari rakyat dan sebilangan besar pemimpin.
Menyaksikan pemimpin dan tokoh pemimpin negeri berkenaan keluar dari
bN dan menganggotai PR dalam PKR, DAP dan PAS. Ini benar-benar
berlaku, bukan cobaan. Fenomina ini menambahkan lambat dan
membenggongkan Najib RM berkira-kira untuk bubarkan parlimen agar
PRU13 dapat diadakan. Najib takut!! Najib terkedu!!! Kini.
Inilah menjadi faktor utama menyulitkan sekarang untuk DS Najib RM
PM1Malaysia, nak mengadap Agong supaya Parlimen dibubarkan.
Membolehkan SPR mengadakan pilihanraya yang baruiaitu PRU13. Apa
khabar NajibRM? Apa khabar umNO(Baru) di PWTC dan apa khabar bN di
Putrajaya? Yakinkah anda mendapat mandat persekutuan selepas PRU13
nanti? Wahai DS Najib RM, wahai umNO(Baru)bN jawablah anda dengan
yakin sekarang, kerana kalau anda tidak yakin macamana ahli dan rakyat
yakin umNO(Baru)bN dapat tubuh kerajaan. Sedangkan sekarang
dimana-mana rakyat bualkan tentang kerajaan menanti, kerajaan
menunggu, PM menanti, Pm menunggu dari PR. Rakyat nakkan PR diberi
mandat tubuh kerajaan PR. Menguasai Parlimen Malaysia dengan 111 AP
dan lebih dari itu majoriti rakyat nak bagi.
Badi mengelilingi DS Najib RM, memikirkan apakah Kelantan, Kedah,
Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan dapat ditawan?
Bagaimana pula kalau Perak, Terengganu, Negeri Sembilang dapat
dipertahankan? Bagaimana pula keadaan di Sarawak yang terperuak dengan
kes RM40,000,000.00 rakyat tak percaya kenyataan DS Najib macam
mengajar orang buta dimalam gelap.
Manakala di Sabah yang bergelora menunggu rebah, berombak dan beralun.
Persoalannya dikepala DS Najib RM, dapatkah membantu dan menampung
kekalahan Kapar di Semenanjung untuk tubuh kerajaan umNO(Baru)bN
semula? Dapatkah Sabah dan Sarawak sekali ini menjadi penyambung nyawa
nadi dan hayat umNO(Baru)bN khususnya Najib RM sendiri.
DS Najib RM tidak terus dapat bersembunyi dan melindungi dirinya
dibelakang bini rambut kembang itu. Kerana takut tak ketahuan sahut
menyambut debat dah banyak kali dari Ketua Pembangkang Parlimen
Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim. Agar dalam perdebatan Anwar yang
mewakili PR dan Najib mewakili umNO(Baru) untuk berdebat dalam bidang
utama dihadapi negara agar rakyat membuat penilaian dan keputusan
hasil perdebatan mereka.
Kalaulah Najib berasa solo tak makan cekak lebarkan ajak Presiden MCA
dan Presiden MIC menjadi rakan debatnya untuk bN. Manakala dipehak DS
anwar Ibrahim ajak Presiden PAS dan SUA DAP menjadi teman. Jadinya
rakyat menunggu debat tersebut. Najib keluarlah dari kepompong bacul,
bapok, pondak, pengecut dan penakut untuk berdebat. Kata kita orang
hebat? Hebat tahi kucing kalau penakut.
Rakyat melihat sekarang parti politik negara berada dalam giar paling
besar. Sedangkan giar tersebut hampir rosak dan tidak berfungsi. Baik
PR maupun bN, khususnya DS Najib RM dipusingan akhir 4X1000m sebagai
pelari akhir masa digunakan melebihi rekod lama umNO(Baru)bN. DS Najib
RM sudah tidak mampu dan terdaya pegang kuat dan kemas baten ditangan.
Gengemannya merasa kebas, rimas macam nak terlepas jatuh macam
digengaman ada pelicir gris dan seekor scorpion mengigit dan tak mampu
sampai kegaris penamat dari Pengerusi atau SU SPR sebaik lepas
keputusan muktamat membilang undi DUN mendapat Adun dan Dewan Rakyat
mendapat AP baru dan mandat baru.
Samada Parlimen dibubar penghujung November ini atau terbubar dengan
sendiri, kini Najib RM Al Haj itu sendiri tidor tak lena. Kerana
berdepan dengan acah-acah ancaman dari mantan IG KPN TS Musa Hassan.
Yang mana sejak 2 bulan kebelakang ini, khususnya minggu ini dah
berpolitik. Berkaitan dengan bakal pendedahan kes pembunuhan gadis
Monggolia dahulu. Khabarnya Musa Hassan sebagai bekas ketua polis
negara sendiri pun takut untuk membuat sidang akhbar dalam negara.
Takut keselamatannya terancam. Macamana kata negara kita aman? Kalau
mantan KPN pun tak percaya dengan jabatan diketuainya dahulu, apa lagi
orang lain macam aku.
Berita tersibar meluas nun meledak di Thailand Bangkok Hassan Musa nak
buat sidang akhbar. Hassan Musa bukan orang berani, pasti tindakkan
cadangan Musa tersebut, dibelakangnya berdiri sesaorang. Sapa dia?
Jadi atau tak jadi sidang akhbar TS Musa Hasan bekas IG KPN itu,
beritanya telah gah diperkatakan di Bangkok Najib RM kini dikepong
kegelisahan. Tekanan dari dalam pertembongan hebat berterusan dari PR
yang menjadikan Najib RM lemah dan lemas untuk bertindak mengator
langkah lawan dalam menghadapi semua serangan.
Walau di Bangkok melaporkan pehak penganjor membatalkan niat hasrat
Musa Hasan nak buat sidang media di Thailand berkenaan kes pembunuhan
model yang dikaitkan dengan Razak Baginda dan bossnya Menteri
Pertahanan ketika itu, iaitu mati berkecai gadis Monggolia, Altantuya
Sharibuu. Sekalipun Musa Hassan menafi, tetapi ia sudah mengundang
pertanyaan besar kenapa Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT)
sendiri memuat naik ke laman mereka mengakui bahawa Musa Hasan mahu
mengadakan sidang media berkenaan kes pembunuhan Altantuya Sharibuu di
kelab tersebut.
Bagaimana kes-kes sebegini dibicarakan meluas diluar negara, sedangkan
dalam negara tak nak dapatkan penyelesaian kesudahan tuntas yang
saksama. Benarlah hujah alam yang diguna pakai selama ini.
Persoalannya masakan pokok tumbang kalau tidak grader tolak? Musa
Hassan sekarang sedang bermain caka tali rafia. Kes-kes besar ini,
sekiranya selepas PRU13 dengan kerajaan baru dari PR. PAStilah kes ini
dan kes-kes yang berangkai dengannya akan dibuka semula. Saya yakin
ramai akan menjadi saksi dengan boktinya sekali membanjiri kaki
mahkamah. Ini pun delima Najib, TS MY, TDM, Pak Lah dan kroni-kroni
mereka sekelian dalam bN.
LKAN umNO(Baru)bN lewat dua minggu yang dikemukakan pada 15 Oktober
2012 yang lalu, kelewatan untuk memadam sesetengah sentohan Ketua
Audit Negara yang mampu menjahanamkan umNO(Baru)bN. Rakyat negara dan
generasi Y dapat saksikan Audit Negara melaporkan 4 negeri yang
diperentah kerajaan PR di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah
dari segi perolehan pendapatan menjadi terbaik dibandingkan negeri
dikuasai umNO(Baru)bN dan PBBbN di Sarawak.
Negeri-negeri seperti Kelantan, Selangor, Pulau Pinang Kedah yang
dikuasai oleh PR - PAS, DAP dan PKR terus mendapat pujian dan
penghargaan dari Ketua Akaun Negara Tan Sri Ambrin Buang, Ianya
berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di
samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing
dengan berhemah dan berimbang. Semua-semua ini kerana kerajaan negeri
PR bebas dari membela kroni macam bela lembu kondo yang menjadi
keutamaan. Jauh dari rasuah yang membelenggu, telus dan terus pada
sasaran.
Saya petik sepenuhnya sebahagian ucapan perbahasan Ketua Pembangkang
Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika DS Anwar berbahas
dalam Parlimen, bila PM1Malaysia DS Najib RM takut dan bacul untuk
mendengar perbahasan dari KP dan Menteri Kewangan tampil membela dan
mempertahankan Bujet 2013 yang dibentangnya. Nyatalah DS Najib
pengecut dan bacul. Keadaan itu turut berjangkin kepada sebilangna
menteri kabinetnya dan AP umNO(Baru)bN turut menjadi bapok.
KUALA LUMPUR 22 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 langsung tidak
menyentuh mengenai aliran wang haram berjumlah USD338 juta (RM1.03
bilion) yang keluar dari negara ini. Katanya, penyembunyian ini
menunjukkan kerajaan seolah-olah cuba melindungi perompak wang negara.
“Menurut Global Financial Indeks (GFI), ‘illicit financial’ (aliran
wang haram keluar) berjumlah USD338 juta. Ini masalah besar. Belum
dijawab oleh kerajaan. “(Seperti) ada muslihat untuk melindungi
penjenayah yang merompak wang negara. Kita diberikan senarai oleh
LKAN, hasil belanja, defisit dan akaun wang disatukan, (aliran wang
keluar) tak disentuh langsung,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, teguran Ketua Audit Negara
tidak diambil berat, meskipun terdapat jawatankuasa yang memantau
prestasi ekonomi negara. “Dalam masa sama defisit membengkak. Keadaan
semakin parah dari tahun ke tahun. Tapi, yang hanya disebut (Menteri
Kewangan ialah serangan kepada Pakatan Rakyat),” tegasnya. Beliau
turut menyentuh kadar hutang isi rumah rakyat Malaysia berjumlah RM571
juta, iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara. “Ini kadar paling
tinggi sewaktu (Ahli Parlimen) Pekan (Datuk Seri Najib Razak) sebagai
Menteri Kewangan. Untuk diketepikan (fakta laporan) adalah tidak
munasabah. Ini ada kaitan dengan beban rakyat.
“Di bawah Menteri Kewangan rujuk kepada prestasi, tetapi dalam masa
sama (Najib) sebagai orang yang tak mampu urus ekonomi dengan baik,”
tempelak Anwar. Bercakap dalam sidang medianya sebelum ini, Ketua Umum
KEADILAN itu berkata, ceramah Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu
kerugian ‘berbilion ringgit’ yang didakwa ‘hilang atau dipadamkan
begitu sahaja’ daripada LKAN 2011.
Laporan Audit berkenaan dibentangkan di Parlimen 15 Oktober lalu
selepas lebih dua minggu pembentangan Bajet 2013 BN
Rakyat sedang memerhati dan membuat penilaian sepenuhnya membuat
perbandingan Bajet 2013 PR dan polisi keramat BUKU Jingga dengan Bajet
2013 umNO(Baru)bN yang dibentangkan Najib RM pada 28 hb September
2012, Jumaat.
Selepas Najib RM umNO(Baru)bN pulas pusing, kelabu asapkan selepas dua
minggu baru dikeluarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011. Disinilah
titik sempadan rakyat jelata yang sudah sedar penipuan umNO(Baru)bN
selama ini tutoh duit rakyat negara, rasuah dan penyelewengan yang
menjadi darah daging setiap LKAN dikeluarkan. Jelas Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri dikuasai umNO(Baru)bN, PBBbN penuh dengan korap, lanun
dan penyamun.
Gulungan pengundi generasi Y sebaik membuat perbandingan negeri
perentahan PR dengan negeri perentahan umNO(Baru)bN dan PBBbN, mereka
telah membuat keputusan, PRU13 mereka akan benamkan umNO(Baru)bN dan
PBBbN menjadi pembangkang di Parlimen dan pembangkang dibeberapa
negeri, tinggalkan 4 negeri umNO(Baru)bN menjadi kerajaan dengan
majoriti mudah.
Masanya dah tak lama lagi.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
RABU: 8 HB ZULHIJJAH, 1433 /24 OKTOBER, 2012
No comments:
Post a Comment