Wednesday, January 2, 2013
Kerjasama GLC dengan persatuan sekolah-sekolah agama, Cina dan India.
Friday, November 9, 2012
'Sumbangan' untuk CEO sendiri? baguih sungguh BN jaga GLC Kedah..!!!
Rekod menunjukkan Seri Temin beri sumbangan untuk CEO sendiri
Dato’ Syed Sobri Syed Hashim ADUN BN Kuala Nerang adalah bekas CEO Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC). Sebagai CEO dia sudah menerima gaji dan elaun berdasarkan kedudukannya.Tetapi dalam rekod catatan akaun dan baucer STDC menunjukkan STDC telah memberi sumbangan kepada Syed Sobri (selain dari gaji dan elaun yang diterimanya).
1) Tarikh 07.05.2003, (No. cek) 985494 - RM 300.00
2) 12.06.2003, (985515) - RM 84,000.00
3) 29.08.2003, (37725) - RM 5,000.00
4) 08.07.2003, (28915) - RM 2,249.00
5) 23.06.2004, (133223) - RM 5,720.006) 27.04.2005, (269735) - RM 6,900.00
7) 02.05.2005, (269748) - RM 2,350.00
8) 13.07.2005, (310274) - RM 1,211.90
Persoalannya, mengapa CEO STDC luluskan sumbangan untuk dirinya sendiri? Syed Sobri dan BN Kedah kena jawab. Pendedahan dan pendedahan yang dibuat satu pun tidak pernah dijawab. Berdasarkan pengalaman BN, mereka cukup pantas beri penjelasan dalam apa-apa isu kontroversi… siap dengan sumpah laknat dalam masjid, tapi mengapa dalam isu Skandal RM7.5 juta STDC BN Kedah hanya menyepi?
JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN
Wednesday, November 7, 2012
Kes Udang Kerpan tak siasat lagi depa tembak Kes GLC Sri Temin pulak....
Mari kita fahami isu penyelewengan Seri Temin sebelum buat report SPRM & polis
Oleh:- Ibnu Bakrin
Menurut cabutan minit mesyuarat pengurusan Seri Temin Corporation Development (STDC) ke-2/2008 yang diadakan pada hari Ahad, 10hb Februari 2008 jam 10:20 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat STDC, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM1.7 juta bagi tujuan program “Pemimpin Bersama Rakyat”. Menurut cabutan minit tersebut, wang itu akan digunakan bagi disumbangkan kepada setiap kawasan Parlimen di negeri Kedah Darul Aman. Cabutan minit ini telah ditandatangani oleh YB Dato’ Arifin Man (bekas ADUN- Bukit Lada) sebagai Timbalan Pengerusi STDC dan Datuk Syed Sobri Syed Hashim (belum YB lagi ketika itu) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif STDC. Berikut adalah agihan wang yang telah dipersetujui:
Kawasan Parlimen Jumlah (RM):
1 Padang Terap 130,000.00
2 Kulim/Bandar Baharu 120,000.00
3 Pokok Sena 110,000.00
4 Jerlun 110,000.00
5 Baling 110,000.00
6 Alor Setar 110,000.00
7 Kuala Kedah 110,000.00
8 Sik 110,000.00
9 Jerai 110,000.00
10 Sungai Petani 120,000.00
11 Merbok 110,000.00
12 Padang Serai 110,000.00
13 Langkawi 120,000.00
14 Kubang Pasu 110,000.00
15 Pendang 110,000.00
JUMLAH 1,700,000.00
Sumbangan ini diluluskan di dalam mesyuarat pengurusan STDC dan kemudiannya dipanjangkan kepada Lembaga Pengarah STDC untuk diluluskan. Perkara ini telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah STDC melalui resolusi beredar (“circular resolution”). Resolusi beredar ini bertajuk “Resolusi Lembaga Pengarah Beredar Yang Dibuat Menurut Artikel No. 91 Tataurusan Syarikat”. Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah STDC yang menandatangani resolusi tersebut:
1 Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
2 Dato' Ariffin Man
3 Datuk Syed Sobri Syed Hashim
4 Encik Zubir Zabidi
5 Encik Mohamad Radzi Ayob
6 Encik Mustafar Ahmad
7 Puan Marlia Abd. Latiff
8 Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail
Persoalannya samada pihak pengurusan STDC mahupun Lembaga Pengarah STDC mempunyai kuasa untuk meluluskan sumbangan yang sebanyak ini. Ini adalah kerana menurut akaun pengurusan STDC, pendapatan syarikat bagi tempoh Januari hingga Mac 2009 adalah RM1,415,888.77 (“actual recorded figures taken from STDC’s Management Account from January 2009-March 2009”). Oleh itu, dari segi logiknya sumbangan yang jumlahnya melebihi pendapatan dalam tempoh yang sama bolehlah dianggap penting atau “significant” yang mungkin memerlukan kelulusan lebih dari Lembaga Pengarah. Adakah perkara seumpama ini memerlukan kelulusan pemegang saham (iaitu PKNK) melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (“Extraordinary General Meeting”) atau Mesyuarat Agung Tahunan (“Annual General Meeting”)?
Mari kita menganalisa Akta Syarikat, 1965 (“Companies Act, 1965”). Menurut Bahagian 5(2) (Pengarah & Pegawai Syarikat) Seksyen 132 (Tugas dan Tanggungan Pengarah & Pegawai) Peruntukan 1E (Tanggungjawab Pengarah Lantikan):
“Seseorang pengarah, yang dilantik melalui kedudukannya sebagai seorang pekerja atau; dilantik mewakili pemegang saham, majikan atau pemegang debentur; hendaklah sentiasa bertindak atas kepentingan syarikat tersebut; dan sekiranya wujud percanggahan antara tanggungjawabnya atas kepentingan syarikat dengan tanggungjawabnya atas kepentingan pihak yang melantiknya, maka beliau tidak boleh mendahulukan tanggunjawabnya pihak yang melantiknya dengan tanggungjawabnya terhadap kepentingan syarikat.”
Companies Act, 1965: Part V, Division 2 (Directors & Officers) Section 132 (As to the Duty and Liability of Officers) Clause 1E (Responsibility of a Nominee Director):
“A director, who was appointed by virtue of his position as an employee of a company, or who was appointed by or as a representative of a shareholder, employer or debenture holder, shall act in the best interest of the company and in the event of any conflict between his duty to act in the best interest of the company and his duty to his nominator, he shall not subordinate his duty to act in the best interest of the company to his duty to his nominator.”
Peraturan ini jelas menyatakan seseorang pengarah yang dilantik hendaklah menjaga kepentingan syarikat pada setiap masa. Oleh kerana Syed Sobri dan pengarah-pengarah lain tidak memegang saham secara langsung dalam syarikat STDC, maka mereka adalah pengarah yang dilantik mewakili pemegang saham (“nominee directors”). Justeru itu, mereka tanggungjawab mereka termaktub di bawah peruntukan yang disebut di atas. Di dalam peraturan ini juga disebut bahawa tanggungjawab pengarah menjaga kepentingan syarikat mendahului tanggungjawab pengarah itu terhadap pihak yang melantiknya samada pihak itu pemegang saham (dalam kes ini PKNK) atau pihak yang lebih tinggi (dalam kes ini YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato’ Seri Mahdzir Khalid).
Persoalan yang timbul adalah:
• Adakah menyumbang sebanyak RM1.7 juta di ketika pendapatan syarikat semasa hanya RM1.4 juta merupakan satu tindakan yang dianggap menjaga kepentingan syarikat? Is this action considered by the directors as acting in the best interest of the company as stipulated in the article above?
• Sama-samalah kita membuat penilaian dan yang lebih penting lagi kita akan biarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) membuat penilaian apabila perkara ini dilaporkan kepada SSM secara rasminya tidak lama lagi. Harap-harap Syed Sobri dan ahli-ahli lembaga pengarah STDC yang lepas bersedia menghadapi sesi soal-siasat SSM yang mempunyai kuasa mendakwa tersendiri sebagaimana diperuntukan kepadanya di dalam Akta Syarikat, 1965 Bahagian 2, Peruntukan 7-7D.
Dalam pada itu, ahli lembaga pengarah STDC pada ketika itu masih boleh dipanggil oleh PKNK sebagai pemegang saham 100% dalam STDC bagi menerangkan sebab Lembaga Pengarah meluluskan sumbangan RM1.7 juta ini. Kita yakin bahawa PKNK di bawah YAB Datuk Azizan Abdul Razak serta ahli-ahli perbadanan yang lain akan menggunakan kuasa mereka sebagai pemegang saham STDC untuk menyoal ahli-ahli lembaga pengarah STDC yang meluluskan sumbangan ini apabila semua siasatan mengenai perkara ini selesai.
Tuesday, October 30, 2012
Tajul nafi projek 99East di Langkawi punca kerajaan Kedah rugi
Saturday, October 27, 2012
Selongkap lagi FILE KERAJAAN (B) BN KEDAH - Jumpa pulak projek GLC jadi pencacai pihak asing...!!!
Projek 99 East Langkawi... akan ranapkan sama sekali imej BN Kedah yang sedang nazak
Ketua Pegawai Esekutif KCB pada masa itu ialah Datuk Tajul Urus Md Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok. Terma perjanjian berat sebelah, di mana KCB perlu menyediakan tanah seluas 360 ekar di Bukit Malut tetapi hanya mendapat 20 peratus saham, sedangkan Terra Monda yang membiayai projek memegang 80 peratus saham. Nisbah keuntungan sangat tidak seimbang, terang-terang KCB jadi pecacai pihak asing. Masalahnya tanah yang dijanjikan KCB itu bukan miliknya. Yang menanggung beban itu tentulah kerajaan negeri. Maklumat awal, premium tanah sahaja yang terpaksa ditanggung (kerugian?) oleh kerajaan negeri ialah RM36 juta.
KCB juga dikatakan akan membina 'mahligai' bernilai RM7 juta untuk pihak tertentu (terdapat dalam terma perjanjian). Sekarang kerajaan negeri sedang berunding dengan Terra Monda untuk membatalkan perjanjian tersebut kerana pengurusan Perbadanan Menteri Besar (PMBKed) yang menaungi KCB tidak mahu memberi Power of Attorney kepada 990East Langkawi. Namun penamatan perjanjian juga mempunyai kos yang besar kerana nilai projek sahaja sudah mencecah RM1.9 billion dan sebahagian projek sudah bermula.
Hari ini pihak pembangkang (BN Kedah) sedap mulut menghentam pihak kerajaan negeri kononnya tidak buat kajian mendalam sebelum melabur di Papua (merujuk kepada kegagalan KCB di zaman Pakatan) soalnya dalam isu 990East ni BN buat kajian sampai takat mana? Dengan modal berbayar cuma RM50 ribu, sanggup melangkah kaki dalam projek RM1.9 billion.
Banyak lagi maklumat mengejutkan yang akan didedah di sebalik projek 990East ini. Kita cerita sikit-sikitlaa nuu, bagi rakyat mudah faham. Kalau serang sekaligus jawabnya rebah tegulin Najib, penin dengan perangai BN Kedah dulu yang catatan penyelewengan dan kegagalan mereka tak habis-habis. Satu demi satu terbongkar kini.
Wednesday, February 15, 2012
Permodalan Kedah Berhad kini kembali pulih
LANGKAWI – Anak syarikat kerajaan negeri Kedah (GLC), Permodalan Kedah Berhad (PKB) yang dulunya (di zaman kerajaan lalu) berada dalam keadaan tenat, kini kembali pulih sehingga berjaya memberi sumbangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM10 juta setahun.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, adalah menjadi kebanggaan kerajaan negeri apabila PKB telah buktikan dalam masa empat tahun telah bangun begitu cergas dan aktif.
PKB juga berjaya melunaskan hutang-hutang mereka dahulu.
“Semasa saya ambil alih PKB, saya tak malu katakan bahawa PKB berada dalam keadaan tenat, hutangnya puluhan juta, Alhamdulillah hari ini hutang telah dapat dibayar dan kita juga hari ini terpaksa menyelesaikan beberapa perkara yang tak diselesaikan dari segi undang-undang oleh pengurusan dulu.
“Pada peringkat awal, adalah sukar kepada Pengarah Urusan untuk bergerak kerana kekangan kewangan, maka untuk pengurusan, Perbadanan Menteri Besar Kedah terpaksa bagi suntikan.
“Alhamdulillah, hari ini PKB adalah antara GLC Kedah yang berjaya memberi sumbangan kepada kerajaan negeri setahun sebanyak RM10 juta,” jelas beliau pada majlis pecah tanah hotel 14 tingkat, di sini.
Menyentuh mengenai hotel 14 tingkat ini, beliau berharap projek ini berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan ataupun mendahului jadual.
Ini kerana, jika berlakunya tempoh lanjutan projek, kerajaan negeri perlu memberi tambahan modal.
“Hotel ini akan siap dalam masa 18 bulan, jadi saya berharap ia akan siap mengikut jadual atau mendahului kerana kita tak mahu lagi program-program yang terbengkalai bertahun-tahun, dan kita juga perlu tambah modal jika terbengkalai,” ujar beliau.
Thursday, May 5, 2011
Pemuda PR takmau pie report kat SPRM ka POLIS ka pasai penyamun duit STDC nie..??
Kali ni kita tengok duit STDC yang UMNO Bahagian Padang Terap ghebiah pulak. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang dighebiah pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:
1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00. (Tarikh pembayaran: 29.05.07, no cek: 2243).
2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00. (30.05.07, no cek: 541757).
3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00. (01.01.08, no cek: 631831).
4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00. (01.01.08, no cek: 631851)
5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00. (23.01.07, no cek 502564)
6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00 (16.01.08, no cek 631876)
7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00 (15.02.08, no cek 631876)
Berapa jumlah semua? Ambik calculator kira sendirilah..
JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN
Wednesday, April 27, 2011
Tu Diaa..Duit GLC @ duit kerajaan @ duit rakyat BN/UMNO bedak sama-sama depa untuk pi bersukaria
Ni cerita BN seleweng duit Yiked Kuari pulak...
Terdapat 29 buah anak syarikat diwujudkan di zaman BN di bawah Yiked Holdings walhal tidak berfungsi apa-apa pun. Mungkin tujuannya nak bagi elaun dekat para pemimpin UMNO. Bila PAS ambil alih, kini sebahagian besarnya ditutup, cuma tinggal lima.

Yiked Kuari Sdn Bhd (YKSB) adalah syarikat utama di bawah Yiked Holdings. Semakan oleh sebuah badan Audit mendapati pada tahun 2007 dan 2008 mereka telah membelanjakan sejumlah RM85,375 untuk membiayai kos hari keluarga yang diadakan di Hong Kong dan New Zealand.
Isunya ialah keputusan pi makan angin dengan perbelanjaan besar tu dibuat oleh Lembaga Pengarah tanpa mendapat kebenaran atau pengesahan dalam mesyuarat agung.
Menurut Seksyen 132(2) Akta Syarikat 1965, pengarah syarikat tidak boleh menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapat manfaat bagi dirinya tanpa kebenaran atau pengesahan mesyuarat agung.
Siapa ahli lembaga pengarahnya? Di antara ahli lembaga pengarah YKSB ialah Dato’ Haji Arzmi Hamid (bekas ADUN BN Tanjung Dawai) dan Dato’ Haji Mohd Hadzir Ismail (bekas ADUN BN Kuala Ketil).
Duit GLC @ duit kerajaan @ duit rakyat depa bedak sama-sama depa untuk pi bersukaria. Depa pi makan angin, rakyat masuk angin keluaq asap.
JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN
Tuesday, April 26, 2011
STDC: MB sedia dedah nama
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia mendedahkan senarai penerima dalam kalangan pemimpin UMNO berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan perbelanjaan Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC), sekiranya pemimpin UMNO berterusan memburuk-burukkan Kerajaan Negeri.
Katanya, membelanjakan duit dengan tidak mengikut peraturan adalah salah di sisi undang-undang, terutama wang milik rakyat yang digunakan parti tertentu bagi tujuan aktiviti politik.
“Kita bukannya mempersoal sama ada STDC rugi atau untung bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), sebaliknya mempertikai perbelanjaan yang secara terang-terangan digunakan untuk tujuan politik,” katanya.
Azizan berkata, Pemuda Pas pada 14 April lalu telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan berjumlah RM8 juta ekoran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak meluluskan pengecualian cukai korporat terbabit, dan kini pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada badan itu untuk siasatan lanjut.
“Saya akan dedahkan nama-nama pemimpin UMNO terlibat yang menerima peruntukan itu apabila tiba masanya kelak. Saya ada butiran terperinci yang mengesahkan wang disalah guna bagi tujuan mesyuarat UMNO dan sebagainya,” katanya.
Azizan turut menyelar kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang mempertahan tindakan UMNO Kedah yang menggunakan ‘sedikit peruntukan syarikat terbabit’ bagi menampung kehadiran pemimpin Kerajaan Persekutuan.
“Saya minta beliau tafsir sendiri bentuk perbelanjaan itu salah atau tidak, atau tunggu sahaja SPRM buat penilaian. Catatan pada laporan jelas menunjukkan perbelanjaan menjurus pada aktiviti politik, bukannya program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR),” katanya.
Menurutnya, sekiranya peruntukan itu benar-benar disalurkan pada program CSR, ia tidak menjadi kesalahan kerana dibelanjakan untuk masyarakat seperti anak yatim atau sumbangan orang miskin.
“Yang saya sangsi ialah kenapa wang itu dibelanjakan pada parti politik? Saya ingin nasihatkan mereka jangan lagi mahu putar belit fakta.
”Selama ini saya diamkan sahaja sebab tidak mahu dedahkan isu ini, namun jika berterusan pentadbiran saya diganggu, saya akan dedahkan,” katanya.
Isu perbelanjaan STDC mula didedahkan oleh Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah pada Sidang DUN, 4 April lalu, apabila mendakwa pembayaran dan aliran wang keluar STDC sebahagian besar dibuat atas nama politik dan bukannya aktiviti Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan portfolio GLC berkenaan.[Sinar Harian]
Thursday, April 14, 2011
Pemuda PAS lapor SPRM isu penyelewengan STDC
ALOR SETAR, 14 April - Ekoran pendedahan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah berhubung 'perbelanjaan tidak berkepentingan' sebanyak RM7.5 juta Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) yang dilakukan oleh pengurusan yang lalu (di bawah Kerajaan BN), Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar hari ini mengambil tindakan melaporkannya kepada SPRM.Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar yang baru, Encik Mohd Azam Awang bersama beberapa AJK Pemuda yang lain telah menyerahkan bukti-bukti berkaitan berupa dokumen bertulis dan cakera padat kepada SPRM.
"Bahan-bahan asas untuk penyiasatan telah diserahkan kepada SPRM, terserah kepada SPRM untuk menyiasat secara terperinci seterusnya mengambil tindakan terhadap pihak tertentu berdasarkan apa yang telah didedahkan oleh Dato' Amiruddin dalam Sidang DUN baru-baru ini," ujar Mohd Azam ringkas selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai penyiasat SPRM.
Dalam Sidang DUN baru-baru ini, Dato’ Amiruddin Hamzah mendedahkan bagaimana STDC telah membelanjakan RM7.5 juta sebagai sumbangan, walhal ianya tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai.
Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen terlalu banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).
Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).
Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08). Banyak lagi pembayaran yang disifatkan oleh Audit sebagai ‘tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC’.
Wednesday, April 6, 2011
Tidak benar Kedah Corp pinjam duit luar negara
ALOR SETAR – Dakwaan sesetengah pihak mengenai Kedah Corporation Berhad melalui Perbadanan Menteri Besar (MBI) membuat pinjaman luar negara di Labuan bagi projek pembalakan di Papua New Guinea adalah tidak benar.
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah menyangkal dakwaan tersebut.
Namun, terdapat pegawai kerajaan yang mengadakan lawatan ke London bagi berbincang dengan syarikat yang memberi pinjaman luar negara ini, tetapi akhirnya tiada sebarang pinjaman dilakukan setelah perincian terhadap syarat-syaratnya dilakukan.
ADUN Pedu, YB Dato’ Seri Mahawangsa Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid bertanyakan adakah benar Kedah Corporation melalui (MBI) membuat pinjaman luar negara di Labuan bagi tujuan projek pembalakan di Papua New Guinea.
“Perbelanjaan Kedah Corporation untuk menguruskan projek pembalakan di Papua New Guinea adalah melebihi RM2 juta.
“Tidak benar Kedah Corporation buat pinjaman luar negara di Labuan, tetapi benar, diadakan lawatan ke London bagi berbincang dengan syarikat yang menawarkan pinjaman ini, tetapi setelah diteliti syaratnya, tiada pinjaman dilakukan,” ujar beliau pada Sidang Dewan Negeri yang ke 12.
GLC: Dulu rugi, sekarang untung
ALOR SETAR – Di bawah pengurusan baru, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah, beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya memeperbaiki prestasi kewangan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Permodalan Kedah Berhad yang mengalami kerugian RM555 ribu pada tahun 2008 berjaya mencatat keuntungan pada tahun 2009 dan 2010, masing-masing berjumlah RM678,770 dan RM677,650.
Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah pada Sidang Dewan Negeri Yang ke 12, di sini.
Sebuah lagi GLC, YIKED Holdings Sdn Bhd (YHSB) yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kedah juga mencatat keuntungan bagi tahun 2008, 2009 dan 2010.
“Bagi tahun 2005 YIKED Holdings rugi RM283 ribu, 2006 untung RM392 ribu, 2007 rugi RM57 ribu.
“Alhamdulillah 2008 untung RM679 ribu, 2009 untung RM270 ribu dan 2010 untung RM570 ribu,” ujar beliau.
Faktor ini disebabkan beberapa langkah yang diambil oleh pengurusan baru meletakkan dasar kepada GLC supaya menghadkan pemberian sumbangan maksimum kepada RM1,000 sahaja untuk setiap pemohon sumbangan.
Selain itu, tajaan dan sumbangan kepada pihak yang tiada kaitan dengan syarikat juga telah dikurangkan, menyebabkan penurunan kos yang besar dari segi perbelanjaan am dan pentadbiran.
Tuesday, April 5, 2011
Tuesday, March 22, 2011
GLC Negeri ambil alih projek perumahan mampu milik sebab K'jaan Pusat belum bagi peruntukan
GLC ambil alih projek Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, GLC kini diberi tanggungjawab untuk membina rumah terbabit dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dilantik sebagai jawatankuasa penyelaras bagi membolehkan setiap rakyat Kedah mampu memiliki rumah sendiri.
“Kita memohon peruntukan lebih RM300 juta untuk membina 7,000 rumah kos rendah di seluruh negeri. Ia masih dalam pertimbangan dan belum diluluskan Kerajaan Pusat,” katanya selepas meninjau kerja baik pulih rumah yang rosak akibat ribut di Taman Wira Blok B, Mergong semalam.
Hadir sama, Exco yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Angkat Bakar Bata, Dr Ismail Salleh.
Phahrolrazi berkata, pemaju swasta juga diminta memainkan peranan dengan menyediakan rumah kos rendah dalam projek perumahan baru berdasarkan status tanahnya.
“Bagi projek perumahan baru, pemaju disyaratkan membina rumah kos rendah dan jumlahnya meliputi 20 peratus daripada keseluruhan unit” katanya.
Menurutnya, antara projek perumahan awam kos rendah yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-7 hingga ke-8 ialah Taman Kota Nelayan di Kuala Kedah, Taman Seri Gemilang (Mergong), Paya Nahu I dan II (Sungai Petani), Charuk Nau (Baling), Taman Dahlia (Langkawi) dan Perumahan Rakyat Mergong.
“Jumlah keseluruhan mencecah 15,323 unit rumah namun masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan,” katanya.
Mengenai status baik pulih rumah di Taman Wira yang rosak dalam kejadian ribut 13 Mac lalu, Phahrolrazi berkata, Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri sudah melantik kontraktor untuk membaiki 36 rumah termasuk sebuah surau.
“Kesemua rumah masih bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri kerana terikat pada perjanjian sewa beli. Rumah itu belum diserahkan sepenuhnya kepada pemilik kerana pembayaran belum selesai,” katanya.
Menurutnya, mengikut perjanjian sewa beli antara penduduk dengan Kerajaan Negeri, tempoh perjanjian adalah selama 25 tahun dan rumah terbabit akan diserahkan selepas bayaran selesai, namun berlaku tunggakan dalam pembayaran menyebabkan ramai belum mendapat hak milik.
“Perjanjian patut dah tamat tetapi ada tunggakan, tak dapatlah proses tukar hak milik. Jika bayar ikut jadual, kita akan proses segera sebaik pembayaran selesai,” katanya.
Saturday, February 26, 2011
16 pemegang saham terima RM52,139
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Abd Ghani Ahmad berkata, daripada jumlah itu, seramai 10 pemegang saham telah menerima wang berjumlah RM34,161.27.
“Manakala enam lagi daripada mereka masih tidak menerima wang saham yang berjumlah RM17,978 memandangkan mereka dalam urusan penyelesaian harta pusaka dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh Abd Ghani dan hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Agro Holdings, Hassan Salleh.
Abd Ghani berkata, wang itu lama tersimpan kerana ia gagal diserahkan oleh kerajaan terdahulu.
Menurutnya, jika ia gagal diserahkan kepada pemegang saham ini ia secara langsung akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Tak Dituntut dan ia diberi tempoh sehingga 27 Jan lalu.
“Justeru kejayaan Kedah Agro Holdings mengeluarkan wang saham itu adalah usaha yang murni di samping dapat diberikan kepada pemegang saham yang layak menerimanya,” katanya.
Beliau berkata, dengan penyerahan itu wang saham berkenaan berjaya diserahkan kepada orang kampung yang terlibat dalam projek ternakan udang di Kerpan yang dilaksanakan pada 1993.
“Saya berharap melalui penyerahan ini ia akan memberi semangat kepada pemegang saham berkenaan dan diharapkan wang saham berkenaan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya.
Tuesday, February 8, 2011
Sunday, February 6, 2011
Benarkah Angin dari Papua New Guinea membawa terbang RM7 juta duit Kerajaan Negeri??
Ku sangkakan hujan hingga ke petang rupanya panas ditengah hari

Berjumpa lagi di alam siber dimana saya sekarang berada di Port Moresby, PNG. Pagi ini diberitakan sekumpulan pelabur dari Kedah telah mendarat di kota ini tetapi bukan berita pasti.terima kasih.... salam buat haji yusrin dan dato' amer
http://lantaat.blogspot.com
Friday, January 21, 2011
Tiada rombakan GLC Kedah
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan hampir kesemua GLC, bagaimanapun tidak menafikan terdapat sebahagian daripadanya yang masih belum mencapai sasaran ditetapkan.
Menurutnya, satu usaha penambahbaikan akan dilaksanakan terhadap mana-mana GLC yang didapati kurang memberangsangkan bagi memastikan tahap keberkesanannya meningkat sekali gus membantu Kerajaan Negeri menambahkan hasil pendapatan.
“GLC sedia ada, ada yang untung dan ada yang masih di peringkat baru hendak bercambah. Secara keseluruhannya Kerajaan Negeri amat berpuas hati dengan prestasi kewangan yang ditunjukkan hampir kesemua GLC.
“Bagi GLC yang kurang efisien, satu usaha penambahbaikan akan dilaksanakan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan sekali gus membantu Kerajaan Negeri menjana pendapatan tahunan demi kesejahteraan rakyat Kedah,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian selepas merasmikan majlis penyerahan sumbangan Kerajaan Negeri kepada tiga sekolah persendirian jenis kebangsaan Cina bernilai RM180,000 di kediaman rasmi Menteri Besar di Mentaloon semalam.
Ditanya mengenai perkembangan terbaru salah sebuah GLC Kerajaan Negeri, Kedah Communication dan Event Sdn Bhd(KCE) yang disahkan akan mengalami rombakan dalam masa terdekat, Azizan menegaskan perkara itu sudah dijelaskan oleh pihak syarikat itu sendiri sebelum ini.
“Perkara itu (kemungkinan rombakan dalam pengurusan KCE) sudah dijelaskan beberapa orang penting syarikat itu sebelum ini.
“Justeru, saya enggan mengulas lanjut dan tunggu perkembangan seterusnya daripada pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) Berhad,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan desas-desus kemungkinan KCE yang menguruskan bidang perhubungan awam dan pembangunan imej Kerajaan Negeri akan ditutup dalam masa terdekat kerana dikatakan mengalami masalah kewangan.
Manakala Exco Kerajaan Negeri, S Manikumar yang juga Pengerusi KCE mengaku tidak tahu menahu mengenai isu penutupan syarikat milik Kerajaan Kedah itu.
Bagaimanapun, kenyataan itu disangkal Perbadanan Menteri Besar Kedah Berhad (PMBKed) dan memberi jaminan syarikat itu akan beroperasi seperti biasa.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBKed, Datuk Bakar Din menegaskan struktur pengurusan KCE akan dikaji semula berikutan kewujudan masalah kewangan dialami syarikat itu yang membabitkan amaun wang yang banyak.
Sebelum itu, Kerajaan Negeri turut dikejutkan dengan peletakan jawatan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd berikutan dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan syarikat yang menawarkan tender projek fasa kedua dan ketiga Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil bukan secara terbuka.
Tuesday, January 11, 2011
Kerajaan Kedah teruskan operasi KCE
ALOR SETAR, 11 Jan: Kerajaan Negeri Kedah mengambil keputusan tidak akan menutup anak syarikatnya, Kedah Communication & Event Sdn Bhd (KCE) sepertimana keputusan yang telah dicapai semalam.Menurut Exco Kerajaan Negeri, S.Manikumar, KCE tidak akan ditutup. amun pengurusannya telah diberi jangkamasa tertentu untuk melihat kembali segala permasalahan yang timbul.
"Kita akan cuba mempertahankan anak syarikat kerajaan negeri ini melalui aspek penambahbaikan yang telah dikenal pasti. Ini termasuklah dalam aspek pengurusan.
"Buat ketika ini, ia masih beroperasi seperti biasa. Terdapat harapan besar pada KCE dan kita yakin sepenuhnya pada Perbadanan Menteri Besar Kedah atau PMBKed untuk mengatasi masalah yang timbul. Sebagai Pengerusi KCE saya akan melakukan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini, " katanya.
Baru-baru ini desas-desus mengenai penutupan KCE telah hangat diperkatakan di negeri ini.
Timbulnya isu ini adalah ekoran notis pemberhentian kerja dan operasi yang ditandatangani oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Fuad Mohd Ali yang diterima oleh kakitangan anak syarikat tersebut.
Ekoran itu kebimbangan wujud dikalangan kakitangan kerana bimbang hilang punca pendapatan.
Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed, Datuk Bakar Din turut menyatakan pengurusan KCE akan distruktur semula berikutan kewujudan masalah dalaman yang dihadapi oleh anak syarikat tersebut.
Manikumar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Bukit Selambau, turut memberi keyakinan akan melaksanakan tanggungjawab yang dipikulkan ke atasnya dengan terbaik bagi membantu menangani masalah tersebut.


