Wednesday, February 20, 2013

Mai nak habaq... DAP menang semua kerusi pun tak akan dapat jadi PM...

Hadi: DAP tidak akan terajui negara
Wartawan Sinar Harian
hadi awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 
 
KUALA TERENGGANU – Pas berkeyakinan penuh rakan sekutunya, DAP tidak akan menerajui tampuk pemerintahan negara sekalipun parti itu menang kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyifatkan dakwaan bahawa DAP akan menguasai pentadbiran kerajaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada pilihan raya kali ini, hanyalah propaganda untuk menakutkan rakyat khususnya kaum Melayu.

Secara umumnya beliau dilihat seolah-olah menggambarkan bilangan kerusi yang diperuntukkan kepada DAP juga jelas menunjukkan parti itu belum berkelayakan untuk mendominasi kerajaan PR kelak.

“(Rakyat) ditakut-takutkan sekiranya Barisan Nasioal (BN) kalah, Malaysia diambil alih oleh DAP. DAP bertanding 50 daripada 222 kerusi (Parlimen). Kalau menang habis pun tidak boleh perintah Malaysia.
“Di Terengganu, tiada satu pun kerusi DAP. Di Terengganu (majoriti) Melayu Islam. Kalau Umno kalah, Pas menang. Kalau Pas kalah, Umno menang,” katanya ketika berucap di Pulau Bahagia, di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, beliau turut menegaskan kerjasama Pas-DAP berbeza sama sekali dengan gabungan parti kerajaan, iaitu Umno, MCA, MIC dan Gerakan.

Beliau menjelaskan, kerjasama Pas-DAP masih ada batasan kerana Pas tegas atas prinsip perjuangan parti dan mengehadkan batasan tertentu, tidak seperti parti pemerintah.

“Kita berjaya bincang dengan bukan Islam daripada DAP dan PKR yang sanggup bersama kita. Kita tidak jual dasar, perangai dan akhlak kita.

“Ini tidak serupa kerjasama Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan. Mereka hilang jati diri dan kuasa politik,” katanya.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi juga berkata, Umno gagal mentadbir negara, sambil membandingkannya dengan negara China.

Menurut Abdul Hadi, walaupun ditadbir oleh kerajaan komunis, China berjaya meletakkan republik itu setanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

No comments:

Post a Comment