"Salam semua... Pak Long harap sangat, Najib janganlah lemah semangat. Buat malu kat Mak Long hang ja... Hang tu pemimpin besaq dah la ni Najib ooii... semangat pun kena besaq. Tak ka pelik Piem takut nak masuk parlimen?
Hang bukan lebel JKK kampung yang boleh dok bagi alasan lembu terlepaih atau kalut jaga ayam itik. Hang tu Piem Malaysia... Kena kuat, baru negara dapat berkat, parti tambah semangat, rambut bini tambah lebat... hihi...
Hang bukan lebel JKK kampung yang boleh dok bagi alasan lembu terlepaih atau kalut jaga ayam itik. Hang tu Piem Malaysia... Kena kuat, baru negara dapat berkat, parti tambah semangat, rambut bini tambah lebat... hihi...
Tok sah dok peduli la kat Anwar yang suka sengeh tuh... TERJAH ja... Dia bukan la besaq sangat. Pak Long dah baca dah cara Anwar gempaq hang tuh... Hang mesti tak heran sangat, kalau betoi semangat hang hebat...
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim 'menjemput' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk hadir di Parlimen pada Isnin depan bagi mendengar ucapan awal darinya berhubung ulasan belanjawan.
"Saya telah menjemput Najib. Kalau tak nak debat pun tak apa. Kerana saya dengar ucapan (bajet 2013) Najib, jadi saya minta dia datang dengar ucapan ulasan belanjawan saya pada hari Isnin, jam 11.30 pagi. Selaku menteri kewangan, saya harap dia terima pelawaan saya.
"Kita tunggu sama ada dia berani datang atau tidak," kata Anwar dalam ucapan penutup pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi.
"Semasa saya jadi menteri kewangan, saya tak pernah tak hadir ulasan awal ketua pembangkang. Saya fikir oleh kerana ucapan dia kita dengar, maka wajar hormati sistem demokrasi.
"Saya nak nasihat Najib untuk hadir dan saya akan bagi ruang untuk dia ulas dan sanggah sepenuhnya pada masa itu," kata Anwar lagi.- MalaysiakiniNi ha, Mak Long bagi doa kat hang suruh hang amai hari-hari. Afdhalnya Najib oii, lepaih solat Subuh ngan lepaih Isyak sebelum nak tidoq...
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”Doa ni doa penguat semangat dan mintak Allah Taala jauhkan kita dari sifat pemalaih. Baguih tuk hang amaikan. Lagi satu, tidoq jangan lupa basuh kaki plak, takut berjalan dalam tidoq... hehe...
Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment